RESEPI KARIPAP KENTANG YANG SEDAP DAN MUDAH

Assalamualaikum...

RESEPI KARIPAP KENTANG YANG SEDAP DAN MUDAH Anak-anak saya memang suka karipap terutamanya si adik tu.Kalau karipap beli ni dia kurang sikit sebab kebanyakan inti karipap kentang ada rasa manis.

Dia suka karipap yang saya buat sebab inti kentang yang tak di tambah gula.Rasa pedas tu yang dia suka.


Sebelum ni saya ada kongsikan resepi karipap dan resepinya agak berbeza sikit Boleh semak di entry karipap sardin dan karipap Tuna.

Ada orang suka kulit karipap yang tebal tapi karipap yang saya buat kali ni kulit nya nipis dan juga rangup. Saya guna majerin saja ..

Tapi kalau korang tak de majerin boleh gantikan dengan minyak masak yang sudah dipanaskan.

Ini lah karipap inti kentang pedas yang saya dah siapkan.Saya gunakan acuan kecil sahaja sebab tak pandai kelim bahagian tepi nya.


Apa pun karipap ni memang rasanya sedap dan kalau korang nak gunakan untuk berniaga saya sangat syorkan kerana bahan nya tak banyak , kos pun rendah dah cepat disiapkan.

Oleh sebab kulit karipap ni nipis daan rangup saya masuk kan sedikit sahaja inti nya.cuma dalam 1 sudu kecil sahaja dan sebab tu lah saya kata resepi ni menjimatkan.

Tapi bergantung dengan selera masing-masing.Kalu suka kan inti yang banyak , boleh la letak kan satu sudu besar inti supaya intinya padat.






RESEPI KARIPAP KENTANG YANG SEDAP DAN MUDAH

Mula-mula kita sediakan intinya dulu.

bahan-bahan untuk Inti Kentang 

2 biji kentang saiz besar
1 sudu besar rempah kari daging
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
sedikit ikan bilis
garam\minyak untuk menumis.
1 cawan air.

Cara-cara membuat inti karipap kentang


Buang kulit kentang dan potong kentang saiz dadu.

Kalau potong lebih kecil pun tak pe sebab mudah budak2 nak makan dan kentang pun cepat masak.

Kisar bawang merah, bawang putih, halia dan ikan bilis.Kisar sampai hancur.

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar.

masuk kan rempah kari bersama secawan air.

Kemudian masuk kan kentang dan garam.

Biarkan kentang lembut dan kuahnya kering..angkat dan tunggu sejuk.

Cara- cara buat doh Karipap yang rangup dan sedap.


Untuk menyediakan doh saya cuma gunakan tepung gandum biasa saja.

bahan-bahan untuk membuat doh karipap

2 cawan tepung gandum
2 sudu besar majerin
secubit garam
air.

Cara-caranya:

Masuk kan secubit garam ke dalam tepung 

Cairkan majerin dan masuk kan ke dalam tepung.

gaul tepung guna hujung jari saja sampai tepung tak berketul dan jadi halus..

tuang air sikit-sikit sambil menguli.

Uli hingga tepung menjadi doh yang lembut.

Bila doh dah siap sekarang kita boleh la masuk kan intinya.

Caranya : ambil sedikit doh dan canai kan sehingga nipis. Pastikan sehingga nipis tau..baru la sedap .

kemudian angkat doh yang dah di canai kan tu dan letak atas acuan.

Masuk kan 1/2 sudu kecil atau 1 sudu kecil inti nya.

Tutup acuan sehingga rapat dan tekan2 sikit acuan tu supaya doh tak terbuka masa di goreng.



kemudian buat la sampai habis doh dan inti.

Bila dah siap boleh la goreng karipap tu..

Goreng karipap menggunakan minyak yang banyak dan api yang perlahan.kawal api dengan baik supaya karipap di masak  dengan cantik .

Selamat mencuba..

sekian..




Previous
Next Post »

4 komen disini

Click here for komen disini
Cik Ash
admin
13 November 2017 at 10:49 ×

boleh cuba nanti ni

Reply
avatar
Nao Mei
admin
13 November 2017 at 16:25 ×

Nak juga cuba..hihi

Reply
avatar
hainom OKje
admin
16 November 2017 at 12:55 ×

Faveret i ni tapi nak buat malas haha.... Senang je ek.
Nanti bila bila nak trylah....
Inti tu kalau buh daging berketul ketul mesti sedap tu. Dan dan teringat karipap dah lama yg masih ada dlm esbok, nak try gorenglah ok lagi ke tak

Reply
avatar

sila tinggalkan komen anda...:) ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment