RESEPI KARI AYAM PALING SEDAP DAN REMPAH KARI PALING SEDAP

Assalamualaikum..



RESEPI KARI AYAM PALING SEDAP DAN REMPAH KARI PALING SEDAP Kari ayam memang sinonim dengan orang Malaysia.

Rata-ratanya orang Malaysia ni memang suka makan kari ayam.korang boleh jumpa kari ayam paling sedap dekat blog saya ni sebab hari ni saya nak share resepi kari ayam paling sedap dan rempah kari paling sedap yang boleh korang try.

Suami saya paling suka kari daging dan kari ayam.Jadi memilih rempah kari sangat penting sebab dia boleh tahu rempah kari mana yang sedap dan tak sedap.

Rempah Kari Paling Sedap






Kita orang pernah try rempah kari macam-macam jenama.Dari jenama yang sebesar2 nya sampai la ke jenama kecil2 ni.Tapi yang paling suami saya  suka ialah Rempah kari Ayam jenama Babas.

Katanya rempah kari babas paling sedap . Saya sendiri pun rasa Babas paling sedap sebab kita masak tak cukup bahan pun rasanya tetap sedap.

Bukan saja sedap dimakan dengan nasik, kari ayam saya ni juga sangat sedap kalau dimakan dengan roti canai atau pun roti biasa.

Saya juga gunakan rempah kari ni untuk masak Mee kari.Kalau buat mee kari biasanya saya campurkan rempah ikan dan rempah ayam bersama.




Resepi Kari Ayam paling sedap dan mudah ni tak menggunakan kentang pun. Saya tahu kentang bukan saja bahan lengkap dalam masakan kari Ayam tapi dia juga sebagai bahan perasa untuk menyedapkan lagi Kari Ayam kita.

Tapi dengan resepi saya ni Tanpa ubi kentang pun tetap sedap.

Jom kita tengok resepi Kari Ayam paling sedap Dan Mudah

Bahan-bahan:

1/2 bahagian ayam.
3 sudu besar rempah kari ayam
5 biji bawamg merah
7-8 ulas bawang putih
2 inci halia
1 cawan santan pekat
1 1/2 cawan air
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
1 senduk kecil minyak masak
Garam secukup rasa
1 tangkai daun kari

Cara-caranya:

*potong ayam ikut saiz yang digemari. Kalau untuk dimakan dengan roti jala, potong kecil2 pun tak jadi masalah.

*kisar bawang merah, halia dan bawang putih

1) Panaskan minyak. tumis daun kari kulit kayu manis , bunga cengkih,bunga lawang,.
2)Masuk kan bahan kisar.
3)masuk kan rempah kari bersama dengan 1 cawan air dan ayam
4)Bila dah pecah minyak masuk kan santan bersama dengan 1 1/2 cawan air.
5)masak sampai kuah sedikit kering dan naik minyak nya.

*Langkah ke lima tu mungkin ambil masa lama sikit sebab kita nak bagi ayam cukup masak.kalau suka kuah kering boleh masak lagi lama.Kalau suka yang sedikit berkuah cuma adjust2 tambah air ..

6)masuk kan garam dan siap untuk dihidangkan...







Ini lah kari ayam kita..Macam mana??boleh cuba nanti ok.Jangan lupa bagi maklum balas kalau korang suka.

sekian..
Previous
Next Post »

2 komen disini

Click here for komen disini
Mummydearie
admin
1 November 2017 at 15:00 ×

Salam Diana!

Lama betul tak singgah sini sebab diri sendiri pun dah lagi suka dok bertapa dari bersiaran di alam maya!

Saya suka kari. Husband pun suka. Anak-anak pun suka juga. Makanya memang lauk kari ayam/ikan/daging ni kerap jugalah terjadi di dapur. Kami pun suka rempah Babas tapi lepas baca satu entri kawan ni, terus tak jadi beli Babas lagi. Pernah try juga Faiza dan Adabi tapi memang tak boleh lawanlah dengna rempah Babas!

Reply
avatar

sila tinggalkan komen anda...:) ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment