JANGAN MALU UNTUK TAGIH HUTANG KERANA IANYA WAJIB

Assalamualaikum..




JANGAN MALU UNTUK TAGIH HUTANG KERANA IANYA WAJIB Bukan senang nak tagih hutang .Lagi-lagi bila dah diminta berkali-kali dan jawapan nya tetap sama, mengecewakan dan kita hanya mampu memberontak di dalam hati.

kadang-kadang kita jadi marah pada diri sendiri sebab terlalu takut nak tagih hutang tu.Saya faham juga sebenarnya kita pun rasa malu nak tagih hutang tu walaupun duit tu duit kita sendiri..betul tak?


Bercakap pasal tagih hutang ni, ada yang sampai putus sahabat tau gara-gara berhutang.Sebab tu jangan dibuat main dengan hutang ni.

Tapi tahu tak sebenarnya tagih hutang merupakan kewajipan?Nak tahu kenapa?

Sebab kita kena  tagih hutang ialah mungkin orang yang berhutang tu terlupa yang dia ada hutang.

Hutang ni pulak wajib di bayar.Kiranya kita mambantu dia untuk ingat tentang membayar hutang.





Bagi orang yang berhutang ni pulak jangan lah pandang ringan dengan hutang.Selagi tak terbayar hutang tu,  mati nanti roh tergantung je didunia.

Macam dalam hadis riwayat Tirmidzi : Rasullullah Bersabda "Roh seorang mukmin yang meninggal dunia akan terus tergantung di dunia selama hutang nya belum dilangsaikan."

Bila kita tagih hutang jangan pulak marah-marah.Gunakan kata-kata yang baik dan beradab.tak perlu guna kekerasan.

Tapi cara yang keras dibolehkan sebab pernah seseorang menagih hutang pada Rasullullah dengan cara yang kasar.kemudian marah la para sahabat Rasullulah ni.Mereka hampir-hampir memukul orang yang menagih hutang ni.

Kemudian Rasullulah melarang dan berkata si penagih hutang mempunyai hak untuk bercakap macam tu

Tapi sebaiknya gunakan lah bahasa yang baik dan beradab ye kawan-kawan.. :) .. Guna kekerasan ni rasanya bila yang berhutang berkeras tak mau bayar.Mungkin cara sedikit kasar dibolehkan..



Dalam pada itu kena juga kena lah beringat Allah sangat sayang dan suka pada mereka yang bermurah hati.Tak salah kalau kita halalkan saja hutang nya dan niat untuk bersedekah.

jadi lepas ni jangan malu untuk tagih hutang dan sentiasalah ingatkan rakan-rakan kita yang berhutang tu.Jangan sampai mereka lupa pada hutang mereka.

Ingat tau..Sebaik-baik manusia ialah mereka yang melunaskan hutang nya..


sekian..







Previous
Next Post »

4 komen disini

Click here for komen disini
3 November 2017 at 13:18 ×

Selagi tak setle hutang lagi tu lah hati tak tenteram

Reply
avatar
dear anies
admin
3 November 2017 at 15:13 ×

yg x tahan tu yg minta kn hamun adushhh

Reply
avatar
3 November 2017 at 16:47 ×

huhu.

paling saya takot. harap hutang saya langsai sebelum tamatnya riwayat saya.

Reply
avatar

sila tinggalkan komen anda...:) ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment