DEMI RAIH PERHATIAN DI YOTUBE LELAKI INI HAMPIR MATI KEPALA TERSEKAT DALAM MIKROWAVE

Assalamualaikum..





DEMI RAIH PERHATIAN DI YOTUBE LELAKI INI HAMPIR MATI KEPALA TERSEKAT DALAM MIKROWAVE   Saya teringat satu dialog dalam Filem Anak Mami.. Katanya.. "...Orang barat tu otak nya berkarat..." hahaha..Sebenarnya penyakit otak berkarat ni dah merebak ke segenap pelosok dunia.Dengan hujung jari saja ,  manusia berlumba-lumba nak dapatkan perhatian dan "likes" yang banyak hingga kan ramai yang sanggup melakukan perkara-perkara bodoh dan  susah nak diterima akal.

Tengok saja la video-video yang menjadi viral dari anak-anak Malaysia sendiri.Ada yang sanggup buat muka hodoh sambil terkinja-kinja, ada yang melakukan aksi-aksi berani mati  .Semuanya dilakukan demi meraih perhatian manusia. Biar ramai yang memperkatakan tentang video yang dilakukan.Biar setiap hari nama mereka disebut-sebut.

Nak buat macam mana??? Nak jadi penyanyi, pelakon atau model memang tak layak.Jadi terpaksa la buat sesuatu yang boleh buat orang sebut-sebut setiap masa. Bila dah terkenal , baru lah dapat peluang  buat paid review, jadi pelakon tambahan, jadi tetamu  jemputan di rancangan-rancangan radio dan tv. kemudian kalau muka tu kacak sikit atau cantik baru lah ada kelab peminat.Lama-lama dapat la gelaran "artis" tu..




Ini ada satu kisah tentang seorang lelaki yang ghairah nak meraih perhatian di Youtube. Jay Swingler berjaya menjadi buah mulut netizen walaupun bukan dalam keadaan yang di rancang dan seperti yang diharapkan.

Dia menjadi bahan utama setiap berita di sosial media apabila kepalanya tersekat di dalam mikrowave selama lebih  satu jam.

Bercerita mengenai apa yang sebenarnya berlaku Jay menjelas kan dia bersama ahli kumpulan nya sedang melakukan persiapan untuk video yang akan disiarkan disaluran YOUTUBE - TGFbro. Saluran tersebut banyak menyiarkan video prank yang dilakukan bersama rakan -rakan nya.





Apa yang dilakukan ialah membalut kepalanya dengan beg plastik dan memasuk kan kepalanya kedalam microwave.Sementara itu rakan-rakan nya yang lain membantu memasuk kan 7 beg Polifilla iaitu sejenis tampalan yang digunakan untuk menutup  retak dan rekahan.

Microwave itu sepatutnya berfungsi sebagai acuan tetapi ia tidak seperti yang dirancang.  Rakan-rakan Jay menghabiskan masa 90 minit untuk mengeluarkan kepala Jay dari Mikrowave tersebut


Satu tiub udara dimasukkan ke dalam gelombang mikro untuk memudahkan Jay bernafas , tetapi   Polyfilla berkembang akibat suhu tinggi  membuatkan ianya menjadi semakin sukar udara untuk melaluinya.

Rakan-rakan Jay menghubungi paramedik namun ahli paramedik tidak dapat melakukan apa-apa. Mereka terus menghubungi pihak bomba untuk mendapatkan bantuan.Pihak bomba mengambil masa sehingga satu jam untuk mengeluarkan kepala Jay.



Menuurt ketua bomba yang melakukan operasi menyelamat ,  Jay mungkin boleh mati jika proses mengeluarkan kepala nya itu mengambil masa yang lama.

Setakat ini video tersebut telah di tonton sebanyak lebih 3 juta kali dan mendapat komen yang pelbagai dari netizen.



Walaupun begitu perkara tersebut tidak membuatkan Jay serik untuk melakukan lebih banyak video prank.

Kejadian tersebut bukan sahaja menyusahkan diri sendiri malah menyusahkan anggota paramedik dan bomba juga. Ada banyak kes kemalangan lain yang perlu diselesaikan .namun mereka terpaksa bersusah payah untuk manusia yang sengaja cari penyakit.



sekian..


DEMI RAIH PERHATIAN DI YOTUBE LELAKI INI HAMPIR MATI KEPALA TERSEKAT DALAM MIKROWAVE DEMI RAIH PERHATIAN DI YOTUBE LELAKI INI HAMPIR MATI KEPALA TERSEKAT DALAM MIKROWAVE Reviewed by Diana Rashid on 18:31:00 Rating: 5

1 comment:

  1. kalau tau tak serik... tak pyh tlg kuarkan kepala dr microwave... biar dia rasa padan muka

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

About Me

Powered by Blogger.