KENAPA SYAHID TAK DATANG DALAM MIMPI AYAH? - BAZLI UNIC

Assalamualaikum...



Ramai yang terkesan dengan pemergian anak Bazli UNIC  iaitu Syahid pada June lalu. Bintang syurga ni pergi meninggalkan kita akibat penyakit kanser.

Hari ni Bazli dalam post nya di instagram menceritakan tentang isterinya yang pertama kali bermimpi tentang Syahid selepas 5 bulan pemergian Syahid.




Ramai yang rasa sebak membaca luahan Bazli .   

Bazli juga memaklum kan dia dan isteri seringkali berasa cemburu apa bila ada kenalan dan keluarga  nya yang memberitahu mereka  bermimpi bertemu dengan Syahid.

Dia sering tertanya-tanya adakah kenapa anak kesayangan nya itu tidak muncul dalam mimpinya...Adakah Syahid tidak merinduinya.





Didalam Whatsapp yang di hantar isterinya Asiah , Asiah menceritakan tentang mimpi bertemu Syahid.

Dalam mimpi tersebut Asiah melihat ramai kanak-kanak perempuan memakai tudung labuh putih.

Tiba-tiba dia ternampak seorang budak dari belakang yang seakan-akan Syahid memakai lebai putih, baju tidur putih dan seluar celoreng askar berwarna hijau...

Wajah Syahid bersinar dan dia sedang tersenyum,




Saya percaya ramai yang rindukan Syahid .Pemergian Syahid membuka mata kita tentang kelebihan menghafaz al quran , tentang sabar dan  kasih sayang seorang ayah pada anak nya.

Walaupun Syahid mengidap kanser dan baru berusia 4 tahun namun Syahid sudah menghafal beberapa surah kerana ayahnya sering membaca kan ayat-ayat suci Al-quran ketika bersama nya.


InsyaAllah..Syahid sedang bergembira di Syurga.


sekian...





Previous
Next Post »

3 komen disini

Click here for komen disini
Sheila Adziz
admin
6 November 2017 at 22:49 ×

sayu bila baca citer mereka... syurga tempatnya...

Reply
avatar

sila tinggalkan komen anda...:) ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment