NAK BELA HAIWAN KESAYANGAN TAPI TAKUT? INI BOLEH MEMBANTU KORANG

Assalamualaikum..



Saya baru jumpa kucing ni semalam.Sebenarnya bukan jumpa tapi dia datang sendiri ke rumah..Terus masuk ke dapur dan makan makanan kucing saya, Jonjea. Hari ni saya dah mandikan dia , dah pakaikan loceng kat leher, dan dah beri nama Jaechan . 

Best kan nama2 kucing saya?

hahahha..

Ada banyak sebab kenapa ada orang yang tak suka ada haiwan kesayangan . Antara sebab-sebab kenapa diaorang tak suka bela haiwan ialah sebab takut. 

Ada juga yang tak mau bela sebab malas nak menguruskan nya.

Setiap hari nak kena bersihkan sangkar , nak kena bagi makan, belikan makanan , bawak ke veteriner dan sebagainya.



Benda2 macam tu buat mereka rasa ianya sesuaitu yang menyusahkan.

Tapi saya dah ada satu penyelesaian  untuk korang yang "malas" ni nak ada haiwan peliharaan macam orang lain jugak.

Kadang2 bila kita sedih kita nak juga mengadu kat sesiapa yang boleh dipercayai..sesiapa yang sedia mendengar tanpa membantah dan mencadang..

Betul!!haiwan kesayangan adalah "dia" yang sesuai untuk perkara-perkara itu. Kita boleh peluk dia boleh mengadu dan menangis pada dia.


Ni dia...namanya Qooboo  .. Nampak lain macam je kan??

boleh tengok video di bawah macam mana dia sangat "manja" dengan tuan nya..



Dia tak kan menggigit, tak kan bising bila lapar tak kan berak di laman kita.

Tapi kalau ada kawan korang nak datang rumah bagitau dulu pada dia tentang "haiwan peliharaan " korang ni ye.Takut nanti ada yang kata korang sewel.

hahahha..

Dibangunkan oleh syarikat Jepun, Yukai Engineering Co, Qoobo adalah bantal robot kecil berbulu yang duduk di pangkuan kita dan menggerak kan  ekornya apabila kita membelainya. Itu sahaja, .Dan sebenarnya itu lah yang ramai orang mahukan dari haiwan kesayangan mereka. Kan??

Ada yang alah kepada kucing dan anjing, atau korang  tinggal di sebuah apartmen yang tidak membenarkan membela haiwan kesayangan , atau korang memang tak suka kan bunyi bising mengiau dan menyalak .??

Qooboo adaah haiwan yang sesuai untuk korang..
.


Binatang robot aneh itu diumumkan pada pameran perdagangan CEATEC 2017, dan dijangka akan dijual secara komersial pada musim panas akan datang, sekitar $ 100. Penciptanya mendakwa bahawa Qoobo mempunyai hayat bateri lapan jam dan dapat diisi oleh USB.

Ciri utamanya ialah ekor robot, yang akan bergerak dengan cara yang berbeza bergantung pada cara dia dibelai.. "Kucing tanpa kepala" ini  juga bergetar  dan berdengkur.


Salah seorang pereka Yukai Engineering Co berkata.  idea untuk menwujudakan Qoobo kira-kira enam bulan yang lalu, apabila terpaksa meninggalkan kucingnya dengan ibu bapanya,

Oleh sebab kerana pangsapuri yang didiaminya  tidak membenarkan haiwan peliharaan dia memutuskan untuk mencipta  pengganti haiwan kesayangan yang akan membuatnya berasa lebih baik walaupun haiwan ini tidak mempunyai kepala dan anggota badan lain yang dirasakan tidak begitu penting.




Previous
Next Post »

sila tinggalkan komen anda...:) ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment