Skip to main content

NIAT HATI NAK VIRAL AKHIRNYA DIKECAM NETIZEN

Assalamualaikum..




Zaman sekarang semua berlumba-lumba nak jadi yang pertama dalam menyebarkan sesuatu berita. Tak tahu apa alasan diaorang ni tapi kalau berita yang elok tak salah la nak share dia media sosial ni.

Cuma bila melibatkan berita-berita tak baik agak tak seronok juga untuk di baca lagi2 yang dengan bertujuan untuk memalukan pihak-pihak tertentu.

Dah banyak berita-berita yang diviralkan menjadi bahan fitnah dan pandangan serong netizen tapi akhirnya apabila kebenaran terserlah baru lah orang ramai tersedar bahawa apa yang tersebar sebelum ini hanya lah fitnah semata-mata.

Tapi tak dinafikan apa bila kejadian-kejadian seperti ini berlaku netizen semakin bijak menilai. Mereka tidak mudah mempercayai berita-berita yang viral.

Seperti yang berlaku baru-baru ini..




Seorang wanita menyebarkan gambar dengan tweet yang agak mencurigakan. Dalam tweet nya dia mempertikaikan tindakan ibu kepada kanak-kanak OKU tersebut yang dibiarkan berada di luar premis sebuah restoran.

Manakala si ibu makan di dalam premis tersebut.

Namun netizen  memberi respon pada tweet wanita ni dengan agak berbeza kerana mereka merasakan wanita tersebut tidak sepatutnya terus menghukum ibu kanak-kanak ini kerana sudah tentu ibunya ada alasan tersendiri.





Malah netizen meminta wanita ini  bertanya sendiri pada siibu  tersebut untuk mendapatkan kepastian sebelum menyebarkan gambar yang dirakam ini.

Kejadian lain baru-baru ini berlaku di China apa bila tersebar video seorang gadis toll dikatakan tidak melayan seorang pengguna yang menghulurkan tiket toll.


Namun apa yang sebenarnya terjadi ialah lelaki yang menghulurkan tiket toll itu sudah beberapa kali mengusik gadis tersebut.Apa bila gadis tersebut menghulurkan tangan untuk mengambil tiket dia kemudian nya menarik balik tiket nya.

Berang diperlakukan sedemikian berulang kali menyebabkan gadis tersebut tidak melayan lelaki itu.

Tindakan lelaki tersebut menyebarkan rakaman tersebut menyebabkan dia di kecam netizen .

Pengajaran nya kat sini kita jangan lah percaya dengan berita2 yang tidak sahih dan menjadi viral di media sosial.bagi yang suka menyebarkan berita2 sebegini lebih baik korang hentikan kerana netizen semakin bijak dan ramai yang tak mudah percaya dengan berita2 begini..

Biar je lah wartwan bertauliah yang buat kerja..Kita orang2 biasa ni tulis dan ulas apa yang wartawan sampaikan pun cukup lah..


sekian..




Comments

  1. Mujurlah dah makin ramai yang sedar dari jadi keyboard worrior.. Tidak menjatuhkan hukuman secara melulu hanya dengan satu gambar sahaja..

    ReplyDelete
  2. tu la kan.. dengan satu gambar terus buat spekulasi.. Banyak dah benda macam ni berlaku. Nak viral pun biar la sahih..

    ReplyDelete
  3. Kepuasan yang membinasa salah satunya sikap suka "viral" yang tidak beretika.

    ReplyDelete
  4. Benda2 viral ni kita tengok jelah, x payah ulas..

    ReplyDelete
  5. sikit2 nk viral sikit2 nk viral dah x de keje lain. nmpk sgt krg kasih syg... eee geram pulak sy spesis2 mcm ni

    ReplyDelete
  6. aida jarang share perkara viral.
    benar skali pun, now aida da stop share.
    selain dari memfitnah.
    ada jugak manusia zaman skang ni cepat sentap.
    serba salah nak share apa2.

    ReplyDelete
  7. sudahnya malu sndiri kan... itulah kita jgn jd keyboard warrior

    ReplyDelete
  8. hahaha.

    entahnya mak budak tu pegi bungkus makanan kat dalam. lagipun nampaknya restoren tu tengah penuh / sesak dengan orang.

    kalau dia bawa sekali anak dia masuk mungkin lebih membahayakan anak dia.

    bersangka baik lah. kalau bersangka buruk juga, apa kata ambil inisiatif siasat dulu.

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …