ZUL MUHAMMAD

RESEPI KELEDEK GORENG YANG MUDAH DAN SEDAP

Assalamualaikum...



RESEPI KELEDEK GORENG YANG MUDAH DAN SEDAP Keledek goreng paling sedap bila di makan panas-panas.Kalau dah sejuk tak best dah. Kena pulak dengan secawan kopi O. Aduh!!..memang best la..Tambah pulak bila hari hujan.hahahha..

Time hujan makan apa pun sedap..kan??

Kat rumah saya ni kalau buat keledek goreng tak boleh buat banyak-banyak sebab kurang penggemarnya.Buat setakat sebijik keledek cukup la.

Yang penting keledek goreng rangup, adunan tepung yang nipis dengan ubi keledek yang di potong tak terlalu tebal dan tak terlalu nipis.

Ubi keledek ni senang nak jumpa .Kat pasar raya pun ada, Kat kedai-kedi runcit pun banyak.Sebab ubi ni banyak digunakan dalam masakan sekarang ni.

Ada orang buat kari , buat kuah rojak, buat mee rebus, macam-macam lagi la..kadang ada masakan yang menggunakan ubi kentang, tapi atas sebab tertentu mereka gantikan kentang dengan keledek.

Kuih-muih juga banyak yang menggunakan ubi keledek ni.






Ubi keledek goreng yang rangup biasanya menggunakan tepung beras dalam adunan nya. Saya juga campurkan sedikit sahaja tepung gandum. Boleh juga kalau nak gunakan tepung beras sahaja tanpa memasuk kan tepung gandum.

Ketebalan keledek tu juga sangat penting kalau nak buat keledek goreng yang sedap. Kalau terlalu tebal nanti masaknya tak sekata.jadi pastikan ketebalan keledek tu sama.Tak terlalu nipis dan tak terlalu tebal.

Untuk resepi saya ni saya potong keledek setebal 3-5 mm saja..

Jom kita tengok resepi penuh Keledek Goreng yang paling sedap.

Bahan-Bahan:

1 biji ubi keledek saiz sederhana
2 sudu besar tepung beras
1/2 sudu tepung gandum
1/2 cawan air biasa
sedikit serbuk kunyit
sedikit kapur makan
sedikit garam


Cara-Caranya:

Potong ubi keledek dengan ketebalan yang sama .Bersihkan dan toskan..

Dalam bekas lain campurkan semua bahan lain dan kacau sebati,Pastikan adunan sedikit cair.jangan terlalu pekat sebab kita nak lapisan pada tepung tu nipis saja.

Kalau suka lapisan tepung yang tebal dan rangup boleh kurangkan sedikit air..Tips: masuk kan air sedikit demi sedikit

Panas kan minyak dalam kuali. Celup keledek di dalam tepung dan goreng dalam minyak yang cukup panas.kawal api supaya Keledek tak hangus.


Goreng hingga jadi kuning keemasan dan kemudian angkat .Toskan dan sedia dihidangkan.

Boleh makan saja ataupun di makan dengan sambal kicap atau sambal ikan bilis.

Selamat mencuba resepi keledek Goreng yang Mudah dan sedap ..


sekian..

Post a comment

4 Comments

  1. WEHH...TETIBA RASA LAPAR PULAK PERUT TENGOK KELEDEK AWAK NI....MENU MINUM PETANG DAH NI...PEKENA PULAK DENGAN KOPI O...ADUHHH....TQ SHARE RESEPI...

    ReplyDelete
  2. Semalm baru goreng pisang tanduk. Cenggitulah resepi tepungnya, sama. Mmg rangup sedap! Keledek mmg jarang sangat goreng..... bukan tak suka tapi entah kenapa. Masalahnya sebab weekend je jalan kan tak duk rumah hihi.....
    Tetiba pulak teringin keledek ni weyh.

    ReplyDelete
  3. SEDAPNYA KELEDEK GORENG MKN SMBIL MINUM KOPI

    ReplyDelete
  4. keledek goreng bertemankan kopi 'o'. Kena pula waktu hujan.

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)