ZUL MUHAMMAD

AKHIRNYA DIANARASHID.COM LULUS GOOGLE ADSENSE DENGAN CEMERLANG DAN JAYANYA

Assalamualaikum..



Bila tulis entry apa-apa kat blog tajuk kena "wah...sangat" ... Padahal cerita yang nak tulis cuma tentang lulus akaun Google Adsense saja.

Lulus akaun Google Adsense memang menjadi impian ramai blogger disebabkan bayaran nya yang dikatakan lumayan.Ye la..Dibayar dengan USD kot..siapa yang tak mahu..kan??

Kalau dulu nak dapatkan akaun Google Adsense bukan nya mudah.Sejak hampir  2 tahun lalu saya dah apply akaun Google adsense ni. Entah berapa kali dah dapat perkabaran yang kecewa dari mereka.






Tapi saya tak pernah putus asa dan terus memohon.di samping tu saya banyak membaca post-post dan tips-tips  berkaitan Google Adsense . Memang ianya banyak membantu saya malah bila tiap kali permohonan Adsense saya di tolak , dengan membaca post-post tentang Adsense membuatkan saya tak putus asa dan terus buat permohonan semula.



Akhir nya pada pertengahan  oktober saya dapat email mengatakan akaun Google Adsense saya telah lulus sepenuhnya.Dengan pertolongan blogger Cik Akak saya pasang iklan Google Adsense dan tak lama kemudian iklan tersebut muncul di blog saya.

Rasa seronok sangat sebab lama juga saya tunggu blog saya lulus adsense ni..

Pada awal november saya dapat email lain mengatakan pihak Goiogle Adsense dah hantar pin code.Email ni kita akan dapat apabila kita berjaya mengumpul $10 dalam akaun Google Adsense kita.



Tak lama kemudian dalam, 2 minggu lebih juga la saya tunggu akhirnya pin code tu dah sampai.Dan saya dah masuk kan pin code tersebut.Yeay!!

Memang tak sabar nak kumpul duit dengan Adsense ni.Setakat ni memang memberangsangkan.Patut la ramai yang nak ada akaun Google Adsense ni.


Sebelum ni saya nampak ada yang kata blog yang ada adsense ni adalah blog yang bagus, yang terbaik, yang ada potensi dan sebagainya.Di julang2 blog-blog yang ada adsense ni seolah-olah hanya Google adsense sahaja yang perlu menentukan hala tuju satu-satu blog

 Bagi saya la , pendapat tu mungkin boleh diguna pakai beberapa tahun lalu.Untuk masa sekarang pendapat tu tak boleh pakai dah.Saya perhatikan dah banyak blog yang dengan mudah lulus Google adsense ni. Malah blog saya sendiri saya anggap hanya bernasib baik . Blog yang setahun jagung dengan content yang tak cukup kuat pun dah boleh apply Google adsense.

Jadi buat masa sekarang saya tak nampak kat mana yang orang kata blog yang ada Google Adsense ni sebagai blog yang terbaik dan sebagainya.

Maaf kalau kita salah pendapat.




Saya punya impian cuma nak kumpul sebanyak yang boleh sehingga bulan june tahun 2018.Sampai je bulan june 2018 baru saya nak keluarkan duit Adsense saya tu sebab bulan 6 nak kena bayar domain blog ni.Hahahha...

Ha..Jangan tak tau domain blog ni kena renew setiap tahun.Bukan free-free je saya guna dianarashid.com ni  tau.Saya punya blog pun saya kena bayar apa lagi kalau orang nak guna blog saya untuk iklan kan produk mereka.. Memang kena bayar la jugak.

Ok tu je la yang saya nak kongsikan dengan korang.bagi yang belum ada akaun Google Adsense ni boleh la memohon .Jangan putus asa, teruskan menulis .Bila rasa putus asa je ingat balik apa tujuan asal kita buat blog?Kalau betul2 sebab duit , tak dapat makcik nak menolong nya.

sekian..




Post a comment

3 Comments

sila tinggalkan komen anda...:)