Wednesday, 27 December 2017

ADAKAH ANDA BIJAK MENGAWAL PENGGUNAAN SMARTPHONE ANDA?

Assalamualaikum..



ADAKAH ANDA BIJAK  MENGAWAL PENGGUNAAN SMARTPHONE ANDA? Pagi ni saya bangun-bangun je tengok bateri phone dah merah.Terus cas phone sebab takut nanti nak guna baru gelabah nak cas.Sebenarnya kalau phone tu baterinya penuh pun bukan nya ada benda penting yang nak dibuat pun.Tak habis2 dok scroll IG dan twitter.Kadang-kadang buka fb baca ucapan selamat pagi dan Assalamualaikum rakan-rakan lain.heheheh

Saya ada telefon rumah jadi tak de masalah nak buat panggilan jika ada kecemasan.Cuma dua  tiga hari ni talian telekom tu macam bermasalah pulak.Kejap ada kejap tak de..Dah macam internet pulak.Bila angkat je ganggang phone tu tak de bunyi apa..Lampu kat telephone tu pun tak menyala.geram jugak rasa.

Sebab tu kena jugak la pastikan phone sentiasa ada bateri ..






Ada orang yang dia memang tak boleh berenggang dengan phone..Duduk je belek phone.Tengah memandu pun sempat lagi jeling2 phone padahal tak de siapa call pun.hahaha. Apa yang saya perhatikan orang macam ni mesti dia ada banyak join group whatsapp.Sibuk betul membalas mesej-mesej yang masuk.Kalau tak balas nanti tertinggal cerita..kan??Tu yang gigih juga membalas , menyampuk setiap perbincangan ahli group.

Bayangkan kalau phone dia hilang atau rosak...Allahhuakbar..tak dapat bayangkan macam mana perasaan dia.Mungkin dia akan hentak-hentak kepala dia kat dinding sebab stress phone hilang.Hahah...harap-harap tak la macam tu ye..Tapi resah gelisah tu tetap ada..kan??Zaman sekarang phone ni macam satu keperluan jugak.Senang nak berhubung jika ada kecemasan atau hal-hal penting.

Masing-masing sekarang ni pakai telephone pintar tapi telephone je yang pintar, kita tak pintar ,cemana tu?Kita dikawal oleh smartphone kita..Pantang notification masuk bergegas kita buka phone kita..Padahal kalau tunggu 5 minit lagi pun boleh je ..





Saya pernah dapat whatsapp yang marah-marah saya sebab lambat baca whatsapp dan lambat reply whatsapp . Saya tak tahu kenapa yang dia marah sangat padahal bukan tanya benda penting pun.Jangan kerana kita jenis yang tak berenggang dengan phone, kita rasa orang lain pun patut buat macam tu.Tak semua orang yang suka jadi hamba phone.

Bagi saya itu hak kita nak membalas pesanan orang atau tak.Hak kita untuk nak baca whatsapp tu atau tak nak.

Ye la..kalau hal penting dari keluarga memang saya baca dan reply terus.Risau juga kalau2 ada kemalangan atau kecemasan..kan??Tapi keluarga saya kalau ada kecemasan diaorang akan call terus.Tak de pun nak whatsapp2 bagai ni.

Phone ni kalau kita gunakan dengan cara betul , dia jadi baik.tapi kalau kita gunakan untuk perkara yang salah , ianya jadi tak baik la.



Dia boleh buat mata kita melekat kat skrin macam kena gam dan kadang2 sampai kita tak sedar yang kita dah mengabaikan orang-orang disekeliling kita.

Smartphone hanya satu alat yang ada kelemahan dan kebaikan.Cuma cara kita menggunakan nya saja yang boleh tentukan sama ada ianya baik atau buruk

sekian..


1 comment:

  1. time cuti sy mmg x leh renggang ngan tipon... bkn wat apa pun...main game je keje nyer hahahaha

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();