Skip to main content

RESEPI CEKODOK PISANG YANG SEDAP

Assalamualaikum....

Cekodok pisang paling sedap dan lembut

RESEPI CEKODOK PISANG YANG SEDAP Hari hujan sekarang ni..Maklum la hujung-hujung tahun ni memang hujan setiap masa..dari pagi sampai ke malam cuca sejuk je.Ada cekodok pisang pulak tu.Memang kenyang perut.Boleh tarik selimut lepas ni.

Tok suami saya kirim setandan pisang baru-baru ni. Masa tu pisang tak masak lagi..Ni baru masak sepenuhnya.Jadi saya buat la cekodok pisang.

Ini lah antara kuih kegemaran anak saya.Si kakak tak berapa suka cekodok tapi kalau si Adik ni memang dia boleh habiskan sepinggan ni.Siang malam pagi petang kalau boleh nak makan cekodok je.

kalau si kakak lebih suka pisang goreng je.

Saya sendiri tak tahu ni pisang apa.Tanya ayah depa dia kata ni pisang Emas.Ha!elok sangat tu..nama je orang kampung tapi nama pisang pun tak tau.

resepi cekodok pisang

Ada ka pisang emas rupa macam ni..Hahahah..jauh sangat rupa Pisang Emas tu..

Yang kelakar nya dia tanya Tok dia ni pisang apa.Tok jawab..

"pisang yang orang buat cucoq.."

erm...padan sangat dah tu..hahhahahah

Lama-lama sampai sudah tak tau ni pisang apa.Dah google pun boleh confuse lagi.Sama ada Pisang Raja atau Pisang Bunga.

Hahahah..lantak kan je la..yang penting dah masak boleh buat cekodok.

Sebelum kalau buat cekodok saya suka guna pisang Rastali yang kulit nya ada bintik2 tu..Saya suka pisang tu.Kalau buat kek pun saya suka guna pisang rastali je.

Dalam banyak-banyak pisang saya cuma tau Pisang Rastali dan  Pisang Emas je..Hahah..jadi la..kan??daripada tak tahu lansung.Nak dibandingkan dengan orang tu..ada ke pisang emas rupa macam ni...





Dah habis bergaduh pasal pisang jom la kita tengok Resepi Cekodok Pisang Yang sedap.

Bahan-bahan:

1 sikat Pisang (9-10 biji)
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbinat
2 sudu besar gula
Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya:

Lenyek pisang bersama baking powder, soda bikarbonat dan gula sampai hancur.Tapi saya pakai mixer je..heheh..kalau pisang dah manis tak payah masuk kan gula.

Lepas tu masuk kan tepung gandum. kacau sebati...

Tepung tu masuk kan sikit-sikit tau.takut nanti terlebih tepung keras pulak cekodok awak.

Dia punya adunan tu tak keras dan tak cair sangat tau.Kira kalau awak jemput dengan jari tu mudah saja nak kaup dia...Yang tu kira ok sangat dah tu..

Tak payah letak air sebab pisang memang dah lembik .Tambah macam saya guna mixer memang hancur lembik pisang tu..

Kalau tak de mixer guna pengisar pun ok untuk hancur kan pisang tu.tak de pengisar guna bontot gelas je la..heheh

lepas dah siap adunan tu panas kan minyak.guna api sederhana kecil je..

Bila dah panas boleh la jemput-jemput dengan jari dan goreng.Tak pun guna sudu kalau tak pandai guna jari..

Agak2 le saiz nya tu ye.Jangan besar sangatt sebab nanti dia mengembang.

Lepas dah kaler hitam-hitam bertambah manis tu boleh la angkat dan toskan minyak..

Hidang la dengan kopi o atau milo panas..

Pergghhh!!Merecik cekodok kita ni..heheheh


selamat mencuba..

sekian...







Comments

  1. terliur tengok cekodok diana buat aduyaiii lapar sgt ni plak...nak cekodok diana goreng pliss hehe

    ReplyDelete
  2. Ana selalu buat xletak baking powder tu. Boleh cuba letak pula lps ni

    ReplyDelete
  3. Selalu buat cekodok ni dengan pisang emas jer

    ReplyDelete
  4. bukan pisang emas tu .. pisang emas kecik2 kan tak silap :D . wahh rajin akak buat cucur pisang.. lisa reti makan je.. buat? tak tau hahahaa

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …