Skip to main content

SEDIH...DISANGKA HANTU RUPANYA KANAK-KANAK MENANGIS KETAKUTAN DIDALAM HUJAN

Assalamualaikum...


Anak adalah anugerah Allah untuk kita.Anak ni penyeri hidup dan ada setengah orang anggap anak ni sebagai pelengkap kehidupan nya..Sebab tu kalau kita tengok ada orang sanggup berhabis demi nak dapatkan anak.

Tapi saya agak sedih bila sekarang ni dengar macam-macam penganiyaan pada anak kecil. Bukan orang lain yang menganiaya sianak, tapi ibu bapa nya sendiri.

Jangan ingat tak solat, tak puasa saja boleh berdosa tau. Tak menjalankan tanggungjawab pada anak pun boleh berdosa.Tak menyediakan keperluan anak pun kita boleh berdosa.

KIta mengingkari amanah yang Allah bagi pada kita,.Ada satu kes yang baru saya baca di facebook tentang seorang budak kecil usia dalam 4,5 tahun dibiarkan keseorangan di rumah.

Menurut anak kecil ni , ibu nya keluar beli phone jadi anak ni keseorangan di rumah dan jiran menemui kanak-kanak kecil ni sedang menangis di dalam hujan..
Ya Allah.. sedihnya bila di bayangkan..

Saya ada anak yang sesia kanak-kanak kecil ni...Bila saya lihat gambar yang dikongsi pun memang saya terbayang kan anak lelaki saya .

5 Tips Mudah Untuk Pastikan Anak Anda Sentiasa Jaga Tingkah Laku Dari Kecil Lagi








Saya berharap ada tindakan tegas untuk ibu bapak kanak-kanak ni.Memang anak ni tak cedera atau sakit tapi sebelum ianya berlaku baik lah tindakan awal di ambil.

Nampak gaya pun macam ibu bapanya tak nak jaga anak mereka ni.So mungkin tak jadi masalah kalau pihak berwajib ambil anak ni.

Dari apa yang diceritakan pun si anak nampak tak mau pulang ke rumah.Mungkin dia merasakan keluarganya tak beri kasih sayang pada dia.

Waktu kita seusia macam ni pun rasanya mak ayah kita tak buat kita macam ni..kan??Saya percaya mak ayah pada ibu bapa kanak-kanak ni pun tak buat macam tu.

Kadang-kadang kita bagi alasan nak didik anak berdikari tapi kita patut tahu keupayaan anak kita.Mana mungkin lah budak besar ni disuruh tinggal sendiri kat rumah, uruskan diri sendiri, cari makan sendiri..

erm...saya sedih!

sekian..



Comments

  1. Ya Allah sedihnya la hai, kalau akak mmg tak berani nak tinggal anak2 kat rumah sorang2, p kedai dekat pun angkut semua

    ReplyDelete
  2. isk..ape nak jadi ni.budak kecil macam tu ditinggalnya..beli handphone je kot...sedihlah orang macam ni,

    ReplyDelete
  3. aduh, pttnya pn norazlina ni masa amik bdk tu pi bt repot sbb mak pak tinggal anak tu kt umah sorang2, klu jd apa2 dh ada repot...

    gila nye mak pak, tinggal anak kecik gitu kt umah sorang2... sampai kul 2-3 pagi.... kalau lah anak tu kuar umah mlm2 buta lps tu kene langgar ke jd apa2 ke tak rasa nyesal ke? ke mmg mak pak tu nak anak tu takde trs dlm hidup depa... ishhh geram btl lah

    ReplyDelete
  4. Ya Allah..kesiannya budak ni.. ish geram dengan parents yg cmni..

    ReplyDelete
  5. Memang ada banyak org gini. Buat anak macam sampah. Besa tengok kucing membongkok tengah hujan lindung anak dia yang masih kecil.Binatang pun tau kan cara nak lindung anak dia.

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …