Thursday, 30 November 2017

5 CARA MUDAH UNTUK MENURUNKAN TEKANAN DARAH TINGGI

Assalamualaikum..



5 CARA MUDAH UNTUK MENURUNKAN TEKANAN DARAH TINGGI  Darah tinggi tidak boleh di pandang ringan .Tahu tak jika kita mengalami tekanan darah tinggi kita juga berisiko terkena serangan jantung dan stroke.Sebab itu lah gaya hidup sihat sangat penting dalam kehidupan seharian.Tapi nak mengamalkan gaya hidup sihat ni kena lah ada cara nya dan tak boleh dilakukan tanpa disiplin.


Hari ni saya akan kongsikan 5 cara mudah untuk menurunkan tekanan darah tinggi sekaligus menjalani gaya hidup yang sihat.. Ikuti dengan lengkap 5 cara di bawah dan InsyaAllah pasti akan dapat menurunkan tekanan darah ,

1-  Buang tabiat merokok
Merokok bukan sahaja satu pembaziran malah ianya boleh memberi kesan kepada kesihatan jantung. Merokok   juga membuatkan tekanan darah akan meningkat . Saya percaya kebanyakan mereka yang mengalami masalah jantung serta merta akan meninggalkan tabiat merokok.

Tapi mereka yang ada masalah darah tinggi susah nak tinggalkan tabiat merokok ni.Jadi adakah dah sampai tahap menjejaskan jantung baru kita nak tinggalkan tabiat merokok?Merokok bukan saja boleh menyebab kan tekanan darah tinggi, stroke, serangan jantung malah ianya juga memicu kepada masalah kesiahatan yang lain.






2-Jangan Stress
Ramai yang mengalami stress akibat persekitaran dan orang sekeliling.Tekanan dari bos di tempat kerja, masalah rumahtangga, masalah kewangan dan sebagainya menjadi punca seseorang itu stress.Tekanan darah tinggi boleh terjadi jika kita mengalami stress yang melampau.

Untuk menghindari stress kita boleh lakukan aktiviti riadah bersama kawan-kawan atau boleh juga bercuti dan melupakan seketika perkara-perkara yang memberi tekanan pada diri kita..

Memang bukan mudah nak melupakan dan mengabaikan masalah yang sedang dihadapi.Namun dengan merehatkan sebentar fikiran kita dari memikirkan sesuatu yang boleh menyebabkan kita marah , kecewa dan sebagainya pasti dapat mengimbangkan kembali tekanan darah kita.Ia juga mengjar kita untuk mengawal perasaan kita .



3-Kurangkan pengambilan garam
Tahu tak garam adalah pemicu utama tekanan darah tinggi?Satu pertubuhan kesihatan di Amerika pernah menyarankan , pengidap darah tinggi atau  Hipertensi hanya boleh mengambil garam dalam makanan  di bawah 1500 miligram sehari sahaja.



4- Kerap bersukan atau bersenam
Mindset kebanyakan dari kita akan rasa bila sakit tak perlu bersenam.. Sedangkan ada banyak penyakit yang  berpunca dari sikap kita yang malas bersenam malah ada penyakit yang digalak kan bersenam walaupun pengidap sedang mengalami nya.Salah satunya ialah tekanan darah tinggi..

Tidak berlu bersenam dengan alatan yang mahal dan tempat yang khas untuk bersenam.Kita boleh bersenam di mana-mana sahaja walaupun di dalam bilik .Antara contoh senaman yang baik untuk mereka yang mengidap tekanan darah tinggi ialah , berjalan, menari , berbasikal atau senaman kardio.

5- Turunkan berat badan
Menurunkan berat badan sangt penting bagi mereka yang mengalami tekanan darah tinggi dan juga penyakit jantung.Menurunkan berat badan dapat menghilangkan penyakit tekanan darah tinggi namun ianya perlu dilakukan dengan betul . Jangan sesekali mengamalkan diet yang tidak sihat.

Apa yang perlu diamalkan dalam diet untuk menurunkan berat badan hanyalah kurangkan pengambilan lemak dalam makanan dan lebihkan buah dan sayuran..Sertakan juga dengan senaman setiap hari sekurang-kurangnya 20 minit.


Semoga tips-tips menurunkan tekanan darah ini dapat membantu mereka yang mengalami masalah ini.Perlu dinasihatkan supaya kita jangan mengambil sebarang produk makanan tambahan yang dijual di pasaran tanpa mendapatkan nasihat doktor.

sekian..


Tuesday, 28 November 2017

CINDO PITAYA- KEBAIKAN SABUN BUAH NAGA YANG PATUT KITA TAHU

Assalamualaikum...



CINDO PITAYA- KEBAIKAN SABUN BUAH NAGA YANG PATUT KITA TAHU Ni antara buah kegemaran saya ni.. Buah naga atau dragon Fruit. Sedap buah ni..Ramai yang suka.Rasanya masam2 manis.Lepas tu bau nya pun harum.

Dulu mak saya ada tanam pokok ni kat rumah.hari2 dia belek.Merasa jugak la dia makan hasil dari tanaman sendiri walau tak banyak.Bukan saja sedap di makan saja.Ada yang buat juice dan aiskrim juga.

Banyak khasiat buah naga ni.Sebab tu lah apabila dikomersil kan pasti akan dapat sambutan.Antara khasiat buah Naga  ialah

-Mencegah penuaan
-Menghilangkan jerawat
-Menghalus dan melembabkan kulit
-mempercepatkan proses penyembuhan luka dan radang
-Melindungi kulit dari sinaran UV

Ini baru khasiat untuk kulit tau..Ada banyak lagi khasiat nya juga untuk kesihatan dan merawat penyakit.


Sabun Buah Naga - Cindo Pitaya

Salah satu produk yang sekarang orang dok cakap sana sini ialah Cindo Pitaya (NOT: 171100224K) keluaran De Rizqeen  Empire .   Cindo Pitaya ialah Sabun Buah Naga yang dibuat menggunakan ekstrak Buah Naga.

 


Tengok pun kita tau dah , bau nya sangat la sedap..Allahuakbar..Kalau hilang waras ni makcik gigit dah .hahhaha

Rasa sayang nak guna tau.Kalau gunakan untuk muka saja sabun ni kena potong kecik2 gini baru la jimat.Boleh pakai lama.Boleh tahan sebulan ni rasanya kalau untuk guna di muka saja.

Kalau nak gunakan untuk badan  tak payah la potong.Boleh juga kalau beli je yang saiz besar.Dia ada dalam dua saiz ,kecik dan besar.Yang besar tu sesuai la untuk badan.

Saya baru guna seminggu .Sepotong ni pun tak habis lagi..ada sikit lagi.jadi saya agak2 dalam sebulan cukup la seketul sabun ni.





Lepas ni saya nak suruh anak-anak pulak guna sebab diaorang ni ada masaah kulit.Anak-anak saya ada alahan pada makanan tertentu.Walaupun tak serius tapi ambil masa 5.6 hari juga bila alahan tu muncul.

Kalau menjadi nanti kita review sekali lagi..Ok??Tapi untuk hari ni saya nak cerita pengalaman guna Cindo Pitaya dan juga kelebihan-kelebihan nya.

CINDO PITAYA- KEBAIKAN SABUN BUAH NAGA YANG PATUT KITA TAHU

Apa yang buat saya rasa Cindo Pitaya best ialah ianya :

-tidak mengeringkan kulit walaupun kerap digunakan
-Tiada kesan sampingan yang memudaratkan kulit
-Tak mahal.



Cara saya gunakan Cindo Pitaya ni senang je..Sama je macam sabun cuci muka yang lain.

-basahkan muka atau badan kita..
-ambil sapu dan gosok kat tangan sikit bagi keluar buih.
-kalau nak sabun di badan gunakan saja macam sabun biasa.
-bilas muka dengan air biasa.
-gunakan setiap kali mandi

Tips untuk korang.Selalu dah saya bagitau ni..Bila korang cuci muka pastikan korang buat sikit urutan kat muka tu..dekat mata,dahi,tepi mulut..tu part yang paling penting selain pipi.Sebab kat situ lah bermula nya kedut2 wajah kita.

Satu lagi bila cuci muka jangan cuci dengan air suam.nanti kulit akan jadi kering.Bila kering senang la kulit berkedut.Makeup pun tak cantik sebab banyak kulit mati kat muka.

kenapa saya guna Cindo Pitaya?

1- Cindo Pitaya mampu mencerahkan kulit
2- badan berbau harum
3- kulit jadi anjal
3- kulit nampak bersih
4- minyak pada wajah dah berkurangan

kalau korang berminat nak dapat kan Cindo Pitaya boleh terus hubungi:

whatsapp/tel: 0189127233

facebook page : Cindo White



_____________________________

Apa-apa pun produk yang korang guna kan , tolong la gunakan dengan konsisten.jangan la kejap2 tukar ini , belum habis yang ini dah guna yang itu.Itu cara yang tak sihat sebab kulit akan terkejut dengan perubahan produk yang korang gunakan.

Guna satu2 produk sampai serasi. Apa -apa produk pun akan ambil masa untuk memulihkan kulit kita,.kalau yang boleh cantik dalam masa kurang seminggu tu mesti ada sesuatu yang tak kena.Susuk je yang pakai2 terus cantik.Susuk pun haram digunakan..hahahah

Ha,,Panjang makcik membebel hari ni.geram la ..kan??Kadang2 kita review apa2 produk di marahnya pulak kita sebab katanya tak berkesan.Bila tanya berapa lama guna , katanya dah seminggu..Ingatkan dah  sebulan ke..??kan??

Sekian...

SINGKIR LAN DARI KRISTAL , PEMINAT BERANG DAN KECEWA DENGAN RODY

Assalamualaikum..



Masa saya muda remaja dulu saya memang minat dengan kumpulan Kristal.lagu-lagu diaorang semua best-best .

Bukan sebab lagu je best tapi sebab cara nyanyian penyanyi nya tu tak ubah macam Awie..hahah..Walaupun suara tak sama tapi cara nyanyian tu sama..perasan tak??

Bercerita tentang kumpulan Kristal ni , ramai yang sedia maklum dengan krisis yang sedang hangat berlaku antara vokalis Kristal iaitu Lan dan Rody, pemain gitar dan ketua kumpulan Kristal sendiri.

Boleh la nak dikatakan Lan sekarang adalah bekas vokalis kumpulan Kristal susulan pengunduran dirinya dari kumpulan Kristal beberapa hari yang lepas.





Apa yang saya faham dengan rentetan kisah mereka ni, awalnya Lan menyertai program Gegar Vaganza. Kemudian dalam satu temubual dengan sebuah akhbar  Lan menjelaskan dia teringain nak buat buat album solo .

Kenyataan nya itu dan tindakan nya menyeertai Gegar Vaganza buat anggota Kristal berkecil hati dan terus buat kenyataan yang mereka akan merehatkan Lan yang bercita-cita nak jadi penyanyi solo dan akan mencari pengganti Lan dalam masa terdekat.



Disebabkan tak mahu bergaduh dan memanjangkan kes ni Lan dengan rela hati mengundurkan diri.

Apa yang berlaku ni membuatkan ramai peminat setia kumpulan Kristal berasa kecewa terutama sekali pada Rody kerana bertindak tanpa memikirkan masa depan kumpulan Kristal.


Bagi saya sendiri Kalau Lan nak buat album solo pun tak salah sebab dia tetap membawakan nama Kristal sama seperti dia menyertai Gegar Vaganza.sekurang-Kurangnya penonton tahu kristal ada vokalist yang hebat.

Rody sendiri pernah buat album solo tanpa anggota kumpulan nya lain.Malah ketika album tersebut dipasarkan , Lan turut sama menjual album tersebut.

Jadi apalah salahnya Rody dan anggota Kristal yang lain sama-sama menyokong  Lan dalam gegar vaganza ni...



Awie wings dan Amy Search sendiri pernah buat album solo tapi mereka masih bersama anggota kumpulan mereka.

Tengok saja lah mana-mana kumpulan yang buang vokalis asal mereka kebanyakan nya terkubur macam tu saja.Malah ada yang terpaksa memasuk kan semula vokalis lama mereka.

Apa yang terjadi didalam kumpulan kristal sekarang membuatkan peminat-peminat mereka berang dan kecewa dengan Rody.Malah dia turut di kecam di laman sosial nya hingga terpaksa menutup ruangan komen di Ig personal nya. Namun pengikut Kristal masih boleh meninggal kan Komen di IG Kristalband.



Ada juga peminat yang dengan tanpa berselindung akan terus memberi sokongan pada Lan yang bakal bergerak solo kerana bagi mereka Kristal hanya hidup jika ada Lan..

Semoga masing-masing berjaya dengan jalan yang dipilih..


sekian..





JENIS MAKANAN YANG MEMBUATKAN BATUK MAKIN TERUK

Assalamualaikum...



Minggu ni saya diserang batuk.Memang agak susah nak tidur malam..Ni dah masuk 3 hari batuk masih tak hilang.Batuk memang lambat nak sembuh berbanding demam dan selsema.Walaupun batuk dah berkurangan tapi biasanya masih ada kahak kita rasa macam berkumpul di tekak ni.

Orang macam saya biasanya akan mengelak dari makan ubat batuk yang boleh buat mengantuk.Kebanyakan ubat batuk memang akan bagi kesan mengantuk tu.jadi saya elak kan makan ubat batuk sebab tak boleh la nak tidur suka-suka hati.Lagi-lagi cuti sekolah ni anak ada depan mata siapa la nak jaga diaorang kalau saya tidur.hahahah..

Apa yang saya buat untuk menghilangkan batuk ni ialah dengan berpantang makan,Ada beberapa jenis makanan yang saya elak kan untuk menghilangkan batuk dengan lebih cepat.Jom semak..






1)Makanan berminyak.
Elak kan mengambil makanan berminyak atau yang di goreng kerana ianya menyebabkan lendir dan kahak menjadi banyak. Contoh makanan berminyak yang biasa kita ambil setiap hari ialah ayam goreng, ikan goreng, kuih muih dan sebagainya.Jadi elak kan ambil makanan berminyak . makanan yang direbus atau dikukus adalah yang terbaik.


2)makanan dari tenusu
Satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal "Hipotesis Perubatan" pada tahun 2009 menyatakan bahawa bagi sesetengah orang, minum susu boleh merangsang pengeluaran lendir dalam saluran pernafaasan, termasuk paru-paru dan tekak.  Sebab dalam susu ada protein yang boleh merangsang lendir. Bukan susu je malah makanan yang dihasilkan dari tenusu juga perlu dielak kan sepeti keju dan yougurt .

3)Minuman manis dan minuman yang ada kafien
Minuman berkafien biasanya akan menyejat air di dalam badan.Ketika batuk kita digalak kan banyak minum air supaya kandungan air dalam badan tidak hilang. Pengambilan kafien sudah pasti mengurangkan air dalam badan dan ia sesuatu yang perlu dielak kan.
Begitu juga dengan air manis seperti soda, kopi, teh , dan minuman tenaga.Ianya tidak membantu mengurangkan batuk malah memburuk kan lagi keadaan kita.



Ini beberapa jenis makanan yang saya elak kan ketika saya batuk.Ada orang kata buah-buahan sitrus juga perlu dielak kan.Tapi buat masa ni saya tak nampak lagi yang buah-buahan sitrus ni memburuk akn batuk sebab ada juga yang baik diambil ketika batuk seperti buah oren dan limau bali,

Tapi ada buah yang tak patut diambil ketika batuk seperti rambutan dan  tembikai  yang saya memang elak kan ketika saya batuk..

Sekian..

TAHNIAH!! FAZURA DAN FATTAH SELAMAT MELANGSUNGKAN PERNIKAHAN

Assalamualaikum..




TAHNIAH!! FAZURA DAN FATTAH SELAMAT MELANGSUNGKAN PERNIKAHAN  Tahniah untuk fazura dan Fattah Amin yang baru saja melangsungkan pernikahan di satu majlis tertutup yang diadakan di sebuah hotel malam tadi (27- 11-2017)

Sejak berita tentang pertunangan mereka tersebar minggu lepas memang ramai yang ternanti-nanti majlis pernikahan mereka ni.

Mungkin ada sebab-sebab tertentu kenapa Fazura dan Fattz mengadakan majlis pernikahan secara tertutup. Ramai juga peminat dan pengikut yang mengucapkan tahniah dan mendoakan pasangan ini kekal bahagia selamanya.

MAJLIS PERNIKAHAN FAZURA DAN FATTAH 




Fazura dan Fattah melangsungkan pertunangan beberapa hari sebelum mereka dan kedua buah keluarga berangkat ke tanah suci Mekah bagi menunaikan Umrah.

Sepanjang pemergian mereka ke Tanah Suci berbagai desas desus mengatakan yang mereka berdua sudah pun bernikah.

Sekembalinya mereka dari tanah suci mereka mengadakan sidang akhbar menjejelaskan status sebenar mereka dan menafikan yang mereka sudah bernikah . Mereka mengakui majlis yang diadakan sebelum berangkat ke ke tanah suci Mekah hanya lah majlis pertunangan.

Walaupun banyak berahsia dengan peminat namun rata-rata nya sangat gembira dengan berita pertunangan dan pernikahan mereka  ini.





Macam tu la bila jadi orang yang ramai disayangi. Hubungan percintaan mereka sebelum ini juga tak ramai yang dapat menghidunya. Mereka juga tak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan yang mereka sedang bercinta.

Ye la..baru bercinta tak perlu lah nak diheboh-hebohkan.Bila dah bertunang dan bernikah baru lah boleh canang habis. tak la nanti jadi buah mulut orang pulak.



Biasalah bila artis buat kenyataan sedang bercinta ramai yang kecam dan mendoakan yang bukan-bukan..Agaknya sebab tu lah Fazura dan fattah mengambil keputusan berdiam diri dan menghebahkan nya selepas apa yang dirancang sudah terlaksana.

Bagus la..mengambil pengajaran dari kisah-kisah artis sebelum ni..bukan??

Aapa pun semoga Fazura dan Fattah berbahagia selalu dan menjadi pasangan contoh bagi artis-artis kat Malaysia ni.Betul tak??

sekian..



Monday, 27 November 2017

AKHIRNYA DIANARASHID.COM LULUS GOOGLE ADSENSE DENGAN CEMERLANG DAN JAYANYA

Assalamualaikum..



Bila tulis entry apa-apa kat blog tajuk kena "wah...sangat" ... Padahal cerita yang nak tulis cuma tentang lulus akaun Google Adsense saja.

Lulus akaun Google Adsense memang menjadi impian ramai blogger disebabkan bayaran nya yang dikatakan lumayan.Ye la..Dibayar dengan USD kot..siapa yang tak mahu..kan??

Kalau dulu nak dapatkan akaun Google Adsense bukan nya mudah.Sejak hampir  2 tahun lalu saya dah apply akaun Google adsense ni. Entah berapa kali dah dapat perkabaran yang kecewa dari mereka.






Tapi saya tak pernah putus asa dan terus memohon.di samping tu saya banyak membaca post-post dan tips-tips  berkaitan Google Adsense . Memang ianya banyak membantu saya malah bila tiap kali permohonan Adsense saya di tolak , dengan membaca post-post tentang Adsense membuatkan saya tak putus asa dan terus buat permohonan semula.



Akhir nya pada pertengahan  oktober saya dapat email mengatakan akaun Google Adsense saya telah lulus sepenuhnya.Dengan pertolongan blogger Cik Akak saya pasang iklan Google Adsense dan tak lama kemudian iklan tersebut muncul di blog saya.

Rasa seronok sangat sebab lama juga saya tunggu blog saya lulus adsense ni..

Pada awal november saya dapat email lain mengatakan pihak Goiogle Adsense dah hantar pin code.Email ni kita akan dapat apabila kita berjaya mengumpul $10 dalam akaun Google Adsense kita.



Tak lama kemudian dalam, 2 minggu lebih juga la saya tunggu akhirnya pin code tu dah sampai.Dan saya dah masuk kan pin code tersebut.Yeay!!

Memang tak sabar nak kumpul duit dengan Adsense ni.Setakat ni memang memberangsangkan.Patut la ramai yang nak ada akaun Google Adsense ni.


Sebelum ni saya nampak ada yang kata blog yang ada adsense ni adalah blog yang bagus, yang terbaik, yang ada potensi dan sebagainya.Di julang2 blog-blog yang ada adsense ni seolah-olah hanya Google adsense sahaja yang perlu menentukan hala tuju satu-satu blog

 Bagi saya la , pendapat tu mungkin boleh diguna pakai beberapa tahun lalu.Untuk masa sekarang pendapat tu tak boleh pakai dah.Saya perhatikan dah banyak blog yang dengan mudah lulus Google adsense ni. Malah blog saya sendiri saya anggap hanya bernasib baik . Blog yang setahun jagung dengan content yang tak cukup kuat pun dah boleh apply Google adsense.

Jadi buat masa sekarang saya tak nampak kat mana yang orang kata blog yang ada Google Adsense ni sebagai blog yang terbaik dan sebagainya.

Maaf kalau kita salah pendapat.




Saya punya impian cuma nak kumpul sebanyak yang boleh sehingga bulan june tahun 2018.Sampai je bulan june 2018 baru saya nak keluarkan duit Adsense saya tu sebab bulan 6 nak kena bayar domain blog ni.Hahahha...

Ha..Jangan tak tau domain blog ni kena renew setiap tahun.Bukan free-free je saya guna dianarashid.com ni  tau.Saya punya blog pun saya kena bayar apa lagi kalau orang nak guna blog saya untuk iklan kan produk mereka.. Memang kena bayar la jugak.

Ok tu je la yang saya nak kongsikan dengan korang.bagi yang belum ada akaun Google Adsense ni boleh la memohon .Jangan putus asa, teruskan menulis .Bila rasa putus asa je ingat balik apa tujuan asal kita buat blog?Kalau betul2 sebab duit , tak dapat makcik nak menolong nya.

sekian..




Sunday, 26 November 2017

KONSERT GEGAR VAGANZA MINGGU KE 5 MUSIM KE EMPAT

Assalamualaikum..



KONSERT GEGAR VAGANZA MINGGU KE 5 MUSIM KE EMPAT Minggu lepas tak sempat nak review Konsert Gegar Vaganza . Konsert gegar Vaganza Minggu ke 5 Musim ke 4 kembali lagi..Kalau minggu lepas kita dah tengok penyingkiran Haida yang ramai tak sangka sebab minggu sebelum nya dia buat persembhaan dengan baik sekali.





Ini bermakna semua peserta tak kira siapa pun bila-bila je boleh tersingkir.Jadi masing-masing kena la buat persembahan terbaik setiap minggu.

Juri jemputan minggu ni ialah M.Nasir.Alangkah bangusnya kalau semua peserta dapat dengar komen dari Sifu M.Nasir ni..kan??


Untuk minggu ni saya rasa suka dengan persembahan Lan Kristal.. Eh!!silap,,Lan sahaja..Mantap betul part last yang dia menjerit tu..

Saya memang suka kalau dia bawak lagu-lagu yang rancak-rancak ni..tapi tak suka betul topi dia tu..Sila buang! hahahah..

Yang kedua saya suka persembahan Elyana..saya tak pernah dengar pulak lagu ni..Nanti saya cari kat youtube..Kita smule sama-sama ok..hahaha..

Bagi saya persembahan dia nampak biasa saja , cuma kekuatan nya pada vokal dia..Lagu Dari Yuni Sahara ni sangat sesuai dengan dia dan dia macam selesa je nyanyi lagu ni.Bagus la Elyana Ni...Saya sangat suka dia minggu ni.


Persembahan yang tak best adalah dari Hazami.Lagu Siti tu jadi boring je..nampak lemau, nak kata sedih pun tidak, cuma boring untuk didengar.Kita selalunya mengharapkan persembahan pertama tu mesti yang boleh buat kita teruja nak terus tengok persembahan tu..kan??tapi ni tidak..Masuk part Corus pun saya dah pi dapur belah durian , dah harap cepat sikit persembahan dia habis.


Elyana mengidap kanser Tahap 4



Elyana masih lagi mengungguli undian penonton di rumah apabila dia umumkan sebagai  penerima anugerah GeloraVida Vaganza dan Ada anugerah tambahan di berikan kepada Syura sebab persembahan nya yang memukau DS Vida.





Walau bagaimana pun Elyana tersingkir diminggu ke lima ni . Minggu terakhir untuk Elyana , dalam ucapan nya dia sempat memberitahu kepada peminat2 dia yang dia adalah pengidap kanser tahap 4 dan meminta semua yang ada penyakit kanser untuk kuat . . Semoga Elyana kuat dan dapat sembuh seperti sedia kala.



 Senarai Lagu Gegar Vaganza Minggu Ke 6

Minggu depan dengan tema Jangan Kata Tak Tahu berikut adalah senarai lagu tugasan untuk para peserta.

1) Aisyah  -  Tergantung Sepi
2) Hazami - Jampi
3) Firman -Terakhir
4) Liza hanim- warkah Untuk Mu
5) Lan - Pahit Akan manis Akhirnya
6) Syura - Kau tetap dalam Angan Ku
7) Aqasha- Thats Why YTou Go Away
8) Tia - Bayang

 sekian..

Thursday, 23 November 2017

RESEPI CEKODOK PISANG YANG SEDAP

Assalamualaikum....

Cekodok pisang paling sedap dan lembut

RESEPI CEKODOK PISANG YANG SEDAP Hari hujan sekarang ni..Maklum la hujung-hujung tahun ni memang hujan setiap masa..dari pagi sampai ke malam cuca sejuk je.Ada cekodok pisang pulak tu.Memang kenyang perut.Boleh tarik selimut lepas ni.

Tok suami saya kirim setandan pisang baru-baru ni. Masa tu pisang tak masak lagi..Ni baru masak sepenuhnya.Jadi saya buat la cekodok pisang.

Ini lah antara kuih kegemaran anak saya.Si kakak tak berapa suka cekodok tapi kalau si Adik ni memang dia boleh habiskan sepinggan ni.Siang malam pagi petang kalau boleh nak makan cekodok je.

kalau si kakak lebih suka pisang goreng je.

Saya sendiri tak tahu ni pisang apa.Tanya ayah depa dia kata ni pisang Emas.Ha!elok sangat tu..nama je orang kampung tapi nama pisang pun tak tau.

resepi cekodok pisang

Ada ka pisang emas rupa macam ni..Hahahah..jauh sangat rupa Pisang Emas tu..

Yang kelakar nya dia tanya Tok dia ni pisang apa.Tok jawab..

"pisang yang orang buat cucoq.."

erm...padan sangat dah tu..hahhahahah

Lama-lama sampai sudah tak tau ni pisang apa.Dah google pun boleh confuse lagi.Sama ada Pisang Raja atau Pisang Bunga.

Hahahah..lantak kan je la..yang penting dah masak boleh buat cekodok.

Sebelum kalau buat cekodok saya suka guna pisang Rastali yang kulit nya ada bintik2 tu..Saya suka pisang tu.Kalau buat kek pun saya suka guna pisang rastali je.

Dalam banyak-banyak pisang saya cuma tau Pisang Rastali dan  Pisang Emas je..Hahah..jadi la..kan??daripada tak tahu lansung.Nak dibandingkan dengan orang tu..ada ke pisang emas rupa macam ni...





Dah habis bergaduh pasal pisang jom la kita tengok Resepi Cekodok Pisang Yang sedap.

Bahan-bahan:

1 sikat Pisang (9-10 biji)
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbinat
2 sudu besar gula
Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya:

Lenyek pisang bersama baking powder, soda bikarbonat dan gula sampai hancur.Tapi saya pakai mixer je..heheh..kalau pisang dah manis tak payah masuk kan gula.

Lepas tu masuk kan tepung gandum. kacau sebati...

Tepung tu masuk kan sikit-sikit tau.takut nanti terlebih tepung keras pulak cekodok awak.

Dia punya adunan tu tak keras dan tak cair sangat tau.Kira kalau awak jemput dengan jari tu mudah saja nak kaup dia...Yang tu kira ok sangat dah tu..

Tak payah letak air sebab pisang memang dah lembik .Tambah macam saya guna mixer memang hancur lembik pisang tu..

Kalau tak de mixer guna pengisar pun ok untuk hancur kan pisang tu.tak de pengisar guna bontot gelas je la..heheh

lepas dah siap adunan tu panas kan minyak.guna api sederhana kecil je..

Bila dah panas boleh la jemput-jemput dengan jari dan goreng.Tak pun guna sudu kalau tak pandai guna jari..

Agak2 le saiz nya tu ye.Jangan besar sangatt sebab nanti dia mengembang.

Lepas dah kaler hitam-hitam bertambah manis tu boleh la angkat dan toskan minyak..

Hidang la dengan kopi o atau milo panas..

Pergghhh!!Merecik cekodok kita ni..heheheh


selamat mencuba..

sekian...







INI SEBAB KENAPA BLACK FRIDAY CYBER MONDAY SENTIASA DINANTIKAN

Assalamualaikum..

Hi semua...


Black Friday kembali lagi..Ada yang tanya saya .."Black Friday tu apa  Kak Diana oi.." haha..

Black Friday adalah hari selepas hari Thanksgiving .ThanksGiving jatuh pada hari khamis minggu ke empat dalam bulan november .. Kita di Malaysia ni memang tak sambut Thanksgiving . Tak pasal-pasal  kena kecam nanti..

Hari selepas Thanksgiving  akan berlangsungnya jualan murah gila-gila punya. Ini adalah tradisi mereka  .Iaitu pada hari jumaat nya...

Sehari selepas Thanksgiving banyak kedai  yang akan memberi diskaun dan potongan harga yang memang diluar jangkaan kita. Ini untuk meringankan belanjan mereka yang nak menyambut hari krismas pada bulan disember nanti.

Alah..macam korang pi Jalan TAR malam raya tu la..Semua pakat bagi harga murah..kan??Nak habiskan stock raya sebelum cuti panjang kaedah nya..hehehh





Jom teruskan membaca sebab ada benda menarik yang saya nak kongsikan dalam post ini berkaitan jualan murah sempena Black Friday Cyber Monday yang akan datang.


BLACK FRIDAY CYBER MONDAY

Kalau mengikut tradisi ,  Black Friday hanya melibatkan jualan murah di kedai-kedai offline dan kedai-kedai fizikal .Sebab dulu mana ada jual barang online.. Tapi sekarang disebabkan ada banyak online shop maka wujudlah   Cyber Monday yang melibatkan kedai-kedai online yang  memberi harga murah, kad diskaun dan voucher  untuk pembelian online.

Memang hujung tahun ni sales tak berhenti-henti..

Ok..paham dah ke adik-adik??? :)





CYBER MONDAY

Cyber monday pulak ialah jualan bermula isnin selepas minggu ThanksGiving .Kalau tahun 2017 ni cyber Monday jatuh pada 27 November.

Jualan Cyber monday lebih digemari berbanding jualan Black Friday sebab Cyber Monday ada flash sale. Sepanjang hari tu ada Flash sale .Jadi pastikan korang jangan berenggang dengan phone, laptop, tablet ..Nanti terlepas flash sale kan rugi..

Agak-agak apa barang la yang kita nak beli sempena Cyber Monday nanti? Korang dah boleh buat senarai  kerana melalui ShopBack korang boleh membeli banyak barangan murah di beberapa website yang turut serta dalam kempen kali ini.

Yang best nya lagi  Cyber Monday bukan hanya untuk barangan seperti pakaian saja..Tapi barangan lain seperti laptop yang murah, dan konsol  PS4, Xbox One, dan Nintendo Switch pun ada juga. Ini lah masanya untuk korang dapatkan gadget-gadget  yang dah lama korang idam-idamkan.

Bila lagi nak beli..kan??Bukan setiap masa ada jualan muarah macam ni..

Saya pun ada juga nak beli barangan makeup.Nak tambah-tambah apa yang dah nak habis.lagipun dah hujung tahun ni nak la ada barang-barang makeup yang baru untuk guna di tahun 2018 nanti..

Lebih jimat bila kita berbelanja di hujung tahun ni sebab nanti masuk tahun baru tak payah spend duit lagi.Duit yang ada boleh beli benda lain.

Membeli melalui ShopBack memang diakui lebih  memberi penjimatan contohnya kalau membeli di Lazada.  Lazada juga ada sediakan code promo . Kita gunakan code promo Lazada 1212 sales yang kita boleh dapat di ShopBack kemudian kita dapat  cashback juga diatas code promo  yang kita gunakan. Memang berbaloi . ...!!


THE BEST CYBER MONDAY DEAL



Bagi saya tahun ni boleh dikatakan the best Cyber Monday deal sebab ada lebih banyak online shop yang turut serta dalam kempen ni.Flash sale pun  akan lebih banyak lagi sebab nanti lagi ramai yang boleh dapatkan barangan murah.Lepas tu dia bersambung pulak dengan 1212 sales.

Itu yang bestnya  Black Friday Cyber Monday kali ni  ,Kalau Black Friday jualan cuma satu hari je.Tapi Cyber Monday  akan berlansung sepanjang minggu So kita akan ada banyak masa untuk memilih barang.

Mana  cukup masa nak shopping kalau bagi satu hari saja.Menangis oi.!Dah la banyak pilihan barang, harga murah-murah pulak.

Seminggu baru cukup masa nak memilih barang yang nak dibeli..Betul tak??

Jangan susah-susah lagi nak menapak ke satu-satu kedai.Barangan terus ke muka pintu, tak payah beratur, tak payah bayar tambang taxi , cuma order dan tunggu kat rumah.Dapatkan semua code membeli belah  untuk lebih jimat lagi.. Selamat membeli belah!!!



sekian..

Wednesday, 22 November 2017

KISAH SEDIH : KUBUR 5 BERADIK MANGSA TELUR IKAN KURAU

Assalamualaikum...

KISAH SEDIH : KUBUR 5 BERADIK MANGSA TELUR IKAN KURAU Ada satu kisah yang saya baca di facebook Page  Serombong Kapal yang saya nak kongsikan dengan pembaca blog ni...Tapi saya saran kan kalau korang baca post ni korang  baca juga komen-komen pulak sebab ada banyak lagi maklumat berkaitan kisah sedih ni.

Saya sendiri pun baru tahu tentang cerita ni.Ini kisah benar yang berlaku pada tahun 1974.Kalau di kira-kira dah 43 tahun berlalu.

Bagi yang tak ada facebook boleh baca kisahnya di bawah ..

Al-fatihah untuk 5 beradik ini..










Kisah 5 beradik maut setelah memakan telur ikan kurau
Kisah ini berlaku pada tahu 1974 di melaka. Pada Masa itu kesemua mangsa berumor diantara 3 hingga ke 11 tahun.
Nak dijadikan cerita, ayah mereka En kassim membeli telur ikan kurau untok dijadikan juadah makan tengahari bersama anak-anak kesayanganya. 

Setibanya anak-anak en kassim pulang dari sekolah, mereka terus memakan masakan asam pedas telur ikan itu tadi bersama ayahnya. 

Tiba-tiba ayahnya merasa kebas di lidah, dengan pantasnya en kassim memanjat pokok kelapa untok mendapatkan air kelapa muda sebagai penawar kepada sebarang keracunan makanan. 

Namun Allah lebih menyayangi mereka . Kesemua 5 beradik itu tadi pengsan Dan telah pergi untok selamanya.



Al fatihah
Cerita dari waris mangsa iaitu isteri kepada adik mangsa yang terselamat
Pada Masa itu abah pergi ke pasar membeli telur ikan kurau. Emak pon memasak telur ikan itu. Akak , abang baru balik sekolah Dan makan masakan telur ikan kurau itu.

 Nak dijadikan cerita, setelah memakan masakan telur itu, mereka pon pengsan Dan dibawa ke hospital. Tapi pada Masa itu Allah lebih menyayangi mereka. 
Masa itu luluh hati ibu mentua saya. Allah saja yang tahu betapa peritnya Dan sedihnya hati seoarang ayah Dan ibu. 
Pada Masa kejadian suami saya masih kecil lagi berumor 6 bulan.Dialah anak yang terakhir pada Masa itu. Dengan izin Allah 5 yang diambil 5 digantinya. 
Sekarang sudah 43 tahun arwah 5 beradik itu pergi.sekarang suami saya pula yang meletakan nama yang sama dengan arwah pada anak-anaknya. 

1. Syukur
2. Hijrah

Suami saya memberikan nama tersebut kerana teringatkan pada arwah abang Dan kakaknya.
( Nurul ain Osman )
Alfatihah
Credit: Wan Muhamad

sekian...

TAKUT KELUAR RUMAH DAN BERTEMU DENGAN ORANG RAMAI. ANDA MUNGKIN MENGIDAP SOSIAL ANXIETY DISORDER

Assalamualaikum..






TAKUT KELUAR RUMAH DAN BERTEMU DENGAN ORANG RAMAI. ANDA MUNGKIN MENGIDAP SOSIAL ANXIETY DISORDE 

Baru-baru ni dalam satu group di facebook ada sorang lelaki yang mengakui dia takut untuk keluar rumah dan bertemu dengan orang ramai.

Dia punya semacam perasaan yang tidak selesa, malu, sensitif dan cemas apabila berada di dalam dalam situasi tersebut.Penyakit mental ini dikenali sebagai  SOSIAL ANXIETY DISORDER .

Saya rasa bersimpati dengan nya,.Memandangnya lelaki ini sudah berusia sudah tentu dia merasa kecewa dengan apa yang dialaminya sendiri hingga terpaksa meminta tolong dari orang lain untuk mengurskan apa-apa hal yang memerlukan dia untuk keluar dan bertemu orang lain.

Mungkin bagi sesetengah orang merasakan pesakit ini hanya mengada-ngada dan malas.Tapi sebenarnya perasaan cemas dan "sakit" itu hanya yang mengalaminya sahaja yang tahu.

Saya banyak membaca tentang pengalaman pesakit yang mengidap Sosial Anxiety dIsorder di forum-forum luar negara. Mereka saling menyokong dan memberi semangat untuk pesakit lebih berani dan yakin untuk berdepan dengan orang lain di luar sana.

Sosial Anxiety Disoder juga dikenali sebagi penyakit Fobia sosial . Tidak ada umur tertentu yang mengidap penyakit ini. Mungkin ada yang mengalaminya sejak kecil dan ada yang mengalaminya ketika sudah dipertengahan usia.





Jika ada anak-anak yang dari kecil sudah menunjuk kan ciri-ciri tidak mahu bergaul dengan rakan sekelas, kurang bercakap di dalam kelas, suka menyendiri , terlalu pemalu bertindak lah dengan segera.

Ada satu kes yang saya baca , pesakit ni sampai masuk umur 9 tahun pun ayahnya masih lagi teman dia didalam kelas.

Ada banyak punca mengapa seseorang mengalami Sosial Anxiety Disoder atau Fobia sosial.Kebanyakan kes disebabkan persekitaran.Penyakit ini juga boleh berulang kembali jika pesakit bersendiri dalam tempoh yang agak lama.

PUNCA SOSIAL ANXIETY DISORDER  


Punca Penyakit Sosial Anxiety Disoder ini tidak dapat dijelaskan dengan terperinci.Namun persekitaran dan keadaan sekeliling memberi kesan utama selain perubahan pada otak.

Dalam kes lain ada juga yang mengalami penyakit ini disebabkan gen dan keturunan .


- Tanda-tanda  dan kesan penyakit  Sosial Anxiety Disoder

1)Kebiasaan nya mereka yang mengalami Sosial Anxiety Disoder akan merasa bimbang yang melampau untuk perkara-perkara yang remeh , susah nak melupakan perkara yang berlaku dan kerap memikirkan apa yang akan berlaku akan datang hingga menjejaskan tidur nya.


2)Pesakit akan merasa loya, dan pening kepala sehingga menyebabkan muntah. Badan tidak dapat diimbangi dengan betul dan penglihatan menjadi kabur

3) pesakit akan mengalami kebas pada tangan dan kaki.Ada juga yang mengalami kekejangan otot.

4)Rasa panik, takut dan gelisah yang bersilih ganti diikuti dengan keluarnya peluh sejuk.

5)Perasaan yang menyesakan dan rasa cemas yang berterusan hingga menyukarkan tidur dan mengalami insomnia.

6)Jantung berdegup kencang dan tidak teratur.Kesakitan pada dada adalah kemuncak nya dan pesakit berisiko terkena serangan jantung

7)Pesakit juga takut keluar rumah dan bertemu dengan orang lain. Pesakit akan kerap merasa letih dan telinga berdesing.

8) Pesakit berisiko mengalami kemurungan hingga ada yang terpaksa berhenti kerja.Pada satu tahap yang lebih kritikal pesakit juga cenderung untuk membunuh diri.

Cara merawat Sosial Anxiety Disoder

Ada beberapa cara yang digunakan untuk merawat masalah Sosial Anxiety Disoder. Selain penggunaan ubat-ubatan , psikoterapi juga digunapakai dalam merawat masalah ini.

-Penggunaan ubat-ubatan juga perlu lah dengan nasihat doktor keran terdapat ubat-ubatan yang membuatkan pesakit menjadi ketagihan.

-Walaupun pesakit mengambil ubat , pesakit perlu melawan rasa takut dan malu untuk berinteraksi dengan orang lain kerana ubatan yang diberikan hanya untuk sementara.

-Untuk mengelak kan penyakit berulang pesakit perlu melakukan psikoterapi .Pesakit hendak lah banyak berkongsi cerita dengan rakan-rakan dan cuba bersosial.



Di negara-negara luar ramai yang terbuka dengan penyakit Sosial Anxiety Disoder . Mereka banyak didedahkan dengan maklumat berkaitan penyakit ini.Berbeza dengan apa yang saya lihat di negara kita.Ada yang merasakan ianya hanya penyakit yang diada-adakan malah ada juga yang menjadikan nya sebagai bahan jenaka.

Jika pesakit mengadu kepada sesorang tak mustahil berbagai tanggapan serong dilemparkan pada pesakit.

Ada juga ibu bapa yang melihat anaknya ada ciri-ciri Sosial Anxiety Disoder , tapi tiada tindakan diambil kerana meraka merasakan anaknya akan berubah dengan sendiri apabila sudah besar.

Sudah masanya kita buka mata dengan penyakit-penyakit mental .Jangan hanya beri perhatian pada penyakit-penyakit  kronik dan  fizikal.Penyakit mental bukan saja memberi kesan buruk pada pesakit tapi juga pada orang sekeliling.


sekian..

Tuesday, 21 November 2017

RESEPI SAMBAL IKAN KELI PALING SEDAP

Assalamualaikum..
sambal ikan keli sedap


RESEPI SAMBAL IKAN KELI PALING SEDAP Kat rumah saya ni kalau masak sambal memang laku sungguh.Boleh bertambah-tambah nasi anak-anak makan.

Sambal memang kerap jadi menu utama untuk keluarga saya jadi kiranya saya ni memang hebat la dalam menghasilkan sambal yang paling sedap.

Hahhaha....

Baru-baru ni suami saya balik kampung dia di Pendang.Katanya kat sana tengah banyak ikan darat,.Jadi dia balik kali ni bawak balik la pancing nya sekali..

memancing ikan keli


Banyak la ikan yang dia bawak balik.Ikan puyu paling banyak .Ada juga beberapa ekor ikan keli dan haruan. Merasa juga bagi pada jiran-jiran lain.

Saya cuma tau masak dan makan saja.Bab nak bersiang ikan dan membersihkan ikan tu saya tak pandai.Tapi korang boleh klik di sini bagi yang nak tahu macam mana cara mudah hilangkan hanyir ikan keli 
memancing ikan keli

Bila dah banyak ikan keli tu banyak juga la makan nasik.heheh. macam-macam saya masak  dengan ikan keli tu.masak tempoyak, sambal , goreng saja pun ada.

Hari ni saya nak kongsikan Resepi sambal Ikan Keli paling sedap.Ada yang panggil Ikan Keli berlada.Tapi saya tak tau apa bezanya sebab saya masak sambal tumis je.

Ok..Jom tengok resepi Sambal Ikan Keli Paling sedap .

Bahan_bahan:

BAHAN A
2 Ekor Ikan Keli
sedikit Garam
sedikit Serbuk Kunyit

BAHAN B

10 tangkai cili kering atau 2 sudu besar Cili boh.
5 biji bawang merah
5 Ulas bawang putih
1 biji tomato
1 batang serai
1 sudu besar sos tiram
5 sudu besar air asam jawa
1 senduk kecil minyak masak





Cara-caranya:

Bersihkan ikan kemudian letak garam dan serbuk kunyit kemudian goreng ikan separuh garing.Tapi kalau suka ikan yang garing dan masak sepenuh nya  boleh juga.Ikut selera masing-masing.

 Ketepikan ikan yang dah goreng tu..

Kisar cili kering ,bawang merah , bawang putih,tomato dan serai.Kisar sampai halus .

Panas kan minyak dalam kuali.Nak guna minyak yang goreng ikan tadi lagi bagus.Lagi sedap tau..Kalau minyak goreng ikan tadi banyak sangat, kurang kan sikit.Kita nak guna 1 senduk kecil je..

Tulis bahan yang di kisar tadi sampai naik minyak..naik minyak tu maknanya sampai air yang kita kisar bahan2 tadi jadi kering dan yang tinggal  minyak je.

Kemudian masuk kan sos tiram ..Kacau rata dan kemudian masuk kan ikan yang dah di goreng tadi dengan air asam jawa .

Rasa la kuah sambal tu..Kalau tawar masuk kan garam. Saya tak masuk kan garam sebab dah letak sos tiram.yang suka masin boleh masuk kan garam.

kalau suka sambal yang ada kuah boleh masuk kan 1/2 cawan air dan masak hingga mendidih.kalau yang suka sambal kering boleh terus angkat dan hidang kan..

Ada yang suka simpan sambal untuk dihangatkan  tiap kali nak makan.. patikan kalau nak buat cara ni kena masal sambal lebih lama dengan api perlahan.lepas masuk kan ikan tu pun kena masak lama sikit.

Bila masak sekejap je nanti sambal cepat rosak.

OK..tu je..selamat mencuba..


sekian..

BILA KANAK-KANAK BERLAGAK JADI DEWASA

Assalamualaikum..


BILA KANAK-KANAK  BERLAGAK JADI DEWASA  Ni gambar-gambar minggu lepas masa ambik Mikhail kat tadika dia.Kakak pun kebetulan cuti sekolah jadi dia pun beriya nak jemput adik kat sekolah.

Masa sampai-sampai kat tadika tu dia la beriya pegang beg adik, suruh adik pakai kasut.. Mungkin adik tu kat dalam hati dia geram je tengok kakak mengarah dia macam-macam mengalahkan ibu pulak.


hahaha..


Macam tu la karenah si kakak ni,Kalau dirumah pun dia la yang kuat mengadu.Semua benda dia nak kawal.Dia suka berlagak macam dia dah dewasa padahal baru umur 10 tahun .

 Sebagai ibu yang memerhatikan dia 24 jam saya boleh nampak ada masanya di terlupa yang dia sedang dalam watak orang dewasa.hahaha






Ada beberapa sebab yang saya perhatikan kenapa anak-anak seperti si Kakak ni suka berlagak seperti orang dewasa.

Saya selalu check whatsapp si kakak ni.Apa yang saya perhatikan rakan-rakan nya bercakap seperti orang dewasa.Kadang-kadang mereka hantar whatsapp Voice meluah tentang rasa stress, dan gaya lenggok bercakap tu pulak tak sangka yang mereka ni baru berusia 10 tahun.

Rakan-rakan nnya jugak lebih suka berbual tentang drama tv dan lagu-lagu yang sedang popular.. Sedangkan kalau di rumah saya lihat Kakak lebih suka menonton kartun dan mendengar lagu kanak-kanak.

Sebab tu saya rasa rakan-rakan nya beri banyak pengaruh dalam perkembangan dirinya. Kadang-kadang saya rasa dia macam memaksa diri dia sendiri untuk ikut seperti rakan -rakan nya sedangkan dia masih mahu bermain masak-masak dan menonton Didi & friends . Hahah..


Saya selalu juga pesan pada dia supaya membesar seperti yang dia mahu.Dia tak perlu ikut apa kawan-kawan dia buat jika dia rasa tak mahu.

Tapi saya tahu apa yang dia buat tu supaya kawan-kawan dia menerima dirinya.

Sebenarnya benda macam ni  tak elok untuk perkembangan anak-anak kita sebab akan buat dia tak seronok dengan hidupnya. Dia akan rasa agak terbatas untuk dia buat apa yang dia suka dan mampu.

.Sebab itu kalau dirumah saya biarkan je dia nak menonton video Baby Shark Doo Doo atau menonton Didi & Friends dengan adik dia.


Sebagai ibu bapa kita perlu perhatikan dan fahami tingkah laku anak-anak kita. .Saya mahu anak saya melalui masa kecil mereka dengan sepatutnya.


sekian






Monday, 20 November 2017

RESEPI KELEDEK GORENG YANG MUDAH DAN SEDAP

Assalamualaikum...



RESEPI KELEDEK GORENG YANG MUDAH DAN SEDAP Keledek goreng paling sedap bila di makan panas-panas.Kalau dah sejuk tak best dah. Kena pulak dengan secawan kopi O. Aduh!!..memang best la..Tambah pulak bila hari hujan.hahahha..

Time hujan makan apa pun sedap..kan??

Kat rumah saya ni kalau buat keledek goreng tak boleh buat banyak-banyak sebab kurang penggemarnya.Buat setakat sebijik keledek cukup la.

Yang penting keledek goreng rangup, adunan tepung yang nipis dengan ubi keledek yang di potong tak terlalu tebal dan tak terlalu nipis.

Ubi keledek ni senang nak jumpa .Kat pasar raya pun ada, Kat kedai-kedi runcit pun banyak.Sebab ubi ni banyak digunakan dalam masakan sekarang ni.

Ada orang buat kari , buat kuah rojak, buat mee rebus, macam-macam lagi la..kadang ada masakan yang menggunakan ubi kentang, tapi atas sebab tertentu mereka gantikan kentang dengan keledek.

Kuih-muih juga banyak yang menggunakan ubi keledek ni.






Ubi keledek goreng yang rangup biasanya menggunakan tepung beras dalam adunan nya. Saya juga campurkan sedikit sahaja tepung gandum. Boleh juga kalau nak gunakan tepung beras sahaja tanpa memasuk kan tepung gandum.

Ketebalan keledek tu juga sangat penting kalau nak buat keledek goreng yang sedap. Kalau terlalu tebal nanti masaknya tak sekata.jadi pastikan ketebalan keledek tu sama.Tak terlalu nipis dan tak terlalu tebal.

Untuk resepi saya ni saya potong keledek setebal 3-5 mm saja..

Jom kita tengok resepi penuh Keledek Goreng yang paling sedap.

Bahan-Bahan:

1 biji ubi keledek saiz sederhana
2 sudu besar tepung beras
1/2 sudu tepung gandum
1/2 cawan air biasa
sedikit serbuk kunyit
sedikit kapur makan
sedikit garam


Cara-Caranya:

Potong ubi keledek dengan ketebalan yang sama .Bersihkan dan toskan..

Dalam bekas lain campurkan semua bahan lain dan kacau sebati,Pastikan adunan sedikit cair.jangan terlalu pekat sebab kita nak lapisan pada tepung tu nipis saja.

Kalau suka lapisan tepung yang tebal dan rangup boleh kurangkan sedikit air..Tips: masuk kan air sedikit demi sedikit

Panas kan minyak dalam kuali. Celup keledek di dalam tepung dan goreng dalam minyak yang cukup panas.kawal api supaya Keledek tak hangus.


Goreng hingga jadi kuning keemasan dan kemudian angkat .Toskan dan sedia dihidangkan.

Boleh makan saja ataupun di makan dengan sambal kicap atau sambal ikan bilis.

Selamat mencuba resepi keledek Goreng yang Mudah dan sedap ..


sekian..

Sunday, 19 November 2017

BACA DAN DENGAR SURAH INI BERULANGKALI UNTUK HILANGKAN SAKIT GIGI

Assalamualaikum




BACA DAN DENGAR DOA INI BERULANGKALI UNTUK HILANGKAN SAKIT GIGI Ada orang kata sakit gigi adalah sakit yang paling sakit selain sakit nak bersalin.sebagi wanita yang pernah merasai pengalaman bersalin dan pernah juga mengalami sakit gigi saya bersetuju dengan kenyataan tersebut.

Sakit gigi ni ada macam-macam jenis./Ada yang sakit disebabkan sakit gusi.Bahagian gusinya membengkak kerana ada gigi baru yang nak tumbuh.

Selain tu sakit gigi juga disebabkan gigi berlubang hingga menjejaskan bahagian akar gigi.kebiasaan nya jika ada gigi berlubang adalah lebih baik jika kita dapatkan terus rawatan klinik.Biasanya gigi yang berlubang akan di cabut.

Gigi yang rosak teruk tidak boleh dibiarkan kerana ianya akan membuatkan kita sukar untuk mengunyah makanan.Kesakitan nya juga akan kerap berulang  .

Sakit gigi juga boleh menyebabkan kita sakit kepala.Kerana itu  jangan pandang ringan dengan masalah gigi .

Petua hilangkan sakit gigi


Ada beberapa cara dan petua sakt gigi yang boleh kita cuba.Boleh baca di sini ; 4 cara mudah hilangkan sakit gigi.






Doa sakit Gigi

Dalam Al-quran ada satu surah yang dijelaskan mampu menghilangkan sakit gigi Iaitu surah Al- Hasyr ayat 21-24.  Ayat ini juga dikenali sebagai ayat penyembuh.


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


(21). لَوْ أَنْزَلْنَا هَٰذَا الْقُرْآنَ عَلَىٰ جَبَلٍ لَرَأَيْتَهُ خَاشِعًا مُتَصَدِّعًا مِنْ خَشْيَةِ اللَّهِ ۚوَتِلْكَ الْأَمْثَالُ نَضْرِبُهَا لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ
Kalau sekiranya Kami menurunkan Al Qur'an ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan takut kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir.


(22). هُوَ اللَّهُ الَّذِي لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ۖعَالِمُ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ ۖهُوَ الرَّحْمَٰنُ الرَّحِيمُ
Dia-lah Allah Yang tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dia-lah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


(23). هُوَ اللَّهُ الَّذِي لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ الْمَلِكُ الْقُدُّوسُ السَّلَامُ الْمُؤْمِنُ الْمُهَيْمِنُ الْعَزِيزُ الْجَبَّارُ الْمُتَكَبِّرُ ۚسُبْحَانَ اللَّهِ عَمَّا يُشْرِكُونَ
Dia-lah Allah Yang tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, Raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Mengaruniakan keamanan, Yang Maha Memelihara, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, Yang Memiliki segala keagungan, Maha Suci, Allah dari apa yang mereka persekutukan.


(24). هُوَ اللَّهُ الْخَالِقُ الْبَارِئُ الْمُصَوِّرُ ۖلَهُ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَىٰ ۚيُسَبِّحُ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۖوَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
Dia-lah Allah Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, Yang Mempunyai Nama-Nama Yang Paling baik. Bertasbih kepada-Nya apa yang ada di langit dan di bumi. Dan Dia-lah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
Sumber terjemahan : Sultonimubin

cara mudah Hilangkan sakit gigi 


Doa sakit gigi ini  hendak lah dibaca berulang kali dan didengari dengan khusuk , jelas dengan maksudnya. Surah ini sebaiknya di baca setiap hari, pagi, petang atau pun malam.

walaupun kita sudah sembuh dari sakit gigi dengan membaca surah ini  pastikan gigi yang rosak dibuang tau.Untuk membuangnya jangan takut ke klinik gigi.

sekian..




TANDA-TANDA PASANGAN ANDA SEDANG MENIPU DAN CARA KEMBALIKAN SEMULA KEPERCAYAAN PASANGAN

Assalamualaikum...



TANDA-TANDA PASANGAN ANDA  SEDANG MENIPU DAN CARA KEMBALIKAN SEMULA KEPERCAYAAN PASANGAN kejujuran dan kepercayaan sangat penting dalam rumahtangga.Jika Suami isteri  sentiasa menerapkan dua prinsip ini didalam rumahtangga sudah tentu mereka akan bahagian selamanya.

Namun jika salah seorang tidak mempunyai kejujuran dan kepercayaan pasti rumah tangga akan retak dan tidak mustahil ianya akan musnah.

Memusnahkan kepercayaan yang diberikan oleh pasangan bukan lah sesuatu yang boleh dimaafkan dengan begitu sahaja.Sudah tentu pasangan memerlukan masa untuk mengembalikan semula kepercayaan yang telah musnah.

Kebiasaan nya sikap pasangan yang tidak jujur dapat dikesan oleh pasangan nya .

Memetik Sumber dari : Brightsite.me , ada beberapa tanda pasangan kita  sedang menipu  atau dalam kata lain ada sesuatu yang disembunyikan nya dari kita:






Ilustrasi diatas boleh la juga digunakan jika yang menipu itu adalah di pihak isteri.. Peliharalah rumahtangga yang dibina.kenang semula detik-detik semasa kita baru jatuh cinta pada pasangan kita dahulu.Tentu sudah banyak perkara yang sudah dilalui bersamanya.



Ada 3 tips penting untuk korang yang mahu mengembalikan semula kepercayaan pasangan.

1- Mengakui kesalahan sendiri- Jangan takut meminta maaf dan mengakui kesalahan yang kita lakukan sehingga membuatkan hilang kepercayaan dari nya.Ucapkan kata maaf itu tulis dari hati dan jangan sesekali memberi alasan dengan menyalahkan orang lain untuk kesalahan yang kita lakukan.

2- Tunjuk kan pada nya kita betul-betul menyesal - Jelas kan padanya yang kita betul-betul menyesal atas tindakan lalu kita. Berjanjilah padanya yang kita akan berubah dan tidak akan mengulangi nya lagi.Buktikan nya melalui kata-kata dan juga kotakan lah janji tersebut

3- Sabar - Untuk memujuk pasangan sudah tentu akan mengambil sedikit masa dan memerlukan kesabaran. kepercayaan yang hilang tidak mudah untuk dikembalikan .Namun jika kita benar-benar ikhlas pasti sedikit hari lagi dia akan kembali pada kita. Kita tidak perlu memaksa pasangan kita dalam tempoh tersebut.Ini akan membuatkan pasangan menjadi rimas dan ia menunjuk kan kita hanya mementingkan diri kita sendiri tanpa memperdulikan perasaan nya

4- Lebih jaga perasaan nya - Jika sebelum ini kita kurang mempedulikan nya, kini  buktikan yang dia sangat penting dalam hidup kita. Dengar dan beri tumpuan pada apa yang dibicarakan, tenangkan perasaan nya dan beri dia ruang untuk membuat kepuitusan nya sendiri.

5- Elak kan orang ke 3 - Ada masanya kita rasa menjadikan orang lain sebagai orang tengah untuk memulihkan kembali keharmonian rumahtangga adalah tepat.Tapi bagi suami/isteri yang dianiaya , menggunakan orang ketiga memburuk kan lagi keadaan kerana dia merasakan kita dan orang tengah tersebut hanya meletak kan kesalahan pada dirinya hingga memaksa dirinya untuk mengalah atas kesalahan yang kita lakukan. Dia juga pasti akan merasa tidak selesa apabila masalah rumahtangga nya diketahi orang lain.

sekian..




Friday, 17 November 2017

TIGA TAHUN BERCINTA LEE MIN HO DAN SUZY AKHIRNYA BERPISAH

Assalamualaikum





TIGA TAHUN BERCINTA LEE MIN HO DAN SUZY AKHIRNYA BERPISAH Saya tahu ramai pembaca blog saya ni adalah peminat-peminat drama Korea.Kalau dah minat drama Korea mesti kenal dengan pelakon paling popular korea kalau bukan Bae Suzy dan Lee Min Ho.

Pasangan ini disedari ramai menjalin kan hubungan cinta apabila tersebar gambar mereka berdua bercuti di Eropah satu ketika dulu..

Kemudian mereka mengesahkah kan yang mereka memang menjalinkan hubungan cinta.

Selepas perkahwinan Song Song couple ramai yang mengharapkan Lee Min Ho dan Suzy pula yang akan menyusul dengan berita perkahwinan.

Namun nampak nya apa yang di inginkan peminat-peminat tidak akan kesampaian kerana berita perpisahan dua bintang Korea ini sudah pun tersebar.





Alasan kepada perpisahan mereka dikatakan berpunca dari masalah peribadi yang tidak boleh disambung kembali walaupun ramai peminat mengharapkan agar pasangan ini kembali bersama.



namun Suzy dan Lee Min Ho berjanji tetap menjaga  hubungan baik mereka sebagai rakan seperjuangan dan kawan baik.

Ramai peminat dan pengikut dua pelakon ini yang bersedih dengan keputusan ini memandangkan mereka digelar sebagai pasangan paling serasi dan sepadan .

Tahun 2015 pernah tersebar berita bahawa pasangan ini sudah berpisah tapi ianya disangkal oleh pengurusan kedua-dua artis ini.

Berita tersebut kemudian nya disusuli dengan kabar bahawa pasangan ini akan berkahwin.


Sejak tersebarnya berita tentang perpisahan dua bintang ini ramai yang membuat spekulasi punca perpisahan mereka.

Ada yang mengatakan bahawa ianya kerana Suzy masih belum mahu berkahwin kerana masih muda dan ada juga yang mengatakan ianya kerana perbezaan usia yang terlalu jauh dan menyebabkan sering berlaku salah faham.



sekian..