9 CARA WANITA BERHIAS YANG HUKUMNYA HARAM DIDALAM ISLAM

Assalamualaikum...



Perempuan mana yang tak suka cantik dan berhias?Kalau dah namanya wanita mestilah kita suka nampak cantik .Walau apa pun tujuan kita berhias pastikan ianya tidak lari dari syariat islam dan tidak melampau batas.

Sekarang ni kalau dilihat di media-media sosial ramai yang berkongsi tips berhias, bersolek , berfesyen dan sebagainya. Benda-benda macam ni bagus untuk golongan wanita supaya lebih bijak menjaga penampilan diri.

Namun jangan dilupakan ada beberapa perkara yang harus dititik beratkan oleh  wanita islam didalam berhias ini.

Islam tidak melarang wanita berhias dan mempercantik kan diri nya namun ada batas-batas yang harus diikuti oleh wanita untuk melindungi maruah dan kehormatan wanita islam supaya memberi imej yang baik pada orang lain.

Disini saya kongsikan 9 cara wanita berhias yang hukum nya haram dalam islam.



1- Bertatoo
Wanita yang mencacah tato di tubuhnya akan dianggap sebagai wanita yang nakal dan liar. Rasullullah sendiri melaknat wanita yang mencacah tatoo . Tatoo ni dibuat dengan memasuk kan dakwat  pada lapisan kulit untuk menukar warna kulit.

Tatoo tidak membuatkan seseorang itu murtad namun ianya adalah haram dan berdosa .Kita perlu bertaubat supaya tidak jauh terpesong.

Dengan kecanggihan teknologi sekarang ni , nak menghilang kan tato bukan lagi menjadi masalah.Dengan rawatan laser korang boleh membuang tatoo dengan selamat dan tanpa menyakitkan. Tatoo yang tidak dapat dibuang atau yang berisiko menyebabkan kecacatan tidak perlu dibuang.Cukup lah dengan bertaubat, memohon keampunan dari Allah dan perbanyak kan beristigfar.



2- Mencabut Kening
Walaupun dunia solekan sekarang dah tak memerlukan lagi kita untuk mencabut kening tapi masih ada lagi yang selesa mencabut kening .Sekarang ni ada gam eyelashes yang kita guna untuk tutup sebahagian kening yang buatkan kita tak payah lagi mencukur kening.Ianya memudahkan lagi wanita islam untuk berhias.

Pernah ada juga yang mempertikaikan penggunaan gam eyelashes ni kerana ada yang mengatakan ianya juga haram kerana kita berhias seolah2 wanita kafir.Itu saya sendiri tak pasti.Dan mungkin kita boleh dapatan penjelasan dari yang lebih arif.

Mencabut kening adalah haram didalam islam.Allah melaknat wanita yang mencabut kening dan menghilangkan bulu di muka.Perbuatan ini mengubah ciptaan Allah.

Namun di bolehkan jika bulu-bulu itu tumbuh terlalu banyak (luar biasa) .



3- Menyambung rambut atau memakai rambut palsu
Memakai rambut palsu dan menyambung rambut juga diharamkan didalam islam. Mennyambung rambut dan memakai rambut palsu yang dimaksudkan di sini ialah memakai sanggul palsu, menyambung rambut supaya kelihatan panjang atau apa saja yang menyerupai rambut adalah dilarang sama sekali.

Dalam keadaan apa sekalipun ianya dilarang malah jika dipakai dihadapan suami sekalipun tetap tidak dibolehkan kerana ianya seolah-olah berhias seperti wanita kafir.



4-Berlebihan dalam menggunakan dan membeli alat solek atau barangan untuk berhias
Lumrah wanita mudah tergoda dengan berbagai barangan solekan namun jika ialah terlalu berlebih-lebihan dikuatiri akan berlaku pembaziran . Begitu juga dengan perhiasan diri. Banyak yang dibeli banyak juga lah yang akan di pakai.

Bersolek dan berhias berlebih-lebihan akan mengundang syahwat lelaki yang memandang dan melirik kearah kita.Namun bersolek berlebih-lebih untuk suami didalam rumah adalah digalak kan.

Sikap suka berlebih-lebihan tidak disukai Allah..sesungguhnya Allah ta‘ala berfirman:

“Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah setiap (memasuki) masjid. Makan dan minumlah, tapi janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan” (QS. Al-A‘raaf, 7: 31)


5- menggunakan perfume dengan bau yang kuat dan semerbak
Memakai bau -bauan yang kuat sebenarnya tidak menjadi masalah besar jika hanya didepan suami atau didalam rumah sahaja.Namun menjadi kesalahan jika wanita memakai bau-bauan yang harum dan boleh menarik perhatian  lelaki-lelaki di luar .

Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya wangian yang baik bagi lelaki adalah yang terzahir baunya dan tidak jelas warnanya dan wangian yang baik bagi wanita adalah yang terzahir warnanya dan tidak begitu kuat baunya.” (Riwayat Al-Tirmizi)

Ini bermakna , untuk wanita adalah lebih baik memilih haruman yang tidak kuat baunya jika mahu keluar rumah bagi menjaga penampilan kita.


6- Berhias seperti lelaki
Rasulullah s.a.w melaknat wanita yang berpenampilan seperti lelaki. Bukan sahaja dari gaya rambut  malah cara berpakaian juga dilarang sama sekali. Bercakap, berperwatakan seperti lelaki juga dilarang dalam islam .

Diakhir zaman ini perkara seperti wanita menjadi lelaki dan lelaki menjadi wanita adalah sesuatu yang sangat merisaukan.Ianya bagaikan virus yang tiada penawarnya.Sesungguhnya hanya iman dan takwa sahaja mampu membendung masalah ini.

Apa yang dirisaukan ialah perkara-perkara seperti ini akan mengundang seks sejenis.



7- Berhias seperti wanita kafir
Tasyabuh adalah wanita yang berhias seperti wanita kafir.Ianya dilarang didalam islam.Zaman sekarang dah banyak kita dapat lihat  wanita berhias sepeti wanita kafir contohnya , memaki rambut palsu, memakai tanda di dahi (bindi dan sindur) , malah ada juga yang memakai perhiasan dengan lambang2 yang menandakan sesuatu kaum dan agama.

Perkara seperti ini perlu dibenteras,..Mungkin ada yang mengenakan fesyen dan cara berhias seperti ini tidak tahu ianya adalah haram dan berdosa.

Ramai yang menggunakan alasan "suka-suka..tiada niat lain" untuk menutup kesalahan mereka.Namun niat tidak menghalalkan cara.Sebelum berhias atau mengenakan sesuatu fesyen/solekan adalah lebih baik bertanya kan pendapat orang lain.


8-Berhias seperti wanita jahilliah
Dizaman jahilliah wanita-wanita nya berjalan sambil melenggok-lenggok dengan langkah yang manja dan cukup memikat .Ketika berhias mereka akan memperlihatkan leher, rantai dan anting-anting mereka.

Allah melarang prilaku wanita jahilliah diikuti wanita muslimah. Larangan ini bertujuan menaikkan darjat dan kehormatan wanita.Di Zaman jahilliah wanita dipandang rendah dan diperlakukan sesuka hati Malah bayi perempuan akan ditanam hidup2 demi tidak dipandang rendah.



9- Berhias dengan mendedahkan  aurat
Setiap inci tubuh wanita adalah aurat kecuali muka dan tapak tangan.Wanita islam wajib menutup auratnya . Mendedahkan aurat dengan tujuan untuk kelihatan cantik adalah dilarang dalam islam.

Siksaan untuk wanita yang mendedahkan aurat sangat la berat. Wanita yang membuka rambut kepalanya selain untuk suaminya, akan digantung dengan rambutnya di atas api neraka sehingga menggelegak otaknya, berterusan selama ia tidak menutupnya. Dada yang sengaja dibuka atau ditonjolkan supaya kelihatan seksi, akan di gantung atas api neraka dengan pusat dan buah dadanya diikat dengan rantai neraka sebagai penggantungnya .Betis dan paha yang terselak-selak, sedia untuk dipanggang, pedihnya tidak terkira.

Begitulah hebat nya siksaan untuk wanita yang mendedahkan aurat.


Semoga bermanfaat untuk semua...

sekian..




Previous
Next Post »

1 komen disini:

Click here for komen disini
Sheila Adziz
admin
14 November 2017 at 16:26 ×

semoga kita dijauhi drp semua itu... thanks for sharing

Reply
avatar

sila tinggalkan komen anda...:) ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment