RESEPI WAFFLE COKLAT PALING SEDAP , LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum..

Hari ni saya nak share resepi waffle chocolate  yang sangat sedap dan menjadi kegemaran anak-anak ni. Anak-anak saya memang suka apa saja makanan yang ada chocolate.Sebenarnya nak buat waffle ni tak payah ada pan khas dia pun boleh je kita buat dalam kuali biasa cuma lambat sikit la sebab kita nak kena terbalik kan supaya kedua2 belah waffle masak.

Saya pernah try dan ianya agak leceh la kalau nak buat saiz besar,..Kejadian nya pun tak berapa cantik.Tapi kalau nak buat kecil2 memang boleh .. macam saiz pancake. cuma kena pandai kawal api..




Sebelum ni saya ada kongsi kan resepi waffle yang paling sedap  dan paling mudah nak buat.Boleh tengok resepinya disini.

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU


Sejak akhir-akhirni ramai pulak yang kongsi waffle bersama aiskrim coklat dan berbegai perisa aiskrim lain nya.

Lebih menarik bila dihiasi dengan taburan gula berwarna warni dan coklat chip.Nampak sedap.InsyAllah..ada kesempatan nanti saya pun nak buat macam tu.

Untuk hari ni kita buat waffle coklat dulu.

Saya terlupa nak ambil gambar step by step buat waffle ni.Tapi InsyaAllah saya tulis ni mudah untuk sesiapa pun faham.

Resepi waffle ni bukan nya rumit pun. Selepas di masak waffle jadi lembut dan gebu . waffle yang lembut dan gebu memang lebih digemari ramai berbanding waffle yang keras sebab waffle keras dah tak sedap apabila sejuk.

Bahan-bahan untuk Membuat Waffle Coklat paling sedap dan mudah


2 cawan tepung gandum
3 biji telur
300ml air bertapis
4 sudu besar susu pekat
2 sudu besar serbuk coklat
secubit garam
1 sudu baking powder
1 sudu baking soda
2 sudu besar gula
4 sudu besar majerin yang dah dicair kan.
1 sudu kecil esen vanila


Cara-cara membuat waffle coklat yang sedap dan mudah


1- Asingkan .kuning telur dan putih nya. Pukul putih telur sampai kembang dan ketepi kan.

2- dalam bekas lain masuk kan telur , garam dan gula.Pukul sedikit sampai gula hancur sikit.Tak hancur sangat pun tak pe

3- susu pekat di bancuh dengan 300ml air bertapis.Kemudian masuk kan dalam bekas telur kuning tadi bersama esen vanila dan majerin yang dah dicairkan..kacau rata.

4- Masuk kan tepung, serbuk coklat , baking soda dan baking powder.kacau bagi sebati.

5- masuk kan putih telur yang dah di pukul sampai kembang tadi. kacau perlahan .cara kacau nya cuma kaup dari tepi bawak ke tengah,Buat perlahan-lahan.

6- Panas kan waffle pan dan sapu dengan majerin. Kemudian senduk kan ke dalam acuan.Tutup penutupnya  selama 2-3 minit.Kemudian boleh la angkat.

Nak makan dengan Nutella pun boleh , nak makan dengan aiskrim pun sedap tapi kena tunggu sejuk dulu..Kalau suka yang lebih simple sapu jem je..

jangan lupa mencuba ye..

sekian..


Previous
Next Post »

4 komen disini

Click here for komen disini
12 October 2017 at 14:21 ×

Kebetulan pula Ayuni pun baru makan waffle coklat semalam. Rasa macam nak buat waffle sendiri bila dah nampak resipi ni. Nampak sedap dan gebu. Tq for sharing ^_^

Reply
avatar
12 October 2017 at 14:49 ×

wah sedapnya, kena cari pan waffle la camni

Reply
avatar
13 October 2017 at 00:19 ×

waffle.
coklat.
peanut butter.

my feveret, diana.
tapi beli la. takde acu waffle kat umah.

Reply
avatar

sila tinggalkan komen anda...:) ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment