"SAYA TAK KUAT UNTUK HADAPI SAAT INI" - SHAZA CLEVER GIRL

Assalamualaikum..



Saya memang suka dengan peserta Clever girl dari Kelantan ni.Shaza,atau nama sebenarnya Nurul Shazalina Zainudin adalah peserta   yang paling layak untuk berada di pentas Clever Girl dan merebut gelaran Glever Girl musim ke 2 .

Tapi sayang..Bukan rezeki Shaza di pentas ini apabila dia tersingkir di minggu separuh akhir yang bersiaran secara langsung malam tadi di TV3 ,.

Dalam satu post  di instagram nya semalam Shaza ada meluahkan perasaan sedihnya selepas tersingkir di pentas Clever Girl  musim ke 2.

shaza.clevergirlmyAssalamualaikum sahabat sekalian.. Pertama sekali saya mohon maaf pada anda semua kerana telah mengecewakan anda.

Saya tak berjaya ke final.

Tapi alhamdulillah saya redha.

Ini takdir Allah bagi saya. Sedih memang sedih. Tapi dalam hati saya bersyukur dan saya yakin seyakinnya, ada hadiah lebih indah untuk saya dari Allah nanti. Saya yakin.

Ada hikmahnya saya hampir tersingkir minggu lepas tetapi tak jadi. Rupanya Allah nak sediakan saya dari segi mental dan emosi untuk penyingkiran minggu ni.



 


Allah tahu saya tak kuat untuk hadapi saat ni sebab Allah tahu saya doa sungguh2, nangis sungguh2 untuk juarai rancangan ni. Sebab tu saya menangis teruk minggu lepas di atas pentas.

Tapi betapa saya rasa Allah limpahkan kasihNya, Allah sediakan saya dulu. Minggu ni, saya tidak begitu sedih. Malah redha seredhanya.

Memang sedih, tapi saya tahu saya kuat.

Semalam saya berdoa, Ya Allah, jika aku layak untuk menang, Kau bantulah aku malam ini. Tapi kalau bukan rezeki aku, Kau redhakan hati aku untuk menerima keputusan.



Dan saya tak terkilan. Sebab saya usaha sebaiknya. Betul2 berusaha. Kesilapan yang saya lakukan semalam pun Allah dah tetapkan. Saya tidak mendengar soalan dengan baik. Malah di pentas penyingkiran, otak saya blank. Saya tak dapat berfikir lansung sebenarnya.

Sahabat semua, seikhlas hati saya sayangkan anda. Sebak membaca komen2 anda. 
Terima kasih tidak terhingga.

Insyaallah saya akan terus di sini berkongsi perkara2 baik dan terus memberi inspirasi. 
Bersangka baiklah pada setiap ketentuan Allah.

Salam sayang
Shaza


Ramai penyokong-penyokong Shaza yang memberi sokongan dan berharap gadis cantik ini akan berjaya di masa hadapan.

Shaza sekarang ini adalah seorang saintis perubatan . Semoga Shaza akan terus berjaya dan cemerlang dimasa hadapan..


sekian..
Previous
Next Post »

2 komen disini

Click here for komen disini
paridah
admin
7 October 2017 at 10:24 ×

CLEVER GIRL TERBAIK REDA APA SAJA KETENTUAN-NYA

Reply
avatar
Normi Nieza
admin
8 October 2017 at 11:57 ×

all the best syaza..:)

Reply
avatar

sila tinggalkan komen anda...:) ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment