Skip to main content

5 TABIAT BURUK DALAM RUMAHTANGGA YANG RAMAI FIKIR IANYA NORMAL

Assalamualaikum...




5 TABIAT BURUK DALAM RUMAHTANGGA YANG RAMAI FIKIR IANYA NORMAL Minggu ni saya banyak membaca tentang kisah-kisah rumahtangga. Korang boleh baca portal dari luar negara . Ianya memang banyak membantu.. Saya banyak  membaca tentang penyelesaian dan punca satu-satu hubungan rumahtangga rosak dan musnah... Kali ni saya nak kongsikan beberapa perkara yang  saya rasa tak patut kita buat dan jadikan ianya satu perkara yang normal dalam rumahtangga kita. Sebab benda tu kalau lama-lama jadi kebiasaan ianya akan merosak kan hubungan suami isteri.


1- Pasangan yang cemburu - "ala..biasala..cemburu tu kan tanda sayang.." ..Tidak bagi saya .. Cemburu tu boleh tapi untuk perkara-perkara tertentu saja . Contoh: bila kita tengok pasangan kita berjalan sambil berpegang tangan dengan lelaki/wanita lain. Atau pasangan kita tiba2 dapat bunga dari peminat misteri. Ye!itu kita patut cemburu.






Tapi kalau setakat tengok pasangan  dapat panggilan telefon dari rakan sekerja wanita/lelaki  terus kita tarik muka masam.Merajuk sampai tak bertegur sapa, bergaduh sampai nak pukul2 suami/isteri, siap ugut2 dan bagi amaran pada pasangan kita  , Itu satu jenis perhubungan yang  sangat-sangat tidak sihat.

Pada saya, daripada saya membuang masa dengan mertajuk dan tunjuk perasaan lebih saya tanya terus pada dia .."Siapa dia?..kenapa dia telefon.."..

Mudah saja ..kan??Jadikan perkara-perkara seperti tu untuk kita berkomunikasi dengan baik.Jaga standart kita sebagi suami/isteri.Jangan tunjuk kan sikap murahan dan terlalu obses pada  pasangan kita. Sebab pasangan kita akan pandang kita sebagai orang yang lemah dan terlalu bergantung.





2- Isteri yang  berdikari - Lumrah kita orang perempuan ni memang suka menunjuk-nunjuk. Dalam apa saja pun kita nak orang tengok kita hebat dan serba boleh.Tapi sebagai isteri sesekali kita kena tunjuk kita lemah dan tunjuk kan pada suami kita perlukan bantuan dan sokongan dari dia.

Kalau semua benda kita nak buat ,ini lah jadi punca kenapa ramai lelaki lepas tangan dalam hal ehwal rumahtangga.Kita kena kerja, balik rumah kita jugak nak kena masak, kita lah yang membasuh baju, kita yang ajar anak mengaji, kita yang pastikan kerja sekolah anak2 siap, kita jugak yang pergi bayar bil2, kita lah jugak yang beli barang-barang dapur.

Jadi suami kita buat apa??pergi kerja , balik kerja dan uruskan diri sendiri je..Ingat balik apa tujuan kita berkahwin..Ada kah kita kahwin sebab kita nak berkorban segalanya untuk suami kita??


3- Kentut - Nampak macam kelakar kan??Tapi bagi kebanyakan suami isteri atau pun orang lain kentut bukan sesuatu yang kelakar tapi menjijik kan malah kalau dibiarkan ianya akan menjadi tabiat buruk yang sukar di kawal apabila korang berada di khalayak ramai.



Mak saya dia memang tak suka dengar anak-anak kentut macam muka tak de rasa malu dan tak rasa bersalah.Ada orang kata.."tak kan nak tahan, kentut bukan dosa." Ye betul!kentut bukan satu dosa. Tapi wajar la kalau kita menghormati pasangan kita dan menjaga adab kita sebagai suami/isteri

Ramai yang fikir bila dah jadi suami isteri tak payah nak jaga2 adab sangat, boleh duduk terkangkang, boleh sendawa kuat-kuat , sedangkan masa bercinta semua tu pandai pulak dia kawal.Dah kawen tak nak kawal. Bukan kah kita patut jaga semuanya seperti waktu kita bercinta dulu?

Bayangkan bila berada di tempat yang ramai orang, atau saudara mara berkumpul  Tiba-tiba pasangan kita kentut. OK..korang sebagai pasangan dia rasa ianya biasa saja. tapi pandangan orang lain pada pasangan korang berbeza tau.. kalau dalam dunia ni ada korang berdua je silakan buat je la..Tapi kita kena fikir dalam hidup kita ada juga orang lain..Anak-anak, mertua, adik beradik...kan??

Ada orang bagitau saya.." ..kentut untuk buat modal lawak.." ok..boleh diterima..tapi tak mungkin la modal lawak korang hari-hari cuma kentut je ..kan??Lawak hari2 dengan kentut tak boring ke?Bila dah selalu ianya tak jadi lawak ..ianya akan  jadi tabiat buruk.







4 - Mengalah sebab tak mahu bergaduh - Salah satu sikap suami yang ramai isteri suka ialah bila dia suka mengalah sebab tak mahu bergaduh.Tapi awas ye para suami.. Sikap korang ni bukan lah satu sikap yang baik tapi ianya akan menjadi barah yang satu masa nanti akan membusuk .

Membiarkan satu-satu masalah  atau perkara dengan mudah memaafkan dan melupakan adalah satu petanda hubungan korang tidak sihat.

Jika pasangan melakukan sesuatu yang korang tak suka, berbincang dan selesaikan masalah tersebut dengan segera..Tegur sikap pasangan yang korang rasa tidak elok untuk rumahtangga  korang dan pastikan dia tidak lagi  melakukan kesalahan tersebut .

Perbincangan tidak semestinya berakhir dengan pergaduhan.

Saya pernah lihat satu pasangan suami isteri ni.. Sebelum ni suami dia memang suka diam je bila isteri dia buat salah sebab katanya malas nak tegur.Nanti mesti bergaduh.

Sebenarnya apa yang saya lihat , setiap kali mereka berbincang isterinya tu  akan  memberontak dan memulakan bergaduhan.Sebenarnya itu tektik si  isteri supaya suaminya tak kan tegur lagi kesalahan dia. Suami kena bijak kawal situasi dan jangan biarkan isteri jadi ketua dalam  rumahtangga .


5 - Terlalu jujur - Semua benda dia nak cerita pada pasangan dia.Dia fikir bila dah berkahwin tak perlu ada rahsia.Tapi jangan lupa ada perkara-perkara yang korang perlu simpan untuk diri sendiri sahaja.tak perlu diceritakan pada pasangan kita.





Kadang-kadang pasangan kita ni dia saja je nak nak duga kita.Dia mula la bertanya tentang kekasih lama, kisah-kisah silam  kita , hal-hal sulit keluarga kita dan sebagainya. Kita boleh memilih untuk tidak menceritakan nya.Dalam agama islam sendiri kita disarankan menjaga aib kita dan orang lain. Tak perlu nak bagitau orang termasuk la suami/isteri.Kalau dia tanya pun, tak berdosa kalau kita tak jawab.

Ada lelaki yang sampaikan dia nak belanja rakan sekerja dia minum kat luar pun dia nak tanya isteri dia dulu. Bagi isteri yang queen control mungkin itu bukan masalah besar.Dia lagi suka..kan??.Tapi ada isteri yang rimas dan rasa suaminya tak mampu nak buat keputusan sendiri.


Hidup sebagai sepasang suami isteri akan jadi mudah jika kita bertolak ansur, memahami dan saling menjaga.. Rumahtangga yang dibina perlu di bangunkan oleh kedua-dua pihak.Jangan hanya mengharapkan satu pihak sahaja yang patut membahagiakan.. Semoga artikel ini dapat membantu ramai pasangan membina keluarga yang bahagia dan harmoni.

sekian..

Comments

  1. ia mcm barah. ms kecil x rs sakit bila dah besar baru terasa

    ReplyDelete
  2. mmg kene ada bts jgk dlm umah tangga... tang kentut tu mcm nk gelak je.... tp betul jgk... ada yg perlu di sembunyikna jgnla terlalu di tunjuk2... kadang ada yg dpn laki bini je takde tp bila ramai2 ngn adik badik lain.. kene belajar malu

    ReplyDelete
  3. Memang terkadang mengalah juga sebab tak nak gaduh. Tapi sekali sekala lah, sebab selalu sangat mengalah pun tak elok juga...

    ReplyDelete
  4. salingh bertolak ansur la key point dia

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …