APA YANG PATUT DILAKUKAN JIKA ANAK MENANGIS DI TENGAH MALAM

Assalamualaikum...


APA YANG PATUT DILAKUKAN JIKA ANAK MENANGIS DI TENGAH MALAM
Kebanyakan ibu-ibu yang ada nak kecil mesti pernah melalui pengalaman anak menangis tak berhenti pada waktu malam.

Habis satu rumah tak boleh tidur asyik berkesah kan pada si kecil yang entah kenapa menangis sampai merah muka.

Dia punya tangisan tu bukan sikit-sikit tapi habis  limit suaranya.Ada yang sampai suara hilang sebab menangis.

Hati ibu dan ayah mana lah yang tak gelisah bila anak nya dalam keadaan begitu. Entah sakitnya dimana, ada serangga gigit ke, atau pun anak kecil tu sebenarnya di ganggu makhluk halus.

Apa yang patut dilakukan bila bayi menangis tak henti-henti di tengah  malam


Ada kemungkinana nya anak kecil itu mengalami kembung perut. Ibu-ibu patut lebih berhati-hati dalam penjagaan bayi kerana pada usia kecil ini bayi memang mudah mengidap kembung perut.

Sapu minyak telon pada bahagian pinggang, perut , betis dan sendi anak.Pastikan anak tidak berada dalam kesejukan.

Kemudian beri anak susu, InsyAllah anak akan tidur.

Ibu-ibu yang menyusukan bayi juga harus mengawal pemakanan kerana ada bayi yang mengalami kembung perut akibat ibu yang makan makanan "sejuk" seperti labu, kankung dan sebagainya.

Periksa setiap bahagian tubuh anak kerana dikuatiri ada serangga yang menggigitnya.





Anak menangis di tengah malam kerana diganggu Makhluk halus


Jika bayi atau anak kecil menangis tanpa henti dan menangis seolah-oleh dalam ketakutan ianya mungkin berlaku kerana gangguan makhluk halus.

Jika dia bangun menangis , kemudian senyap selepas diberikan susu itu mungkin kerana dia lapar.Namun jika tangisan nya berlarutan dan hanya memandang kesatu sudut sahaja ianya mungkin adalah kerana gangguan mahluk halus.

Sedia maklum bayi atau anak kecil mampu melihat makhluk ghaib kerana itu mudah makhluk ghaib mengganggu anak-anak kecil ini.



Apa yang korang boleh lakukan ialah dengan membaca surah Rukyah. Peluk anak sambil berbaring atau duduk . halakan wajah nya ke dada korang dan mulakan dengan membaca Rukyah sehingga didengarinya.

Kemudian baca Al-fatihah , Al-Ikhlas , Al- falaq, An-nas dan ayat kursi.

kemudian di susuli dengan 2 baris ayat terakhir surah Al-Baqarah.

*selesai membaca setiap surah tiupkan ke ke tapak tangan kita dan sapu diseluruh tubuh anak kecil kita.

Semoga artikel ini bermanfaat untuk semua ibu bapa...

sekian..



Previous
Next Post »

1 komen disini:

Click here for komen disini
paridah
admin
1 November 2017 at 21:42 ×

PERKONGSIAN BRMNFAAT ANAK NANGIS TENGAH MLM MMG MRISAUKAN

Reply
avatar

sila tinggalkan komen anda...:) ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment