HAMPIR SETIAP MASA BERMAIN GAMES KINGS OF GLORY MATA KANAN WANITA INI MENJADI BUTA

Assalamualaikum,..

Saya jarang2 main games di smartphone ni..Tak de download apa2 games pun. Bukan saja sebab tak berminat tapi ini cara saya untuk elak kan anak-anak ketagih dengan smartphone.

So korang yang tak tahu cemana nak buat kalau anak ketagih dengan games di smartphone apa kata buang semua games yang korang download tu..heheh..


Games di smartphone ni bukan nya tak bagus.Ada baiknya juga sebab ianya boleh mengisi masa lapang. Ada games yang boleh ajar anak-anak kita untuk lebih kreatif.,

Ini zaman diaorang..kan??kena la juga diaorang tahu.Cuma kita sebagai ibu bapa kena kawal supaya anak-anak tak ketagih.

Bila ketagih setiap masa diaorang asyik dengan smartphone.Selain tak elok untuk sosial diaorang ianya juga boleh merosak kan kesihatan mata.

Ini betul-betul dah terjadi pada seorang wanita yang dikenali sebagai Wu berusia 21 tahun dan berasal dari Dongguan, China.

Baru-baru ini Wu disahkan mengalami buta mata sebelah kanan kerana arteri retina matanya dikatakan bermasalah.




Wu menyedari mata kanan nya tidak dapat melihat pada 1 oct lalu apa bila ketika dia sedang bermain games kegemaran nya . King Of Glory . Dia menyangka mungkin mata nya letih lalu dia tidur .Ketika bangun keesokan hari mata kanan nya tetap tidak boleh melihat.

Risau dengan keadaan Wu, ibu bapanya mterus membawanya ke hospital dan doktor menyesahkan mata kanan nya buta akibat terlalu lama melihat skrin smartphone.



Mata Wu di kesan mengalami "retinal artery obstruction" yang biasanya hanya dialami oleh golongan berusia atau warga tua.

Namun untuk kes Wu , penyebab matanya mengalami masalah ialah  mata Wu sangat penat dengan tekanan yang sentiasa memandang ke skrin kecil telefon pintar nya. .

Wu mengakui setiap hari dia menghabiskan masa hampir 7-8 jam tanpa henti  hanya untuk bermain permainan games kegemaran nya itu.

Dia juga bekerja di bahagian kewangan yang memerlukan dia melihat skrin komputer untuk masa yang lama.

"Setiap hari   saya akan bangun pukul 6 pagi, makan sarapan pagi dan mula bermain games hingga 4 petang. Saya akan berhenti untuk makan sesuatu sebelum tidur sebentar dan terus bermain sehingga 1 pagi atau 2 pagi. Kadang-kadang saya terlalu malas untuk berhenti makan, " -Wu.



Beringat la korang.Nak buat apa2 biarlah bersederhana. Banyak aktiviti lain yang boleh dilakukan dalam 7-8 jam sehari.

Zaman sekarang ni jumpa kawan2 pun tapi tetap masing2 mengadap phone.Cara bersosial yang tidak sihat dan tak patut diamalkan.

sekian..

Previous
Next Post »

1 komen disini:

Click here for komen disini

sila tinggalkan komen anda...:) ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment

About Me