ZUL MUHAMMAD

TAHNIAH!! FAZURA DAN FATTAH SELAMAT MELANGSUNGKAN PERNIKAHAN

Assalamualaikum..




TAHNIAH!! FAZURA DAN FATTAH SELAMAT MELANGSUNGKAN PERNIKAHAN  Tahniah untuk fazura dan Fattah Amin yang baru saja melangsungkan pernikahan di satu majlis tertutup yang diadakan di sebuah hotel malam tadi (27- 11-2017)

Sejak berita tentang pertunangan mereka tersebar minggu lepas memang ramai yang ternanti-nanti majlis pernikahan mereka ni.

Mungkin ada sebab-sebab tertentu kenapa Fazura dan Fattz mengadakan majlis pernikahan secara tertutup. Ramai juga peminat dan pengikut yang mengucapkan tahniah dan mendoakan pasangan ini kekal bahagia selamanya.

MAJLIS PERNIKAHAN FAZURA DAN FATTAH 




Fazura dan Fattah melangsungkan pertunangan beberapa hari sebelum mereka dan kedua buah keluarga berangkat ke tanah suci Mekah bagi menunaikan Umrah.

Sepanjang pemergian mereka ke Tanah Suci berbagai desas desus mengatakan yang mereka berdua sudah pun bernikah.

Sekembalinya mereka dari tanah suci mereka mengadakan sidang akhbar menjejelaskan status sebenar mereka dan menafikan yang mereka sudah bernikah . Mereka mengakui majlis yang diadakan sebelum berangkat ke ke tanah suci Mekah hanya lah majlis pertunangan.

Walaupun banyak berahsia dengan peminat namun rata-rata nya sangat gembira dengan berita pertunangan dan pernikahan mereka  ini.





Macam tu la bila jadi orang yang ramai disayangi. Hubungan percintaan mereka sebelum ini juga tak ramai yang dapat menghidunya. Mereka juga tak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan yang mereka sedang bercinta.

Ye la..baru bercinta tak perlu lah nak diheboh-hebohkan.Bila dah bertunang dan bernikah baru lah boleh canang habis. tak la nanti jadi buah mulut orang pulak.



Biasalah bila artis buat kenyataan sedang bercinta ramai yang kecam dan mendoakan yang bukan-bukan..Agaknya sebab tu lah Fazura dan fattah mengambil keputusan berdiam diri dan menghebahkan nya selepas apa yang dirancang sudah terlaksana.

Bagus la..mengambil pengajaran dari kisah-kisah artis sebelum ni..bukan??

Aapa pun semoga Fazura dan Fattah berbahagia selalu dan menjadi pasangan contoh bagi artis-artis kat Malaysia ni.Betul tak??

sekian..



Post a comment

2 Comments

  1. mmg banyak kejutan dri mereka ni. hehe. apapun tahniah.. sama cntik sma hensem.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. Semoga mereka berdua berbahagia..

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)