Skip to main content

BELUM ADA PERANCANGAN UNTUK BERSATU SEMULA - AMIR UKAYS

Assalamualaikum..



Masa saya disekolah rendah saya minat betul dengan lagu dari Kumpulan ukays .tajuk nya TERASA.

lepas tu naik sekolah menengah keluar album bisa berbisa. Masa tu popular betul kumpulan Ukays ni.Setiap album kompilasi nya juga dapat sambutan yang luar biasa.

memang berhantu lagu-lagu ciptaan Saari Amri yang dibawakan oleh Amir selaku vokalis Ukays waktu tu..



Sampai sekarang lagu-lagu mereka masih jadi siulan .

Hari ni terbaca satu artikel berita tentang Amir Ukays yang dikatakan mungkin akan kembali bersama Ukays


KUALA LUMPUR: Selepas dua dekad membawa haluan sendiri, ura-ura penyatuan semula kumpulan popular era 1990-an, Ukays mula bertiup, terutama apabila vokalisnya, Amir mengesahkan dia dan pemain gitar, Amy sudah kembali berhubung.
Amir atau nama sebenarnya, Mohd Azmir Muhammad Yusof, 49, bagaimanapun enggan mengesahkan perkara itu selagi mereka belum bertemu secara empat mata.

"Saya belum terdengar apa-apa perancangan mengenai penyatuan semula Ukays. Memang Amy ada menghubungi saya menerusi kiriman WhatsApp, kira-kira dua minggu lalu. Tetapi, kami tidak berbual panjang kerana saya lebih selesa berjumpa terus.
"Itu lebih baik dan tepat, terutama selepas bertahun-tahun kami tidak bertemu. Masih ada urusan yang belum selesai antara kami dan saya juga mempunyai beberapa perkara yang perlu dibincangkan dengannya.
"Saya tidak tahu apa perkembangan terkini kerana selepas itu, Amy terus senyap," katanya.




Amir yang ditemui pada majlis pelancaran album kompilasi Meenz, baru-baru ini, menegaskan, pengundurannya daripada Ukays pada 1997 bukan berniat membiarkan teman seperjuangannya terkontang-kanting.
Sebaliknya, tambah Amir, ketika itu, masing-masing sudah mempunyai kerjaya tetap.
"Tidak timbul isu saya membiarkan mereka terkontang-kanting. Ada yang berkerjaya tetap, malah ada yang menubuhkan kumpulan baharu. Kami sudah sepakat memilih haluan sendiri, jadi teruskan sahaja hidup," katanya sarat makna tersirat.
Amir berkata, ketika ini dia selesa bergerak sendiri kerana mahukan kebebasan dalam merencana perjalanan kerjayanya. Dia bersyukur, masih menerima undangan persembahan dan bakatnya terus dipercayai.
"Mungkin ada yang menyangka saya sudah memperlahankan aktiviti seni kerana kurang menerima pendedahan. Saya tidak salahkan sesiapa. Semangat saya masih kuat kerana dorongan peminat," kata Amir mengakui, penyertaannya dalam Gegar Vaganza musim kedua mengembalikan semula ingatan ramai terhadap bakatnya.
Mesti ramai yang ternanti-nanti kemunculan semula kumpulan Ukays yang dianggap lagenda ni. Sekarang ni pun dah banyak band2 lama yang muncul kembali dengan lagu-lagu baru .

Ada yang dapat sambutan dan ada yang hanya sekadar memeriahkan dunia muzik saja.

Apa pun semoga ukays akan muncul kembali dengan lagu2 yang boleh melonjak kan kembali populariti mereka.

sekian..

Comments

  1. ura2 nak bergabung semula sebagai 1 group... hmmmm beri peluang kepada gen baru la, mmg la lagu2 amir nostalgia tp .. x pa rezeki ada di mana2 kann..

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …