VETERINER TIDAK BERLESAN TAWAR KHIDMAT BUANG SUARA BISING ANJING HANYA DITEPI JALAN

Assalamualaikum..



Mesti ada antara kita yang ada jiran-jiran bela anjing . Ada yang tak berapa suka ada anjing ni sebab bulu dia terbang ke rumah kita..kan??Tapi ada masa-masa nya rasa .. "..mujur la jiran ni ada bela anjing..Ada je orang yang pelik2 dekat dengan rumah  terus anjing tu menyalak.."

Bila menyalak tak berhenti-henti memang rimas jugak la. Cuma tidak la pernah rasa terfikir  nak pi tutup mulut dia atau bisu kan dia terus.hahah..

Tapi ada juga yang fikir bunyi bising anjing yang menyalak tu memang pelu di atasi dengan buang suara bising nya.

Mungkin ada yang tak faham tapi kejadian berlaku di China apa bila seorang "Viterinar " tanpa lesen memberi perkhidmatan membuang chord vokal suara anjing yang bising.

Dengan hanya beroperasi ditepi jalan ada ramai pelanggan yang mempercayai khidmat veteriner tanpa lesen ini,

Lelaki yang mendakwa dirinya sebagai Veteriner ini dikenali sebagai Zheng . Dia kini sedang disiast kerana menjalan kan perkhdmatan kesihatan kepada haiwan tanpa lesen. Zheng bakal berdepan tindakan dan hukuman jika dia didapati bersalah.


Kebanyakan pemilik haiwan menjelaskan mereka terpaksa membuang suara bising anjing milik mereka disebab kan aduan jiran-jiran tentang bunyi bising anjing menyalak.

Zheng mengecas sekitar 50 - 100 yuan untuk menghilangkan suara anjing yang bising..




Gambar-gambar  dan video yang mengerikan yang tersebar di medsoc beberapa minggu  yang lalu menunjukkan anjing yang disuntik dengan anestetik dengan  mulut terbuka,  dengan sepasang tali yang di pegang oleh pembantu Zheng.

Sambil memotong kord vokal Zheng  menggunakan alatan yang kotor  pada semua anjing  tanpa membersihkan nya terlebih dahulu .


 Zheng mengendalikan kira-kira 10 anjing dalam masa sejam, dan hanya membuang  kord vokal berdarah  di atas jalan.

Wartawan yang menyamar sebagai orang awam bertanya kepada Zheng sama ada Zheng mempunyai lesen untuk menjalankan perkhimatan seperti itu.

Zheng menjelaskan bahawa dia melakukan prosedur secara tidak sah kerana  dia telah belajar kemahiran tersebut sejak setahun lalu. " Mengapa saya memerlukan lesen? Tidak ada pemeriksaan ketat dan tidak ada sesiapa yang pernah memeriksa saya.., " kata Zheng


Membuang chord vokal anjing   menjadi trend di China hari ini, dengan banyak pemilik memilih untuk melakukannya bagi  menghentikan haiwan peliharaan mereka daripada menyalak  .


Walau bagaimanapun prosedur itu sebenarnya tidak perlu dilakukan  dan sememangnya agak kejam dan menimbulkan risiko kesihatan yang serius seperti jangkitan kuman,  kehilangan darah, kesukaran bernafas dan tekanan ..

Mereka juga  tidak menyedari bahawa  pada dasarnya mereka telah membuang  keupayaan semula jadi anjing untukbersuara dan berkomunikasi.


Walaupun saya tak suka bunyi anjing bising tapi harap2 tak de la sesiapa di Malaysia ni yang tergamak buat macam ni.


sekian..



Previous
Next Post »

5 komen disini

Click here for komen disini
mrhanafi
admin
5 October 2017 at 12:23 ×

Macam macam ada dalam kehidupan INI..

Pelik dan ajaib..

Sadis pun ada

Reply
avatar
6 October 2017 at 08:40 ×

kejamnya.... sian anjing2 tuh....

Reply
avatar
Miera Hassan
admin
6 October 2017 at 22:26 ×

kejamnya.. macam tu je dia buang. tak kesian ke kat anjing tu. ntah2 tengah sakit sangat kan..

Reply
avatar

sila tinggalkan komen anda...:) ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment