SAPS IBU BAPA - SEMAK KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SECARA ONLINE

Assalamualaikum..



Saps Ibu bapa menjadi tumpuan ramai ibu bapa sekarang memandangkan anak-anak baru sahaja selesai menduduki peperiksaan akhir tahun. Rasa lebih mudah sejak ada saps ibu bapa kerana ianya menjimatkan masa dan keputusan yang dipaparkan adalah tepat kerana di kemaskini sendiri oleh guru kelas anak kita

SAPS adalah singkatan kepada sistem analisis pelajaran sekolah yang merupakan inisiatif dari Kementerian Pelajaran Malaysia  . Saps bertujuan untuk memudahkan penyimpanan data sistem pendidikan dan taraf pendidikan di negara ini sekaligus memudahkan ibu bapa membuat semakan keputusan peperiksaan anak-anak hanya melalui online.

Saya sendiri sudah menggunakan saps ibu bapa sejak anak mula bersekolah darjah 1 sehingga la sekarang.Ianya memang sangat bermanfaat . Tambahan pulak  bila setiap kali selepas peperiksaan rasa tidak sabar nak mengetahui keputusan peperiksaan anak .Saps ibu bapa lah tempat untuk saya menyemak kepuitusan Mereka.Jika keputusan belum dipaparkan itu bermakna markah belum dikemaskini oleh guru kelas . Jadi kita tak perlu lah setiap kali bertanya pada anak bagaimana keputusan peperiksaan mereka..Mudah bukan?






Kemudahan ini boleh digunakan oleh ibu bapa yang mempunyai anak dari darjah 1 sehingga tingkatan 5.Malah Keputusan peperiksaan SPM, PT3 dan  UPSR juga di paparkan didalam Saps.

Dengan adanya SAPS Ibu Bapa bukan lah bermakna anda tidak perlu lagi ke sekolah untuk berbincang tentang kemajuan pelajaran anak-anak disekolah.Tapi kemudahan ini diwujudkan supaya anda dapat memantau prestasi pelajaran anak walaupun sibuk bekerja.Kemudian sebelum berjumpa guru kelas mereka,  anda dan anak anda  boleh berbincang secara peribadi jika anak anda mempunyai masalah dalam pelajaran .

Ibu bapa yang masih belum menggunakan Saps Ibu Bapa mungkin masih ragu-ragu dengan kemudahan ini.Tapi percayalah saps ibu bapa sangat mudah di layari dan digunakan semudah ABC. Anda hanya perlu memasuk kan no kad pengenalan anak anda kemudian pilih CARI.



Di Bahagian bawahnya pilih negeri tempat anak anda bersekolah .Kemudian buat carian sekolah anak anda dan klik  SEMAK.

Untuk anda yang ingin menyemak keputusan peperiksaan anak anda secara online sila klik di sini -: SAPS

Saps NKRA Ibu Bapa menjadi tumpuan setiap kali musim selepas peperiksaan.Ianya mungkin akan membuatkan server tidak dapat menampung pengguna yang ramai.namun Jika anda masuk melalui link website diatas ianya memudahkan anda untuk menyemak markah peperiksaan . Malah dalam website yang saya nyatakan ini penerangan lengkap mengenai Saps Ibu Bapa juga turut diberikan.

Setiap keputusan peperiksaan yang dipaparkan akan kekal selamanya di dalam rekod SAPS Ibu Bapa. Walaupun anak anda sudah tamat bersekolah anda masih boleh menyemak keputusan peperiksaan mereka yang lepas.

Saya sedia maklum kebanyakan ibu bapa memang menitik beratkan pencapaian anak-anak dalam akedemik terutamanya Namun jangan sesekali mengabaikan aktiviti luar dan kokorikulum . Anak-anak akan lebih seronok belajar jika ianya diselitkan juga dengan aktiviti luar sekolah.



Disini saya  nak kongsikan sedikit tips untuk menjadikan anak anda cemerlang dalam peperiksaan. Setiap kali anak anda menghadapi peperiksaan anda boleh amalkan tips di bawah.

1-Jangan beri tekanan pada anak
2-Sentiasa memberi semangat pada anak
3-Pupuk kan keyakinan dalam diri anak
4-Bantu anak ulangkaji dalam keadaan santai
5-Ajak anak lakukan aktiviti luar supaya anak tidak tertekan
6-Pastikan anak tidur awal dan ada rehat yang cukup
7-Beri anak ruang untuk ulangkaji pelajaran
8-Maklumkan ganjaran yang bakal diterima jika anak berjaya.pastikan anda kotakan janji anda. :)
9- Berdoa dan lakukan solat hajat.

Semoga artikel ini dapat membantu semua ibu bapa diluar .Anda juga boleh bookmark link ini  http://www.sapsibubapa.co/  untuk memudahkan lagi anda semak markah peperiksaan anak anda secara online.

sekian..



Previous
Next Post »

sila tinggalkan komen anda...:) ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment