Skip to main content

NIAT NAK MELAMAR RUPANYA SI KEKASIH ADALAH MAKHLUK HALUS

Assalamualaikum..

Dekat2 dah hujung tahun ni banyak yang dah rancang majlis merisik, bertunang, dan berkahwin.. Melangkah ke satu lagi fasa kehidupan iaitu kehidupan berumahtangga .Nak mendirikan rumahtangga ni bukan nya mudah.

Selain dari persiapan majlis yang akan berlangsung pastikan kenal juga pasangan tu betul2.Kenali keluarga nya dan juga latar belakang nya.

Jangan setakat tengok dan jatuh cinta je..

Saya teringat satu kisah beberapa tahun lalu..

Kisah cinta  Suprapto pernah   menjadi viral beberapa tahun lalu apabila kekasih nya Sri Wahyuningsih sebenarnya dikatakan adalah makhluk halus



Hubungan cinta Suprapto dan kekasihnya bermula apabila mereka bertemu di Pasar Malam . Lama kelamaan cinta pun berputik diantara mereka.

Hubungan mereka turut diketahui kedua ibu bapa Suprapto malah sudah beberapa kali ibu nya berbual dengan Sri Wahyuningsih  melalui telefon .

Namun yang anehnya nombor telefon Sri Wahyuningsinh hanya boleh dihubungi oleh Suprapto sahaja. Dan nombor tersebut hanya boleh dilihat oleh Suprapto .

Apabila keluar beduaan , Sri juga tidak pernah membonceng dibelakang Suprapto. Tetapi Suprapto yang akan disuruh membonceng dan Sri akan mengemudia motosikal.


gambar(  kiri): ibu Suprapto menunjuk kan kemeja yang dihadiahkan Sri kepada anak nya, (kanan)  suprapto bersama barang hantaran

Lama -kelamaan mereka terlanjur dan Sri memberitahu kepada Suprapto yang dia sudah hamil lalu Suprapto membawa Sri melakukan pemeriksaan kandungan nya dan bidan mengesahkan Sri hamil 3 bulan. Suprapto tidak pernah masuk ke ruang pemeriksaan jadi dia sendiri tidak pernah melihat bidan yang memeriksa kandungan Sri.

Dengan rasa tanggungjawab Suprapto memutuskan untuk melamar Sri . dan bermula la persiapan mereka untuk melangsungkan Perkahwinan.

Apa yang mengejutkan ialah ketika rombongan keluarga Suprapto sampai dialamat rumah yang diberikan Sri , kawasan tersebut tidak mempunyai rumah tetapi hanya ada sebatang pokok besar dengan sebuah telaga lama.


Pencarian rumah Sri dilakukan selama 3 hari berturut-turut namun tidak menemui rumah Sri.Sri juga tidak pernah lagi menemui Suprapto dan tinggallah Suprapto didalam kebingungan,

Pada waktu itu baru lah keluarga Suprapto sedar yang Sri Wahyuningsih yang selama ini menjalinkan hubungan dengan Suprapto ialah makhluk ghaib.

Ada juga yang pergi bertemu dengan bidan yang memeriksa kandungan Sri dan bertanya samaada bidan tersebut betul-betul memeriksa kandungan Sri.Namun bidan tersebut tidak mengakui nya , dan dari rekod pesakit memang tidak ada nama Sri.


Menurut penduduk setempat 900 tahun lalu ada seorang wanita bernama Nyai Dewi Sri , isteri Kyai Sekar Gadung Kenongo mendiami kawasan tersebut.

sekian..





Comments

  1. errrrrkkkk, seram la pulak di masa2 moden gini ada lg kes2 gini...

    ReplyDelete
  2. Saya pernah baca kisah kawin dengan orang bunian ini. Tak silap di Masia lah kisah tu. Dalam tahun 70an. Siap pangkal nama anaknya di bubuh Raja lagi tapi kesemua anaknya tidak ada surat beranak. Ada siar dalam majalah apa dah lupa.

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …