Skip to main content

IELDER.ASIA - MENJUAL PERALATAN SOKONGAN UNTUK WARGA TUA DAN ORANG KURANG UPAYA

Assalamualaikum..

Hai Semua...



IELDER.MY - MENJUAL PERALATAN SOKONGAN UNTUK WARGA TUA DAN ORANG KURANG UPAYA  Ada orang takut untuk jadi tua..Bila dah tua badan lemah tak berdaya.Ingatan pun dah tak kuat seperti waktu muda.Segalanya jadi sukar termasuk la menguruskan diri sendiri.

Tak boleh nak elak kita pasti akan jadi tua kecuali kita mati diusia muda.

Tapi sakit, lemah dan tak berdaya tu memang tak boleh nak elak sebenarnya,maklum je la bila dah sampai hujung-hujung usia segalanya jadi tak terduga.

Orang-orang tua kita, ibu bapa kita pun tak minta diri mereka sakit , terbaring dan hanya mengharap pada belas ikhsan anak-anak.

Kita sebagai anak kena bijak menguruskan mereka supaya aktiviti seharian berjalan lancar dan mereka pun selesa.

MENJUAL PERALATAN SOKONGAN  ORANG TUA DAN OKU

https://ielder.asia ada  menjual barang-barang untuk keselesaan warga tua dan orang kurang upaya. Ada  lampin pakai buang  susu,, kerusi roda dan banyak lagi.

Produk-produk ini menjadikan hidup lebih mudah, terutama apabila ada masalah kesihatan seperti arthritis, gangguan ingatan / gangguan kognitif, pendengaran dan penglihatan.

barang-barang yang dijual di Ielder.my semuanya berkualiti tinggi .Sebelum Ielder membawa masuk sebarang produk kedalam website diaorang ni , mereka akan berbincang dan meneliti setiap produk supaya ianya selamat digunakan.

Bila korang order barang je diaorang akan pastikan korang dapat maklumat yang betul tentang penggunaan barangan dan kualiti .Barang pun sampai cepat je..Dalam masa dua hari dah sampai barang yang di pesan.

Selain tu korang boleh kumpul mata ganjaran untuk lebih jimat pada pembelian seterusnya.

     

CARA MUDAH MENGURUSKAN ORANG TUA DAN OKU WALAUPUN SIBUK BEKERJA


Zaman sekarang anak-anak sibuk bekerja dan perhatian pada orang tua juga terbatas. Segalanya nak diruskan dengan cepat .

Nak keluar beli barang keperluan pun tak sempat.Jadi buat saja pesanan dari rumah dan barang siap sedia di hantar.

Masa kita pun jimat dan tak payah runsing macam mana nak beli lampin , susu dan sebagainya .Tak kan kita nak tinggalkan orang tua kita dirumah berseorangan. Betul tak??

Korang mesti pernah tengok warga tua yang terbaring saja berbulan-bulan.Dia bangun pun bila anak dia papah ke bilik air sebab nak mandi atau basuh berak dan kencing.



Nampak kerja nya rumit..kan??

Tapi kalau ada kerusi roda atau stander mudah dan cepat untuk kita nak menguruskan nya.,Orang tua kita pun rasa selesa..

Bayang kan kalau tanpa bantuan kerusi roda atau alat bantuan lain mesti akan ada risiko tercedera.Silap2 kita sendiri pun boleh turut cedera sama.

SENARAI PRODUK YANG DIJUAL DI IELDER.MY




Katil hospital
kerusi roda
Sleeper Chair
Termometer
Blood Pressure monitor
Blood Glucose monitor
Makanan tambahan/susu
Shower Chair
Bedpan
commode chair
Lampin dewasa/ adult  diapers
Urine Bottle for male/female
Ripple Mattress
Nebuliser - compressor /ultrasonic
Hot Cold pack
Hand Rub
Hearing aids
sandal
dan banyak lagi...

Untuk lebih bamyak lagi senarai produk korang kena la tengok kat website https://ielder.asia Boleh dikatakan semua barangan dan peralatan sokongan untuk warga tua dan OKU  ada di ielder.my .




Jadi korang jangan tunggu-tunggu lagi ... Balas la budi ibu bapa kita pulak dengan memberi keselesaan dan kemudahan pada mereka.

Buat mereka terharu dan berbangga dengan kita.

sekian..










Comments

  1. alat2 yg patut dibeli anak2 yg mnjaga ibu bapa nrk yg OKU..lbh mudah dptkn semuanya disini

    ReplyDelete
  2. thanks sharing. lepas ni senang nak mencari alat keperluan utk orang2 tua yang memerlukan alat sokongan atau bantuan :))

    ReplyDelete
  3. bgs jg ada hub mcm ni mereka yg suka menyumbang boleh dpt kn brg2 ni dgn mudah

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …