RESEPI OKONOMIYAKI - CARA MASAK OKONOMIYAKI PALING MUDAH DAN SEDAP

Assalamualaikum...

RESEPI OKONOMIYAKI - CARA MASAK OKONOMIYAKI PALING MUDAH DAN SEDAP Dah lama terperam resepi Okonomiyaki dalam draft blog saya ni.Minggu ni kan cuti sekolah.Memang sibuk la melayan anak2 sampai tak sempat nak siapkan draft entry yang banyak ni.

Hari ni kita curi2 sikit masa untuk siapkan entry ni.Saya tau mesti ramai yang tertunggu-tunggu entry ni sebab resepi Okonomiyaki yang saya sediakan ni adalah yang paling senang, paling simple dan paling sedap.

okonomiyaki paling sedap

Okonomiyaki ni dia macam pizza sebab ada topping bagai.Cuma dia tak la di bakar tapi kita masak dalam pan yang diletak kan minyak.Ala..macam korang goreng lempeng je..

Dalam bancuhan tepung nya kita boleh letak kan apa saja yang kita suka.nak sayur banyak, nak sayur sikit, nak udang banyak ..semua boleh.
.
Boleh juga kalau nak tambah sayur2 lain macam lobak, dan sebagainya.Kalau tak nak letak udang, nak letak isi ketam pun boleh.Apa je yang korang suka ok..

Tapi lagi sedap kalau sayur banyak tau.Lepas masak pun kaler dia lebih cantik dan mudah garing.

Punca nak buat Okonomiyaki ni sebenarnya sebab saya terima satu set bahan2 untuk buat Okonomiyaki dari Frozen Takoyaki.

Frozen Takoyaki ni adalah pengedar bahan-bahan masakan jepun halal

Kadang2 kita risau sikit nak membeli sendiri bahan-bahan masakan jepun sebab status halalnya di ragui.Tapi dengan adanya Frozen Takoyaki korang boleh order je apa bahan-bahan masakan jepun yang korang nak guna tanpa was-was.


set okonomiyaki

Ini lah bahan-bahan masakan yang saya dapat dari Frozen Takoyaki . Ada Tepung segera Okonomiyaki, ada mayonis , Sos Okonomiyaki dan Bonito Flakes.Ada sekali dengan Aonori seawed.

Aonari seawed

Ini Aonari seawed yang ada sekali dalam set Okonomiyaki ni. Memang banyak tau.Tepung Okonomiyaki tu boleh untuk hidangan 8-10 orang. Sos dan mayonis nya juga banyak .Boleh 3,4 kali masak.

Ok..jom kita masak Okonomiyaki paling simple dan sedap ni.

RESEPI OKONOMIYAKI - CARA MASAK OKONOMIYAKI PALING MUDAH DAN SEDAP


Okonomiyaki

Bahan-bahan nya:-

1 cawan tepung Okonomiyaki (dapatkan di Frozen Takoyaki )
1 genggam udang basah (atau boleh letak isi ketam/tuna/sotong)
1 mangkuk kubis yang dihiris halus (boleh tambah lobak merah, kentang,kucai,taugeh)
1 biji telur
1 cawan air
sedikit minyak

Topping:
Mayonis
bonito flakes
Sos Okonomiyaki
Aonori seawed

Cara-caranya:

Masuk kan tepung ke dalam bekas bersama udang telur, kubis,dan air.kacau sebati.

Panas kan minyak dalan kuali .Tak de kuali leper pun tak pe..Pakai kuali biasa je..

Masuk kan adunan tadi dan leperkan macam dalam gambar ni...

okonomiyaki paling sedap


Tunggu dia garing dan masak..alih2 sikit..kawal api .takut dalam nya tak masak.



Okonomiyaki sedap

kalau banyak sayur nya memang cantik lepas masak nanti.Tapi yang ni tak letak sayur banyak sebab anak-anak tak makan sayur sangat.

Akonomiyaki sedap di frozen Takoyaki

Bila dah garing kekuningan macam ni boleh la diaangkat..Nak garing lagi pun boleh je..Ikut selera masing2.

Last sekali ratakan sos okonomiyaki kat permukaan Okonomiyaki tu.
Taburkan bonito flakes, Aonori Seawed dan letak mayonis.Atas dia renjis2 lagi sos Okonomiyaki.

Okonomiyaki

Bonito flakes dan Aonori seawed  tu kalau letak banyak2 lagi sedap. Sesuai sangat kalau nak jadikan sarapan pagi atau untuk makan petang.

Korang yang nak dapatkan set Okonomiyaki ni atau apa saja bahan masakan jepun yang halal boleh la hubungi Frozen Takoyaki pengedar bahan-bahan masakan jepun halal;

Facebook: Frozen Takoyaki
Whatsapp: www.wasap.my/60126894317   

(012 689 4317)

Sekian,,

Post a comment

4 Comments

  1. NAMPAK SEDAP MASAKAN JEPUN NI BOLEHLH CUBA

    ReplyDelete
  2. sedap kan...Sally mmg suka makan okonomiyaki daripada makan takoyaki...tapi depends jugak la mood masa tuu..hahahaha

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)