KONSERT GEGAR VAGANZA MINGGU KE DUA MUSIM KE EMPAT

Assalamualaikum..




KONSERT GEGAR VAGANZA MINGGU KE DUA MUSIM KE EMPAT Konsert Minggu ke dua Gegar Vaganza makin hangat dan makin panas dengan kaletah peserta dan pengacaranya.Sebab tu la ramai yang suka tonton rancangan ni.Ramai yang terhibur walaupun ada juga yang tak boleh menerima cara pengacara dua orang ni.Hehehe..

Untuk minggu ke dua , konsert dimulakan dengan persembahan Dato Jalaludin Hasan yang menyampaikkan lagu Bunyi Gitar,Kemudian Jihan dan Nabil menyampaikan lagu Seksis.

Kelakar bila tiba-tiba Chef Wan muncul dengan usikan2 dia pada Dato Vida.Dato vida pun melayan kan je la..hahahh..Diaorang berdua memang penyeri Gegar Vaganza kali ni.Ramai yang terhibur ..

Kali ni nampak perut Jihan besar sangat .Mungkin Sebab baju yang digayakan nya tu..


Gambar dari :Astro Gempak

Untuk Persembahan pertama menampilkan Hazami dengan lagu Setengah Mati Merindu . Suara Hazami ni memang best cuma part awal tu macam tak sedap bunyi nya. Apa pun Dato Ramli MS suka dengan persembahan nya.







Persembahan seterusnya dari Lan Kristal dengan lagu Karam. Lagu ni mudah je sebenarnya.Lagu yang tak mencabar langsung untuk Lan.  Lan kristal ada suara yang best dan dia sangat bagus menyanyi lagu2 yang bernada tinggi.Untuk minggu ni persembahan nya biasa2 saja..Mungkin sebab tak banyak yang boleh dia tonjolkan dengan lagu macam ni.



 Persembahan Aqasha dengan lagu  Aku , Entah kenapa saya rasa dia menyanyi macam nak tiru Jamal Abdillah atau pun memang suara nya macam jamal Abdillah..Tapi memang best la..siap ada prop Motorsikal pulak.Rasa macam zaman 80 an je. Eceh!!Tahun 80 saya baru lahir la..hahahah . Dato Jalalludin kata Aqasha ada style la. dia punya outfit memang terbaik.



Lagu Gubahan Rindu Puisi Shahdu disampaikan oleh Haida. . Saya suka suara Haida ni tapi tak suka bila terlalu melenggok-lenggok kan sesuatu lagu macam minggu pertama padahal lagu asal dia tu tak de la lenggok teruk sangat..Bila dengar macam semak la. . Tapi untuk minggu ni saya memang suka sebab dia nyanyikan lagu ni tanpa ubah sikit pun melodi asal nya.




Elyana menyampaikan Lagu nyanyian dari Kotak bertajuk Masih Cinta mendapat pujian HettyKos Endang .Saya pun rasa persembahan Elyana ni best. Alah..lagipun lagu2 macam ni memang makanan Elyana je...Cer bagi lagu Ziana Zain try tengok!!hahahha.,Marah nanti penyokong Elyana.



Firman menyampaikan lagu Berhantu..Hahahh..lagu Rindu Serindu-rindunya . Lagu yang cukup popular .Lagu ni disampaikan dengan caranya sendiri..Tapi masih sedap didengar.Lagu ni lagu yang bagi saya sayu sedih pilu.. Dan Firman masih mengekal kan rasa sayu sedih dan pilu tu...Itu kalau kita dengar dia nyanyi je la..Tapi bila tengok persembahan nampak macam dia tengah berseronok atas pentas pulak..siap ada bunga api..ahhahahah..Mungkin gaya dia menyanyi macam tu...Tapi juri puji kok..Ya biar aja..





Minggu ni Raja Azura menyampaikan lagu Apa Yang Ku Cari.Lagu ni popular tau masa saya kecil-kecil dulu.Masa tu belum sekolah lagi la..Dah pandai ikut nyanyi sikit-sikit.heheh..Best Raja Azura nyanyi lagu ni...Lagu ni nadanya tinggi memang nampak Raja Azura agak struggle menyampaikan lagu ni..tapi best..memang dia berjaya sampaikan dengan baik.



Menyampaikan lagu Harus terpisah nyanyian Chakra Khan, persembahan Ferhad memang dinanti-nantikan sebab lagu ni best kerana suara Chakra Khan.Suara yang serak2 tu,..kan??Ramai yang tertanya2 boleh ke Ferhad nyanyi lagu ni..Erm..Pendapat saya, ferhad nyanyi lagu ni tak sedap..macam sumbang sikit.Tak kena la lagu ni dengan suara Ferhad. Komen juri: Ferhad dah berusaha membawa lagu ni..- bunyinya macam setuju je dengan komen saya..hahahahh



Cantiknya Syura malam ni .Dia menyampaikan lagu Ku Pendam Sebuah Duka dengan best sekali.Persembahan pun simple je..Jadi komen pun simple je la..hahhaha..


Persembahan Aisyah malam ni best. Nada tinggi pun rilek je dia..hahah..biasa la..Otai..kan?tapi saya pun pelik la..masa dia cakap suara dia comel je..bila nyanyi..ha!ambik kau...hahahha..Dato Ramli MS pun puji dia tau..Rupanya umur Aisyah dah 52  ... 52 bukan suara dah ketar2 ke??hahahh



Persembahan Tia JinBara menyampaikan lagu Cendrawasih dapat pujian Juri.Lagi-lagi suara tingginya memang tak dinafikan sangat bagus.nampak Alim Kris juga kat tempat penonton tu.Dulu dia tu vokalis paling kacak tau.Tapi sekarang dah tua tak kacak la dah..hahahah


Saya paling tunggu-tunggu persembahan Liza Hanim sebab lagu yang dibawa kali ni ialah lagu Aku Hanya pendatang nyanyian asal Francisca Peter.Lagu ni memang tinggi . Tapi Liza hanim menyanyikan nya dengan baik sekali .Dulu saya suka la karaoke lagu ni..Semput!hahahh..Liza hanim siap dapat standing ovation dari Dato Ramli Ms dan Hettykos Endang.

Untuk minggu kedua ni Anugerah Gelora Vida vaganza ( LAGU PALING KAU INGAT) dimenangi oleh Elyana. Dua minggu berturut-turut dia menang anugerah ni.Ramai juga  peminat dia ye?/ahhahah

Munggu ni peserta yang terkeluar ialah Ferhad..Macam yang saya dah jangka berdasarkan persembahan nya minggu ni. rasanya dia lah yang layak terkeluar.

Lagu tugasan Konsert gegar Vaganza Minggu ke tiga:
1-  Liza Hanim   -Lagu Untuk Mu  (azlan& thetypewriter)
2-  Haida  - Kenangan Bersama Mu  (Lefthanded)
3-  Hazami  - Joget Kenangan Manis  ( sudirman)
4-  Syura    -Knock Knock  (Elizebeth Tan)
5-  Aisyah  -Terukur Di Bintang  (Yuna)
6-  Tia JinBara  -Bila Resah (Anuar Zain)
7-  Lan Kristal -  Sayang..sayang   (Alif Aziz)
8-  Aqasha - Cinta tak keruan (amigos)
9-  Firman  - Zalikha 
10- Elyana - Wulan Merindu (cici)
11- Raja Azura - Perhaps Perhaps Perhaps

Tahniah untuk semua yang layak ke minggu ke 3..

sekian..

Previous
Next Post »

3 komen disini

Click here for komen disini
6 November 2017 at 08:35 ×

minggu ke2 diaorg masih bagi lagu yg ikut genre masing2... kire makanan depa lah... tp minggu ke 3 ada bran... mmg lari dr genre betul...

lagi tak sabar nk tunggu minggu dpn, camne semua nyanyi lagu yg betul2 lari dr genre mereka...

akak dh agak dh ferhad msti bwk lagu tu tak sedap... sbb kita dh terbiasa ngn suara serak2 basah cakra khan, dia bukan nynyi lagu judika dik...

Reply
avatar
6 November 2017 at 08:50 ×

tak mengikuti pun gegar vaganza ni sbb takde astro...hehehe...tp kita layan youtube jelah

Reply
avatar
Diana Rashid
admin
6 November 2017 at 10:17 ×

Ok kak..dah edit..hahaha..say selalu keliru dengn dua penyanyi ni kak..hahahah...tq..

Reply
avatar

sila tinggalkan komen anda...:) ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment