Skip to main content

JIKA ORANG KATA SAYA MELEBIH SAYA KATA IANYA REZEKI DARI ALLAH SWT - ELFIRA LOY

Assalamualaikum..


Tahniah untuk Elfira Loy yang baru saja melansungkan pertunangan semalam . Elfira ni walau pun tak banyak filem dan drama yang dia lakon kan tapi imej yang dibawa sejak berhijab membuatkan ramai yang senang dengan nya.

Tambahan pulak Elfira sekarang menjalan kan perniagaan restoran LOVE ME SEVENDAYS CAFE yang beroperasi di Wisma Alam Damai menjadikan dia sebagai ikon pada orang-orang muda ni.

Saya sendiri pun agak kagum dengan apa yang diusahakan Elfira. Disamping berlakon , dia juga belajar dan dalam masa sama dia menjalan kan perniagaan yang melibatkan fesyen dan restoran..

Oleh sebab ramai yang sayang dah tentulah apa yang dilakukan gadis berkening lebat ni pasti akan menjadi buah mulut orang ramai.


Selepas Elfira dan Sufian Suhaimi berkongsi gambar majlis pertunangan mereka banyak cakap-cakap orang yang mengatakan majlis nya terlampau melebih-lebih seolah-olah mengadakan majlis pekahwinan padahal cuma bertunang.

Ada juga yang mempertikaikan tindakan Elfira menghebohkan pertunangan nya kepada umum.Sebenarnya ramai juga yang menyangka kan Elfira dan Sufian melansungkan perkahwinan.

Alhamdulillah ... rezeki Elfira dapat buat majlis yang mewah dan meriah.Bukan untuk orang lain pun ..Untuk keluarga dua2 belah pihak jugak..kan?

Elfira sendiri pun rasa ianya adalah rezeki dari Allah SWT.

Ramai juga yang mengucapkan tahniah dan suka dengan majlis Elfira ni.


Biasalah..majlis orang ada-ada ni kalau dia kata simple pun, kos cecah puluh ribu.Bukan macam kita orang2 biasa ni..kan??Jadi dari buang duit untuk majlis simple baik buat je majlis yang kos nya hampir lebih kurang sama je .betul tak??

Soal hebohkan pertunangan pulak, kalau tak dihebohkan pertunangan nanti nanti ada pulak yang kata "bertunang pun nak sorok..".. faham2 je la kan netizen ni cemana. Elfira ni orang yang dikenali ramai.Mana mungkin majlis nya boleh di sorok-sorok.

Bagi yang nak tiru gaya artis2 ni kalau boleh ukur lah baju di badan sendiri. Jangan la sampai menyusahkan pihak lain demi nak merialisasikan majlis macam artis yang diminati.

Elfira juga sekarang ni dah merancang percutian bulan madunya nanti bersama Sufian Suhaimi.Beruntung la jadi orang kaya ni..kan??

Semoga Elfira dan Sufian akan kuat menghadapi cabaran dan dugaan masa bertunang ni.Masa bertunang ni orang kata darah tengah manis.Macam2 boleh jadi..

sekian..




Comments

  1. cantik....
    sesuai.
    pada aida. biar la.
    nape kita plak nak kritik dia lelebih kan.
    yes. rezeki dia. nanti kawin, hmmmm sure ada sponsor.

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …