INI PUNCA KENAPA JERAWAT SUSAH NAK HILANG WALAUPUN DAH GUNA BERMACAM PRODUK

Assalamualaikum...

Pic: corbis


INI PUNCA KENAPA JERAWAT SUSAH NAK HILANG WALAUPUN DAH GUNA BERMACAM PRODUK Korang mesti pernah dengar ada orang yang mengadu ."saya dah pakai macam-macam produk tapi jerawat ni tetap ada.."

Pernah dengar..kan??

Jerawat ni biasanya terjadi kerana liang-liang pori kita tersumbat kemudian dia jadi nanah dan keradangan.Tu yang kadang kita nampak ada orang punya jerawat batu besar2 dimuka dia.

Ada kajian mengatakan tak ada seorang pun didunia ni yang hidupnya tak pernah ada jerawat kat muka..Jadi kalau ada orang kata "muka saya tak pernah ada  jerawat"...itu tipu semata-mata.

Jerawat ni bukan semata-mata sebab kotoran.Ada sebab lain juga kenapa jerawat muncul...Mengandung, kesan dari kosmetik, dan stress juga adalah punca jerawat muncul.

So jerawat ni bukan lah penyakit .Jangan serabut sangat kalau ada jerawat sebab bila stress jerawat tak kan hilang..

Dah berubat macam-macam, tapi jerawat tak hilang jugak.Buat rawatan resdung pun sudah, buat pemeriksaan doktor pun sudah.

Kalau korang ada alami perkara macam ni, cuba check senarai dibawah .Mungkin salah satu ni adalah penyebab nya.







1- Bantal


Bila kita tidur macam-macam kotoran melekat kat bantal kita.peluh, air liur, kelemumur..semua tu akan menempel di sarung bantal selagi tak dibersihkan.

jangan lupa kerap2 menukar sarung bantal dan pastikan sebelum tidur rambut korang kering kalau baru lepas mandi,

Jemur bantal di tempat panas kalau tak mampu nak bersihkan setiap hari.Ada orang yang dia tukar sarung bantal seminggu sekali je.Sibuk bekerja..

2- Kosmetik


pastikan kosmetik berada di tempat yang bersih, tidak berhabuk, dan tidak dibiar kan terdedah.Ada orang dia nak cepat  sampai lupa nak tutup kosmetik dia.

Sponge pada bedak perlu kerap dibersihkan.Begitu juga dengan berus solekan korang.Jangan berkongsi berus solekan dengan orang lain.Nampak benda ni remeh tapi bagi yang alami masalah jerawat yang serius korang perlu cerewet bab2 ini.

Sebelum menyentuh cecair kosmetik korang perlu pastikan tangan korang bersih.

Pastikan juga bahan kosmetik bebas dari kandungan terlarang dan belum tamat tarikh luput.


3-Telefon Bimbit


Pastikan permukaan skrin telefon dibersihkan selalu.Sekarang semua orang pakai smartphone.Jadi tak mustahil skrin telefon kita tu melekat dengan kotoran dari jari-jari kita yang menyentuh macam-macam benda.

4-Makanan


Mereka yang mempunyai masalah jerawat disarankan mengawal pengambilan makanan berminyak dan berlemak. .Makanan yang berlemak dan bergoreng boleh meningkatkan kandungan glukosa dalam darah mengakibatkan jerawat bertambah .

Selain dari itu makanan yang berasaskan dari susu lembu juga perlu dikurangkan dan kalau boleh dielak kan terus.

Saya rasa ni 4 perkara yang korang kena perhatikan semula bila jerawat masih tak hilang.Selain tu ada juga yang disebabkan ubat-ubatan .

jom kita cantik sesama...:)

sekian..

Previous
Next Post »

1 komen disini:

Click here for komen disini

sila tinggalkan komen anda...:) ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment