PENGACARA JALAN-JALAN CARI MAKAN DEDAH DAPUR PALING KOTOR KEBANYAKAN NYA DARI PENIAGA MELAYU

Assalamualaikum..




Jalan-Jalan Cari Makan adalah antara rancangan yang saya suka tonton di hujung minggu. Memang best tengok keletah pengacaranya Nazz  dan tambah best bila kita diperkenalkan dengan restoran dan kedai-kedai makan menarik seluruh Malaysia.

Macam-macam hidangan yang kita boleh tengok dalam rancangan ni.Dari makanan tempatan sampai le ke makanan barat .

Bila kita tengok masakan-masakan yang di tunjuk kan dalam rancangan ni mesti kita fikir yang restoran dan tempat makan ni mesti mengutamakan kebersihan memandangkan cara makanan tersebut di persembahkan tak ubah macam hidangan di hotel-hotel besar.

Tapi apa yang didedahkan oleh pengacara Jalan-Jalan Cari Makan , Nazarudin Rahman  , ialah tidak semua restoran dan kedai makan tersebut betul-betul bersih 

Dalam satu post nya di twitter Nazz memuji salah seorang chef yang dikenali sebagai Chef Yang  dari Hebe. Nazz memuji cheff tersebut kerana keadaan dapur nya yang amat bersih  dan itulah dapur paling bersih sepanjang dia mengacarakan rancangan popular tersebut






Nazz juga mengakui dapur-dapur yang paling kotor kebanyakan nya ialah dari kedai-kedai makan dan restoran milik orang melayu.

Nazz menceritakan pengalaman dengan seorang tukang masak yang memakai kopiah mendakwa restorannya halal namun terdapat najis kucing di lantai dapur restoran tersebut.Setelah diminta untuk dibersihkan , tukang masak itu kemudian nya  akur dengan arahan tersebut




Mesti ada yang menganggap JJCM hanya  menunjuk kan sisi baik pada penonton sedangkan hakikatnya tidak. Tapi menurut Nazz ianya adalah amanah yang dipegang dalam pekerjaan nya.

Namun dia mengakui jika dapur terlalu kotor mereka tak dapat cover. "cemana nak review kalau saya sendiri geli"  tulisnya sebagai membalas salah satu komen .

Halal bukan lah cuma bermaksud restoran tersebut tak ada babi dan arak tapi halal juga melibatkan kebersihan dan cara kita menguruskan makanan kita,

Dah banyak video-video restoran yang mempunyai sijil halal dan  terpampang logo halal di depan premis menjadi viral gara-gara bab kebersihan diabaikan . Dari dapur hingga lah ke tandas penjagaan nya diabaikan dan sangat-sangat mengecewakan.

Ini juga sebab kenapa saya tak suka menggunakan tandas dan melalui bahagian dapur apabila keluar makan di retoran dan kedai makan,

Takut hilang selera makan saya,.

sekian





Previous
Next Post »

5 komen disini

Click here for komen disini
dear anies
admin
13 October 2017 at 12:11 ×

teruk betul perangai... mcm mn nak laku kalau part mcm tu pn x terjaga meskipun pelanggan x nmpk

Reply
avatar
PeRdU cINta
admin
13 October 2017 at 12:28 ×

Halal dan suci dua kombinasi yang sangat penting direstoran..hotel waima gerai makan tepi jalan sekalipun..dari tukang ambil order hinggalah tukang masak mesti jaga kebersihan dan adab.

Reply
avatar
13 October 2017 at 13:26 ×

adoi kalau dh berniaga kebersihan jd keutamaan juga. bukan makanan yg sedap j

Reply
avatar
13 October 2017 at 14:53 ×

susah kan nak cari yg bersih

Reply
avatar
Cik Puan Ena
admin
14 October 2017 at 01:19 ×

Taubat xnk mkn kedai mamak sbb penah guna toilet die.. klu mkn kt kedai mane2 pon mesti nk tgk keadaan skeliling dlu cmne..tgk pinggan jela tahu cmne kedai tu kn..huhu..teringat kt member ni sebelum mkn dia agkt pinggan die tnjuk belah bawah cmne..adui..terus die xslera mkan..

Reply
avatar

sila tinggalkan komen anda...:) ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment