Skip to main content

6 PERNIAGAAN BERMODAL KECIL YANG BOLEH ANDA MULAKAN DI TAHUN 2018

Assalamualaikum..

Nak mulakan perniagaan di tahun 2018 ni bukan nya satu perkara yang mudah dan sudah tentu memberikan cabaran memandangkan harga barangan yang melonjak naik dan saingan yang sangat kuat dari peniaga sedia ada.

Namun jangan terkejut kerana hasil nya yang lumayan dan hanya memerlukan kesabaran dan kerja keras . Anda juga perlu bijak memilih jenis perniagaan yang sesuai dan mampu diuruskan dengan baik.

Dibawah ini saya kongsikan 6 jenis perniagaan kecil-kecilan yang boleh anda lakukan untuk permulaan tahun 2018.





1- Bisnes Air Balang



Satu perkara yang anda perlu tahu, bisnes air balang ini untungnya BESAR. Kos permulaan serta kos harian untuk menjalankan bisnes air ini juga agak rendah.

Anda boleh memulakan bisnes air balang ini dengan modal permulaan di bawah RM1,000.  (Kos membeli kanopi, meja, serta balang air)

Manakala, kos untuk membuat air pula, sekitar RM100 setiap hari, (bergantung kepada jenis air yang anda mahu jual).

Sebagai contoh... Jika anda mahu menjual air soya, kos untuk membeli 1kg kacang soya dan 2 beg ais, adalah sekitar RM12 sahaja. Namun setelah di proses menjadi air soya dan dimasukkan ke dalam balang air untuk dijual, anda boleh menjualnya sebanyak 120 cawan. Jika setiap cawan di jual dengan harga RM1.00... Bermakna anda sudah memperolehi RM120... Peningkatan sebanyak 1,000% dari modal yang dikeluarkan.

Begitu juga dengan air-air yang lain.... Kadar keuntungan kasar bisnes air ini...  selalunya adalah 500% ke atas berbanding kos modal yang dikeluarkan.

2- Bisnes Aiskrim




Bukan bisnes aiskrim yang biasa-biasa, tapi ini luar biasa…Bisnes Aiskrim ini adalah  perniagaan yang  tidak memerlukan modal runcit yang besar,  tidak memerlukan kepakaran atau skill yang tinggi,
tidak akan mengganggu waktu bekerja sepenuh-masa anda (jika anda seorang pekerja makan gaji di sektor Kerajaan atau Swasta)

Selain dari itu anda tidak memerlukan ruang yang luas untuk menjalankan perniagaan ini.Ianya juga boleh dilakukan di kediaman anda sendiri malah mudah untuk anda menjalankan perniagaan ini di tempat2 yang ramai pengunjung memandangkan keadaan iklim di negara kita.


3- Bisnes Bakeri




Ada banyak sebab mengapa bisnes bakeri adalah cara yang terbaik untuk anda menambahkan pendapatan secara sampingan dari rumah.Antaranya ialah kerana Kos Pemulaan Yang Kecil,Hanya Buat Berdasarkan Tempahan malah Urusan Rumahtangga Masih Terjaga

Cupcake, Muffin, Cheese Tart, Coklat Homemade, Kek Coklat, Kek Lapis, Kek Cheese, Fruit Tart, Roti Jala,  Kuih-muih dan pelbagai lagi produk bakeri sentiasa dicari-cari oleh orang ramai setiap hari.

Tidak kira sama ada untuk dimakan ketika minum petang, ataupun untuk majlis-majlis keraian seperti majlis harijadi, majlis pertunangan, perkahwinan, kenduri, majlis tahlil, rumah terbuka mahupun untuk majlis-majlis korporat seperti seminar, mesyuarat ataupun hari keluarga.

Hampir setiap hari akan ada sahaja majlis rumah terbuka atau majlis perkahwinan diadakan! Kadang-kadang memang tak cukup tangan dan terpaksa tolak beberapa order dari pelanggan.


4- Bisnes Burger



Saya pernah kongsikan tips membuat burger sedap di entry ini - Cara buat burger sedap - . Tapi tanpa panduan perniagaan yang betul agak susuah untuk mendapatkan pelanggan  .

Bisnes burger bukan lah perniagaan baru di malaysia.Sejak tahun 90 an lagi sudah ramai yang menjalankan perniagaan burger. Iaanya memang sudah cukup dikenali oleh rakyat malaysia dan anda tidak perlu memperkenalkan lagi apa yang anda jual kepada pelanggan.

Apa yang anda perlu lakukan hanya memperkenalkan perniagaan anda pada penduduk setempat dan sudah tentu lah cara paling mudah untuk buat burger anda menjadi pilihan ialah dengan menjadi nya burger yang sedap dan berbaloi untuk dibeli.



5- Bisnes Fotografi



Fotografi ialah satu hobi yang sangat menguntungkan.. Tanpa modal yang besar dan peralatan canggih pun, sesiapa sahaja termasuk anda boleh memulakan khidmat mengambil gambar majlis perkahwinan dan sebagainya. Dengan syarat anda mestilah mengetahui langkah-langkah yang betul bagaimana untuk bermula dari awal sehingga ke tahap mengembangkannya.

Anda bayangkan dengan berbekalkan kamera DSLR dan cara marketing yang betul, anda akan mendapat sekurang-kurangnya dua projek fotografi perkahwinan setiap bulan. Dan untuk satu majlis perkahwinan anda boleh kenakan bayaran sebanyak RM1,500. Dua majlis perkahwinan anda dapat RM3,000. Tolak kos cetak custom album, gambar dan sebagainya, anda masih boleh untung sekitar RM2,000 sebulan.

 Dalam industri fotografi, jurufoto profesional dibayar di antara RM1K - 7K untuk satu sesi fotografi perkahwinan. Ada juga jurufoto yang dibayar di antara RM1K – 3K sehari. Dan anda juga boleh sampai ke tahap ini dalam masa yang singkat sekiranya anda berminat dan tahu cara memasarkan perkhidmatan fotografi anda.


6- Membeli dan menjual barangan dari China



Anda mungkin biasa melihat rakan-rakan anda di media sosial menjual berbagai barangan dari China dan ini membuatkan anda tertanya-tanya bagaimanakah  mereka mendapatkan stock barangan tersebut.

Tapi untuk membeli barangan dari China  anda memerlukan pengetahuan supaya tidak menjadi mangsa penipuan pembekal yang mengambil kesempatan ke atas anda.

TaoBao.com sebenarnya, adalah merupakan website milik syarikat Alibaba  khas untuk pemborong-pemborong kecil yang mahu memborong secara kecil-kecilan. Di TaoBao.com, anda boleh memborong barang dari 5 unit hinggalah kepada beberapa puluh unit. Harganya pula adalah tidak terlalu mahal

Sangat sesuai untuk pemborong-pemborong kecil mendapatkan bekalan bagi memulakan perniagaan mereka secara kecil-kecilan. 

Itu sahaja 6 perniagaan yang anda boleh mulakan ditahun 2018 ini dan dengan panduan yang diberikan anda boleh menguruskan perniagaan anda dengan baik dan memberi pulangan lumayan sekaligus menambah pendapatan sampingan . Siapa tahu ianya mungkin menjadi sumber pendapatan  utama anda dan keluarga.


sekian..


Comments

  1. kalu betul2 berusaha nk maju dlm bisnes, determination tu harus kuat. bkn berniaga 2 3 bln pastu stop

    ReplyDelete
  2. sekarang husband tgh bisnes yang ke6 tapi beli bukan thru taobao. taobao ni ada versi english ke? pernah bukak dulu tapi semua tulisan cina

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …