Skip to main content

KAJI SELIDIK MEMBUKTIKAN KANAK-KANAK YANG MENGHISAP JARI TERHINDAR DARI ALAHAN





 KAJI SELIDIK MEMBUKTIKAN KANAK-KANAK YANG MENGHISAP JARI TERHINDAR DARI ALAHAN Ramai ibu bapa yang berasa risau apabila melihat anak menghisap jari. Berbagai keburukan menghisap jari yang kita semua sedia maklum  hinggakan tabiat menghisap jari ini dianggap seperti musuh pada kanak-kanak

Antara kesan buruk yang sering diperkatakan tentang tabiat menghisap jari ialah , rahang atas kanak-kanak akan ke depan dan akan mempengaruhi struktur gigi kanak-kanak.Ianya bukan lah mitos dan kajian perubatan membuktikan ianya adalah benar.

So korang yang ada anak-anak kerap menghisap ibu jari tu perlu lah lakukan sesuatu.

Tapi menurut kajian terbaru ,kanak-kanak yang menghisap ibu jari juga adalah kanak-kanak yang terhindar dari masalah alahan.

Kajian yang dilakukan pada 2016 membuktikan menghisap ibu jari memberi kesan baik pada kesihatan anak-anak.





Dr. Robert Hancox, dari University of Otago  juga menegaskan walaupun tabiat ini memberi kesan baik pada kesihatan anak namun beliau tidak menggalak kan anak-anak menghisap ibu jari.

Bukan sahaja menyebabkan perubahan pada struktur gigi malah kotoran yang terdapat pada kuku boleh menyebabkan cacing.

Beliau juga menjelaskan tentang teori menghisap jari menandakan anak -anak terhindar dari alahan ...Apabila sekian lama kanak-kanak terdedah dengan bakteria pada usia kecil , sistem kekebalan tubuhnya akan bekerja dengan aktif  untuk melawan infeksi.

Kaji selidik dilakukan pada 1000 kanak-kanak di New Zealand mendapati  31% anak-anak yang selalu menghisap ibu jari  atau menggigit kuku pada usia 5-11 tahun, memiliki risiko 1/3 lebih kecil terkena alahan  berbanding  kanak-kanak usia sebayanya. Keadaan tersebut juga mampu bertahan sihingga mereka mencecah usia 32 tahun.



Dr.Mika Hiramitsu yang juga terlibat dalam kaji selidik ini juga menjelas kan , keadaan sama juga berlaku jika kanak-kanak yang bersekolah, mempunyai haiwan peliharaan atau tinggal dikawasan ladang biasanya mempunyai risiko yang rendah untuk menghidap alahan.

Kawasan yang terdedah dengan kuman dan habuk bagaikan satu perlindungan bagi nya.

Jadi pada korang yang ada anak-anak kecil tu kalau dia hisap jari ,cepat2 larang..dari hisap jari sebab nak elak kan alahan baik bagi je  anak bermain kotor.Contohnya bermain pasir  atau bagi dia bergaul dengan kawan2 setiap petang di taman permainan.

Teringat pulak iklan sabun  tu..Jangan jadi ibu yang paranoid..jadi lah ibu Dett.... (sambung sendiri)!

sekian..


Comments

  1. APA PUN ALASANYA MESTI RAMAI IBU2 YG XSUKA TABIAT ANAK SUKA MENGHISAP IBU JARI

    ReplyDelete
  2. Anak saya yang no.5 memang hisap jari sejak lahir, tapi bukan ibu jari ... Nak cakap tak suka tu tak jugak, harap2 hilang ler dah besar nnt ... tapi dlm ramai2 nih, agak senang nak tidor, sebab bila dia menyusu dan lepaskan nenen dia akan terus hisap jari ... tepuk2 terus tido , bila dah nyenyak, jari akan terlepas sendiri ...

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …