KANAK-KANAK USIA 8 TAHUN INI MEMILIH UNTUK MEMELUK ISLAM SEDANGKAN IBU DAN AYAHNYA BUKAN ISLAM

Assalamualaikum...

Rasa semangat nak berkongsi dengan korang satu kisah menarik dari negara seberang ni.Cerita ini menjadi tular  sejak seminggu yang lalu.

Yogi Setiady , kanak-kanak berusia 8 tahun berasal dari Kecamatan Delta Pawan Ketapang , lahir seperti kanak-kanak lain. Dia bukan datang dari keluarga islam.Ibu dan ayahnya juga bukan islam.Tapi apa yang menarik tentang Yogi ialah dia berminat dengan Islam sejak dia kecil lagi.


Ibunya , Eriyanti yang berusia 44 tahun mencerita kan sejak mula boleh bercakap Yogi memang sudah berminat dengan cara hidup orang islam dan dia lebih berminat dengan perkara-perkara yang ada kaitan dengan islam.

Sejak kecil apa bila dia melihat masjid dia akan terus menyebut " Ala abar.." dengan bahasa comel kanak-kanaknya yang bermaksud " Allahhuakbar"

Eriyanti dan suaminya kerap mengajak Yogi ke tempat ibadat mereka namun Yogi selalu menolak.Jika di bawa dia akan menangis dan mengajak segera pulang.

Menrutut Eriyanti , jika setiap kali mambawa Yogi pulang ke kampung , Yogi kerap  berasa tidak selesa kerana dia tidak suka anjing dan babi yang menjadi haiwan peliharaan dikampung itu menghampirinya.


Yogi jugak sejak kecil tidak suka makan daging babi.

Jika ada jiran-jiran bergama islam yang membuat kenduri doa selamat Yogi akan mengajak ibunya turut sama ke majlis tersebut,

Cerita Eriyanti..."Yogi kerap meminta kami ke majlis doa selamat. dia akan merayu sambil berkata , Ayo ma,..Kita pergi ke tempat orang amin-amin .Saya tanya di mana , terus dia tunjuk ke tempat orang islam mengadakan majlis kenduri doa selamat.."


Kemudian ketika Yogi sudah mula bersekolah , Yogi pernah beberapa kali meminta izin untuk belajar solat dan mengaji bersama rakan-rakan sebaya nya.


Namun ibu dan ayahnya melarang dan menjelaskan bahawa mereka adalah bebrbeza dan tidak boleh melakukan perkara seperti itu.

Yogi juga selalu belajar solat dirumah.Dengan sehelai kain dia jadikan alas untuk belajar bersolat malah Yogi juga selalu mengajak rakan-rakan nya bersolat dirumah mereka dan dia sendiri menjadi imam nya

Setiap jumaat dan waktu maghrib Yogi kerap tiada dirumah kerana dia akan ke masjid untuk belajar solat.Disekolah juga Yogi lebih berminat untuk belajar tentang islam berbanding agamanya sendiri.

Jiran-jiran pernah memberitahu ibu dan ayahnya jika terdengar suara orang sedang mengaji dan selawat di masjid, itu adalah Yogi.

Yogi juga meminta untuk disunatkan dan ingin memeluk agama islam ..


Mendengar pengakuan anak kecil tersebut Riyanti dan suaminya mengikhlas kan anak nya untuk memeluk islam cuma dia berharap anak nya itu akan diberi bimbingan dan diajar untuk mendalami islam dengan lebih lagi sepeti yang anak nya mahu.

Dia tidak mahu anaknya di biarkan tanpa islam yang sebenarnya dan hanya membuat semangat anaknya hanya separuh jalan.

Ketika para wartawan dan pemberita meminta Yogi membaca doa dan beberapa surah , Yogi membacanya dengan jelas tanpa melihat teks.

Jelas Yogi sebelum ini sudah banyak menghafaz surah-surah di dalam Alquran.

Menurut Ketua Agama Islam di situ, M.Syafi'ie dia amat terkejut ketika mendengar seorang kanak-kanak 8 tahun ingin memeluk islam.


Awalnya dia hanya mengangka kanak-kanak itu sekadar suka-suka dan berniat tanpa pengetahuan ibu bapanya. Namun selepas  kanak-kanak itu datang sendiri dengan kedua ibu bapanya baru lah dia yakin yang itu benar-benar berlaku.

Syafi'ie mengakui ini adalah pengalaman pertama berdepan kejadian seperti itu.

Sikap Yogi yang cintakan islam dan keikhlasan kedua ibu bapanya mendapat pujian banyak pihak.


sekian..

Previous
Next Post »

2 komen disini

Click here for komen disini
12 October 2017 at 08:15 ×

Yuk hantar sahaja ke madrasah agar bisa jadi ulamak besar nanti

Reply
avatar

sila tinggalkan komen anda...:) ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment

About Me