ZUL MUHAMMAD

BILA KANAK-KANAK BERLAGAK JADI DEWASA

Assalamualaikum..


BILA KANAK-KANAK  BERLAGAK JADI DEWASA  Ni gambar-gambar minggu lepas masa ambik Mikhail kat tadika dia.Kakak pun kebetulan cuti sekolah jadi dia pun beriya nak jemput adik kat sekolah.

Masa sampai-sampai kat tadika tu dia la beriya pegang beg adik, suruh adik pakai kasut.. Mungkin adik tu kat dalam hati dia geram je tengok kakak mengarah dia macam-macam mengalahkan ibu pulak.


hahaha..


Macam tu la karenah si kakak ni,Kalau dirumah pun dia la yang kuat mengadu.Semua benda dia nak kawal.Dia suka berlagak macam dia dah dewasa padahal baru umur 10 tahun .

 Sebagai ibu yang memerhatikan dia 24 jam saya boleh nampak ada masanya di terlupa yang dia sedang dalam watak orang dewasa.hahaha






Ada beberapa sebab yang saya perhatikan kenapa anak-anak seperti si Kakak ni suka berlagak seperti orang dewasa.

Saya selalu check whatsapp si kakak ni.Apa yang saya perhatikan rakan-rakan nya bercakap seperti orang dewasa.Kadang-kadang mereka hantar whatsapp Voice meluah tentang rasa stress, dan gaya lenggok bercakap tu pulak tak sangka yang mereka ni baru berusia 10 tahun.

Rakan-rakan nnya jugak lebih suka berbual tentang drama tv dan lagu-lagu yang sedang popular.. Sedangkan kalau di rumah saya lihat Kakak lebih suka menonton kartun dan mendengar lagu kanak-kanak.

Sebab tu saya rasa rakan-rakan nya beri banyak pengaruh dalam perkembangan dirinya. Kadang-kadang saya rasa dia macam memaksa diri dia sendiri untuk ikut seperti rakan -rakan nya sedangkan dia masih mahu bermain masak-masak dan menonton Didi & friends . Hahah..


Saya selalu juga pesan pada dia supaya membesar seperti yang dia mahu.Dia tak perlu ikut apa kawan-kawan dia buat jika dia rasa tak mahu.

Tapi saya tahu apa yang dia buat tu supaya kawan-kawan dia menerima dirinya.

Sebenarnya benda macam ni  tak elok untuk perkembangan anak-anak kita sebab akan buat dia tak seronok dengan hidupnya. Dia akan rasa agak terbatas untuk dia buat apa yang dia suka dan mampu.

.Sebab itu kalau dirumah saya biarkan je dia nak menonton video Baby Shark Doo Doo atau menonton Didi & Friends dengan adik dia.


Sebagai ibu bapa kita perlu perhatikan dan fahami tingkah laku anak-anak kita. .Saya mahu anak saya melalui masa kecil mereka dengan sepatutnya.


sekian






Post a comment

1 Comments

  1. dia 'rasa' mcm dah besar... alahai.... maisara dah bsr rupanya ;-)

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)