Skip to main content

GAMBAR PEMANDANGAN DARI BILIK TIDUR WANITA INI AKHIRNYA MEMBONGKAR SIKAP BURUK SUAMINYA

Assalamualaikum...





Seorang wanita Rusia bertindak menceraikan  suaminya selepas dia menyedari pandangan dari tingkap bilik tidurnya ada dalam sebuah gambar  di akaun Instagram wanita lain dan ketika itu dia menyedari bahawa suaminya sudah menipu padanya.

Pada suatu pagi Yulia Agranovych, bekas model yang menjadi ahli pergigian kanak-kanak, dari St. Petersburg, sedang melayari instagram .

Ketika itu dia terlihat sebuah gambar yang dimuat naik di instagram ..Gambar tersebut seakan-akan biasa dilihat nya tetapi ianya dimuat naik oleh seorang wanita yang menggunakan nama Vlada Abramovich.






Oleh sebab gambar tersebut adalah gambar pemandangan dari bilik tidur nya dia kemudian nya memeriksa galeri  wanita tersebut  dan menemui beberapa gambar suaminya, Nazar Grynko. Yulia kemudian nya memutuskan untuk bertanya terus kepada suaminya tentang gambar-gambar tersebut.


".ketika saya melayari Instagram  tiba-tiba saya melihat gambar ini.  Setelah melawat akaunnya, saya dapati banyak gambar menarik lain, termasuk gambar suami saya. "kata Yulia

Selepas itu dia meninggalkan komen  "pemandangan indah dari bilik tidur suami saya" di gambar tersebut .  Yulia terus  bertanya pada suaminya tentang gambar-gambar tersebut namun suaminya  menafikan yang dia pernah tidur dengan wanita itu. Dia mendakwa pernah  menjemput rakan-rakan nya  ke apartmen untuk minum dan tidak pernah mendekati Vlada.


Yulia
Suaminya juga mengakui wanita tersebut ialah teman wanita kepada salah seorang rakan nya.. Mungkin sebab itu gaambar-gambar tersebut ada pada wanita itu.Walaubagaimanapun alasan yang diberikan oleh suaminya itu kedengaran  agak mencurigakan kepada Yulia .

"ketika para tetamu datang, mereka akan menuju ke dapur untuk minum teh - bukan ke bilik tidur." Ujar Yulia..

Vlada, wanita yang memaparkan foto  itu kemudiannya  menetapkan akaun Instagramnya sebagai  'peribadi' selepas Yulia sendiri bertanyakan hal itu kepadanya.

Tetapi dalam diam dia  kemudian pergi ke platform media sosial lain untuk membualkan tentang perkara itu. Apabila ditanya sama ada dia tidak punya  masalah untuk tidur dengan lelaki yang sudah berkahwin, dengan tidak rasa bersalah Vlada menjawab  "Bukan saya isterinya,,jadi , apa masalahnya? . "

Vlada
Vlada berkata kepada  pengkritiknya yang dianggap sebagai "hidup pada abad ke-18" dan berkata, "Jika saya mahu melakukan hubungan seks, saya akan melakukan nya."

Dengan pendedahan dari Vlada sendiri, Nazar tidak dapat lagi mengelak dan terpaksa berterus terang pada Yulia.

Nazar akhirnya mengakui kepada Yulia bahawa dia telah berlaku curang  bersama beberapa wanita lain lebih dari sekali. . Tetapi dia tidak pernah menyembunyikan statusnya yang sudah berkahwin kepada wanita-wanita yang dikenalinya.

 Yulia mula menyiasat sendiri tentang hubungan sulit suami nya dan membawanya kepada beberapa lagi wanita yang menjalinkan hubungan dengan suaminya itu..


Gadis-gadis lain yang ditemuinya ada yang kecewa dan menangis setelah mengetahui Nazar sebenarnya sudah berkahwin. Ini bermakna Nazar sekali lagi menipunya.






Yulia memberitahu wartawan bahawa selepas menyiarkan ceritanya itu, dia menerima mesej daripada wanita lain yang menghadapi situasi yang sama, yang memuji keberaniannya dan mengatakan bahawa mereka merasa terinspirasi untuk berdepan dengan pasangan mereka yang berlaku curang dan menemui wanita-wanita yang menjalinkan hubungan dengan suami mereka,


"Ramai wanita menyokong saya, menyatakan bahawa mereka bangga dengan keberanian saya, saya secara terbuka membincangkannya dengan ironi dan sindiran, jadi kini mereka bersedia untuk menyingkirkan mereka yang tidak setia juga," kata Yulia sambil menambah bahawa dia akan menceraikannya suaminya.

"Saya bersyukur kerana bertindak cengan cepat... orang seperti ini tidak pernah berubah. . Saya sangat gembira kerana saya tahu tentangnya sekarang dan tidak apabila saya sudah mengandung kerana kami pernah  merancang untuk mempunya anak. "

Yulia baru-baru ini menghantar mesej  ke Instagram Vlada: "Terima kasih, Vlada Abramovich - anda seorang wanita berpengalaman yang memberi  saya pelajaran yang baik."


sekian..

Comments

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …