Skip to main content

BERTARUNG DENGAN ULAR SAWA GERGASI : LELAKI INI BERJAYA MEMBUNUH ULAR SAWA SEPANJANG 23 KAKI

Assalamualaikum...

Ini reptilia yang saya paling takut sekali.Dalam mimpi pun kalau boleh tak mau dia ada. Apa jenis ular pun saya takut.Walau pun ular tu tak merbahaya tapi saya takut sangat kalau terserempak dengan reptilia ni.


Hari ni ada terbaca pasal ular sawa gergasi yang berjaya ditumpaskan oleh seorang lelaki di Riau , Indonesia.

Dikabarkan Robert Nababan sebenarnya sedang dalam perjalanan pulang dari kerja .  Kemudian dia  ternampak seekor ular sawa gergasi sepanjang 23 kaki menghalang laluan jalan.

Dia memberanikan diri menghampiri ular tersebut dan tiba2 ular tersebut menyerangnya dan membelit badan nya sambil membenamkan gigi ke lengan lelaki berusia 37 tahun itu.

Berpantang maut sebelum ajal, lelaki ini kemudian tidak menglah malah dia bertarung dengan ular gergasi tersebut hingga lah ular itu mati dan dia cedera parah.

Dia kemudian nya bergegas ke hospital untuk mendapat kan rawatan.





Menurut saksi kejaidan ketika  Robert Nababan bertarung dengan ular gergasi , ramai yang melihat kejadian tersebut tetapi tidak berani untuk membantu kerana ketakutan.

Robert Nababan seorang pengawal keselamatan, yang bekerja di ladang kelapa sawit di kawasan Kabupaten Indragiri Hulu, .




Robert Nababan mengalami kecederaan serius di tangan kirinya  dan mengalami keletihan kerana bertarung dengan agak lama.

Bangkai ular tersebut kini digantung untuk tontonan penduduk setempat.

Sebelum ini, pada march lalu seorang lelaki di Sulawesi mati di dalam perut ular sawa , selepas berterung dengan ular sawa gergasi.,




Comments

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …