RESEPI KEK BATIK PALING SEDAP DAN MUDAH

Assalamualaikum..



Hari ni hari jadi adik bongsu saya..Selamat Hari jadi Ain... Tergerak hati pulak nak buat kek..Mula-mula ingat nak buat kek chocolate tapi rasanya kalau buat kek batik lebih ramai peminatnya..Lagipun semua bahan ada.Nak buatnya pun cepat.So kita decide untuk buat kek batik je la.

Selain kek batik ada laksa, sup tulang dan biskut..

Majlis diraikan hanya dengan anak -anak saya..birthday girl nya dok jauh..jadi kita sambut dikejauhan saja lah ye..hahahah..Boleh gitu?

Sebelum ni saya ada kongsikan resepi kek batik tapi kali ni resepinya lain sikit.Saya tambah kan coklat masakan .Bila tambah coklat masakan , tak la coklat kek ni jadi lembik walaupun tak masuk kan dalam peti sejuk lepas dikeluarkan.Awalnya saya ingat nak masuk kan lapisan mashmallow diatas kek batik ni tapi tak jadi sebab anak lelaki tak suka mashmallow pulak.



Tapi kalau korang nak letak boleh je..lepas letak mashmallow korang letak coklat dan tabur kacang.Memang rasanya sebiji macam cloud9.Nanti cuba ok..

Jom tengok resepi kek batik sedap dan mudah. Untuk buat kek batik ni lebih mudah kalau korang gunakan kuali berbanding periuk.

Bahan-bahan

1 bungkus biskut meri
2 sudu besar majerin
1/2 tin susu pekat
4 sudu besar serbuk milo
1 biji telur
50g coklat masakan


Cara-caranya:-

Cairkan majerin dalam kuali .
-Tambahkan susu pekat
-masuk kan milo..kacau rata
-Masuk kan coklat masakan..Kacau hingga semua cair.
-Bila dah cair masuk kan telur..


-Kacau laju2 sampai dia sebati dan cepat2 masuk kan biskut meri.
-Bila biskut dan bercampur sepenuh nya dengan coklat boleh la masuk kan dalam loyang.
-Tekan2 adunan dfalam loyang supaya jadi padat.
-Lepas tu masuk kan dalam peti sejuk dalam 1-2 jam..



Yang saya buat ni guna loyang 8 x 8.

Ada yang tak berapa suka kalau biskut tu keras.Kalau suka yang lebih lembut korang boleh  biarkan biskut tu lama sikit dalam kuali. Pernah juga ada yang kata biar biskut tu masuk angin baru buat kek batik ni..Tak la keras nak potong kek ni nanti..



ok..selamat mencuba,..


sekian...
Previous
Next Post »

3 komen disini

Click here for komen disini
12 September 2017 at 08:29 ×

sedapnya, kek batik bt versi mcmne pun msti sedap... sbb milo tu buat sedap jadinya

Reply
avatar
Normi Nieza
admin
12 September 2017 at 09:17 ×

singgah mkn kek batik..:)

Reply
avatar
hainom OKje
admin
13 September 2017 at 23:00 ×

Pernah jugak buat kek batik ni sekali. Mmg senang buatnya. Sedap pun sedap

Reply
avatar

sila tinggalkan komen anda...:) ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment