Skip to main content

RESEPI SAMBAL IKAN KELI PALING SEDAP

Assalamualaikum..
sambal ikan keli sedap


RESEPI SAMBAL IKAN KELI PALING SEDAP Kat rumah saya ni kalau masak sambal memang laku sungguh.Boleh bertambah-tambah nasi anak-anak makan.

Sambal memang kerap jadi menu utama untuk keluarga saya jadi kiranya saya ni memang hebat la dalam menghasilkan sambal yang paling sedap.

Hahhaha....

Baru-baru ni suami saya balik kampung dia di Pendang.Katanya kat sana tengah banyak ikan darat,.Jadi dia balik kali ni bawak balik la pancing nya sekali..

memancing ikan keli


Banyak la ikan yang dia bawak balik.Ikan puyu paling banyak .Ada juga beberapa ekor ikan keli dan haruan. Merasa juga bagi pada jiran-jiran lain.

Saya cuma tau masak dan makan saja.Bab nak bersiang ikan dan membersihkan ikan tu saya tak pandai.Tapi korang boleh klik di sini bagi yang nak tahu macam mana cara mudah hilangkan hanyir ikan keli 
memancing ikan keli

Bila dah banyak ikan keli tu banyak juga la makan nasik.heheh. macam-macam saya masak  dengan ikan keli tu.masak tempoyak, sambal , goreng saja pun ada.

Hari ni saya nak kongsikan Resepi sambal Ikan Keli paling sedap.Ada yang panggil Ikan Keli berlada.Tapi saya tak tau apa bezanya sebab saya masak sambal tumis je.

Ok..Jom tengok resepi Sambal Ikan Keli Paling sedap .

Bahan_bahan:

BAHAN A
2 Ekor Ikan Keli
sedikit Garam
sedikit Serbuk Kunyit

BAHAN B

10 tangkai cili kering atau 2 sudu besar Cili boh.
5 biji bawang merah
5 Ulas bawang putih
1 biji tomato
1 batang serai
1 sudu besar sos tiram
5 sudu besar air asam jawa
1 senduk kecil minyak masak





Cara-caranya:

Bersihkan ikan kemudian letak garam dan serbuk kunyit kemudian goreng ikan separuh garing.Tapi kalau suka ikan yang garing dan masak sepenuh nya  boleh juga.Ikut selera masing-masing.

 Ketepikan ikan yang dah goreng tu..

Kisar cili kering ,bawang merah , bawang putih,tomato dan serai.Kisar sampai halus .

Panas kan minyak dalam kuali.Nak guna minyak yang goreng ikan tadi lagi bagus.Lagi sedap tau..Kalau minyak goreng ikan tadi banyak sangat, kurang kan sikit.Kita nak guna 1 senduk kecil je..

Tulis bahan yang di kisar tadi sampai naik minyak..naik minyak tu maknanya sampai air yang kita kisar bahan2 tadi jadi kering dan yang tinggal  minyak je.

Kemudian masuk kan sos tiram ..Kacau rata dan kemudian masuk kan ikan yang dah di goreng tadi dengan air asam jawa .

Rasa la kuah sambal tu..Kalau tawar masuk kan garam. Saya tak masuk kan garam sebab dah letak sos tiram.yang suka masin boleh masuk kan garam.

kalau suka sambal yang ada kuah boleh masuk kan 1/2 cawan air dan masak hingga mendidih.kalau yang suka sambal kering boleh terus angkat dan hidang kan..

Ada yang suka simpan sambal untuk dihangatkan  tiap kali nak makan.. patikan kalau nak buat cara ni kena masal sambal lebih lama dengan api perlahan.lepas masuk kan ikan tu pun kena masak lama sikit.

Bila masak sekejap je nanti sambal cepat rosak.

OK..tu je..selamat mencuba..


sekian..

Comments

  1. hehehe sambal kena ada sambal keli lagi power la sedapnyaaa.. lama tak makan ikan keli =D

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …