ZUL MUHAMMAD

SINGKIR LAN DARI KRISTAL , PEMINAT BERANG DAN KECEWA DENGAN RODY

Assalamualaikum..



Masa saya muda remaja dulu saya memang minat dengan kumpulan Kristal.lagu-lagu diaorang semua best-best .

Bukan sebab lagu je best tapi sebab cara nyanyian penyanyi nya tu tak ubah macam Awie..hahah..Walaupun suara tak sama tapi cara nyanyian tu sama..perasan tak??

Bercerita tentang kumpulan Kristal ni , ramai yang sedia maklum dengan krisis yang sedang hangat berlaku antara vokalis Kristal iaitu Lan dan Rody, pemain gitar dan ketua kumpulan Kristal sendiri.

Boleh la nak dikatakan Lan sekarang adalah bekas vokalis kumpulan Kristal susulan pengunduran dirinya dari kumpulan Kristal beberapa hari yang lepas.





Apa yang saya faham dengan rentetan kisah mereka ni, awalnya Lan menyertai program Gegar Vaganza. Kemudian dalam satu temubual dengan sebuah akhbar  Lan menjelaskan dia teringain nak buat buat album solo .

Kenyataan nya itu dan tindakan nya menyeertai Gegar Vaganza buat anggota Kristal berkecil hati dan terus buat kenyataan yang mereka akan merehatkan Lan yang bercita-cita nak jadi penyanyi solo dan akan mencari pengganti Lan dalam masa terdekat.



Disebabkan tak mahu bergaduh dan memanjangkan kes ni Lan dengan rela hati mengundurkan diri.

Apa yang berlaku ni membuatkan ramai peminat setia kumpulan Kristal berasa kecewa terutama sekali pada Rody kerana bertindak tanpa memikirkan masa depan kumpulan Kristal.


Bagi saya sendiri Kalau Lan nak buat album solo pun tak salah sebab dia tetap membawakan nama Kristal sama seperti dia menyertai Gegar Vaganza.sekurang-Kurangnya penonton tahu kristal ada vokalist yang hebat.

Rody sendiri pernah buat album solo tanpa anggota kumpulan nya lain.Malah ketika album tersebut dipasarkan , Lan turut sama menjual album tersebut.

Jadi apalah salahnya Rody dan anggota Kristal yang lain sama-sama menyokong  Lan dalam gegar vaganza ni...



Awie wings dan Amy Search sendiri pernah buat album solo tapi mereka masih bersama anggota kumpulan mereka.

Tengok saja lah mana-mana kumpulan yang buang vokalis asal mereka kebanyakan nya terkubur macam tu saja.Malah ada yang terpaksa memasuk kan semula vokalis lama mereka.

Apa yang terjadi didalam kumpulan kristal sekarang membuatkan peminat-peminat mereka berang dan kecewa dengan Rody.Malah dia turut di kecam di laman sosial nya hingga terpaksa menutup ruangan komen di Ig personal nya. Namun pengikut Kristal masih boleh meninggal kan Komen di IG Kristalband.



Ada juga peminat yang dengan tanpa berselindung akan terus memberi sokongan pada Lan yang bakal bergerak solo kerana bagi mereka Kristal hanya hidup jika ada Lan..

Semoga masing-masing berjaya dengan jalan yang dipilih..


sekian..





Post a comment

6 Comments

  1. sayang pulak bila group berpecah belah kan. dah biasa sebut nama dia dengan nama grp sekali. hehehe

    ReplyDelete
  2. Orang xkisah pun klu anggota lain yg tarik diri, kalau vokalis yg xd, selamat tinggal j la..

    ReplyDelete
  3. Jangan la berpecah. Korang dah kenal sejak kecik lagi ibaratkan seperti rakan satu sekolah atau sekampung. Selesai elok-elok. Betul apa yang ditulis dalam artikel ni, Amy Search penah buat album solo, tapi akan kembali semula kepangkuan Search. Awie pun sama.

    ReplyDelete
  4. artis berkumpulan ni biasanya hidup sebab penyanyi..kalau penyanyi takdak, payah lah..apa apa pun all the best to them

    ReplyDelete
  5. Bila tak ada sefahaman, inilah jadinya. Rasanya tak salah jika ahli lain bagi sokongan. Bukan Lan buat salah pun kan.

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)