Skip to main content

KONSERT GEGAR VAGANZA 2017 MINGGU PERTAMA

Assalamualaikum..



KONSERT GEGAR VAGANZA 2017 MINGGU PERTAMA Konsert Gegar Vaganza 2017 kembali lagi dengan menampilkan  penyanyi hebat dan berpengalaman.  Minggu pertama konsert Gegar Vaganza 2017 membariskan 12 peserta dari malaysia termasuk Singapura dan Indonesia.,Itu lah kelainan yang dibawakan oleh Gegar Vaganza kali ini

Untuk musim ini Nabil dan Jihan Musa masih lagi di pilih sebagai pengacara. Nampak cantik Jihan Malam ni mungkin sebab terpancar seri ibu mengandung. Lagu pembukaan diaorang ialah lagu dangdut.Vokal diaorang macam biasa masih kelautttt..Hahah






Untuk persembahan pembukaan menampilkan Ayai Ilusi ,Siti Nurdiana dan Azharini yang juga adalah juara Gegar Vaganza musim 1,2 dan 3 menyampaikan lagu samba.Juara2 ini juga diberi penghargaan dengan memperkenalkan barisan peserta untuk minggu ni..

Memang Meriah betul Konsert minggu pertama ni.

Tambah pulak dengan kehadiran Dato Vida yang turut menyanyikan lagu popularnya I am Me bersama Mimi OneNationemcees.


Juri gegar Vaganza untuk musim ni masih lagi mengekal kan Dato Ramli MS.Manakala penyanyi veteren Hettykos Endang turut menjadi Juri tetap untuk GV musim ke 4. Juri jemputan pula ialah Dato Chef Wan..Memang gamat betul konsert pertama ni.

Kelakar bila Chef Wan mengayat Dato Vida...Gamat suasana jadinya.hahah..Memang rancangan ni tak sesuai untuk tontonan kanak-kanak.Mujur la Chef Wan ni juri jemputan je..hahahah.

Untuk tahun ni juga diperkenalkan anugerah Bintang gelora yang dipilih berdasarkan Like paling banyak di Instagram Dato Vida.Pemenang dapat memilih giliran ke berapa untuk mereka membuat persembahan .

Tema minggu pertama ialah Masihkah Kau Ingat. Peserta pertama yang membuat persembahan ialah Liza Hanim dengan lagu Siapa Sangka Siapa menduga.



Kalau sebut nama Liza Hanim ni dah tentu la orang akan ingat tentang Vokalnya yang mantap. Tak disangkal lagi persembahan pertamanya memang terbaik dan mendapat pujian juri-juri.Bak kata Dato Ram Liza,suara Liza Hanim masih ada class.


Bintang yang seterusnya ialah Elyana. Ramai yang menyangka kan Elyana ialah peserta pertama yang akan disingkirkan. Tampil berkaki ayam dalam minggu pertama ni Elyana juga memberikan persembahan yang mantap dengan lagu nya  Tak Tercapai Akal Mu.Kata Hetty Kos Endang Elyana mempunyai karekter yang unik.Suara nya juga mendapat pujian,


Penyanyi ke tiga Ferhad dari Singapura menyampaikan lagu Kasih berubah. kalau orang lain pilih Elyana sebagai peserta pertama yang tersingkir saya pulak merasakan Ferhad peserta pertama yang akan meninggalkan pentas Gegar Vaganza. Bukan sebab tak minat dia cuma saya rasa suaranya tak menonjol dan tak cukup kuat untuk bersaing dengan penyanyi lain.


Peserta ke empat menampilkan Lan Kristal.Ini peserta kegemaran saya ni..Peminat setia kumpulan kristal dulu tau ..Dulu la..sekarang dah tua2 ni tak la minat macam dulu..hahahah.Persembahan pertama Lan Kristal menyampaikan lagu Seragam Hitam.Masih sama suaranya macam dulu-dulu tau..Tak mau komen lebih2 nanti orang kata bias pulak.hahah



Tia JinBara tampil sebagai peserta ke lima yang menyampaikan lagu Fahana. Lagu ni popular betul dulu..kan??Tapi saya rasa persembahan Tia ni macam kurang rock je.Muzik memang rock habis la .Siap keluar api kat skrin belakang tapi suara nya macam biasa2 saja.Tunggu je la minggu akan datang mungkin Tia masih sembunyikan taring nya..Ewah!!hahahha


Mendendangkan lagu Hati yang terkunci , Raja Azura nyatanya memang mempunyai vokal yang hebat. Kalau tak , tidak la keluar dua album ..kan??Cuma tak laku je..hahah.. Tapi malam ni nyanyian nya memang bagus dan terpegun dengar suaranya.




Popular dengan lagu Zapin Usik Mengusik bersama kumpulan Senario, Haida kini muncul menyertai Gegar Vaganza .Dan untuk minggu pertama beliau mendendangkan lagu yang sama bersama Achong Sweetchild. Sedap suara haida ni.Lunak merdua.Orang nya pun cantik.Nampaknya Nabil dan tetapkan untuk musim ini Haida adalah sasaran nya..hahahah.



Dah lama tak dengar tentang penyanyi Aqasha..Kali terakhir berita tentang Aqasha ialah tentang kontrovesi rumahtangganya bersama seorang pelakon popular.Untuk minggu pertama Aqasha membawakan lagu Embun.Lagu yang telah menaik kan namanya suatu masa dulu.Suaranya masih hebat macam dulu walaupun sekarang dia lebih aktif berlakon.Kalau tak salah saya lagu Embun ni dulu popular semasa dia bercinta dengan Umi Aida..Mesti ramai tak tahu dulu dia bercinta dengan Umi Aida..kan??



Peserta ke 9 , Syura tampil dengan suara memukau nya dengan lagu nazam Berkasih.Saya suka sangat lagu ni.. Awalnya saya ingatkan  syura akan mendendangkan lagu popularnya Kasih tidak Terjamah. Lagu ni lebih sesuai kalau syura nak tonjolkan Vokal nya. Tapi Nazam berkasih pun ok jugak la..Yang pasti suaranya memang cantik..



Bintang yang ke 10 ni dah lama tak dengar dia menyanyi.Hazami mendendangkan lagu Mengukir Bahagia .Ingatkan nak nyanyi lagu Sonata Musim Salju..kan?? Wajah dia pun dah lain sekarang ni.Mungkin sebab ada jambang.Nampak comot.Hahah..Tapi suaranya memang bagus.Masih sedap lamak merdu.Tak sabar nak tengok Hazami menyanyikan lagu2 Rock pulak.Mampu ke suara lembut merdu tu membawa lagu rock..Macam tak sesuai je..kan??


Firman , artis dari Indonesia turut sama menyertai Gegar Vaganza kali ini.Dengan lagu Kehilangan yang memang ramai penggemar nya, Firman menyampaikan nya dengan cukup baik.. kecoh pulak pentas tu bila tiba2 je Vicha masuk .habis penuh pentas tu.


Kemunculan semula penyanyi Aisyah memang mengejutkan saya jugak la..Ingatkan Aisyah dah tak minat nak menyanyi lagi memandangkan Aisyah sebelum ni lebih terarah kepada dunia politik.Menyampaikan lagu Janji Manis mu dengan cukup baik dan bertenaga , Aisyah juga menerima pujian dari Ramli Ms.Saya baca komen-komen di Ig juga turut kagum dengan persembahan Vokal Aisyah.



Habis la sudah persembahan 12 Peserta Gegar Vaganza musim ke 4 di minggu pertama.

Untuk Anugerah Gelora Dato Vida pemenang nya ialah.. Elyana

Berikut adalah senarai lagu tugasan untuk minggu ke dua Gegar Vaganza musim ke 4.


1- Aisyah- Dingin (Ziana Zain)
2-Firman- Rindu Serindu Rindunya (spoon)\
3- Hazami- Setengah mati Merindu (judika)
4-Liza Hanim _Aku Hanya Pendatang (franciska Peter)
5- Lan Kristal - Karam (zabarjad)
6- Tia Jinbara- Cendrawasih (kris)
7-Elyana- Masih Cinta (
8- Syura - Ku Pendam Sebuah Duka (Khatijah Ibrahim)
9-Ferhad- Harus Terpisah
10- Aqasha- Aku
11- Haida - Gubahan Rindu Puisi Syahdu (Fauziah Latif)
12- Raja Azura - Apa Yang Ku cari (Endang Estaurina)

Lagu pilihan untuk Nabil Dan Jihan - Seksis ( Anita Sarawak)

Apa pendapat korang tentang Konsert pertama ni??Ok ke tak ok?

sekian..


Comments

  1. Peserta fav saya mestilah Liza Hanim dan Elyana hehe..Tapi yang lain pun ok la jugak..Saya mmg suka nengok Gegar Vaganza ni berbanding AF nak2 lagi nak nengok gelagat DSV, Nabil dan Jihan tu serta Ramli MS hehe..

    ReplyDelete
  2. ok suke ngn lagu2 yg di nyanyikan,,, almaklum kebanyakannya mmg dh lama btl tak nyanyi secara live

    tp nya program mlm td meleret2 sgt dek kerana dato vida... rasanya dato vida kene kurangkah skit ke overan tuh, walaupun dia jadi penaja.... biarlah berpada2 kata org

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …