RESEPI BIHUN SUP AYAM YANG MUDAH DAN PALING SEDAP

Asslamaualaikum...

RESEPI BIHUN SUP AYAM YANG MUDAH DAN PALING SEDAP  Walaupun masak bihun sup bukan lah susah sangat tapi jarang-jarang saya masak bihun sup untuk anak-anak., 

Saya ni orang perak jadi bihun sup saya selalu sangat tak sama macam yang suami saya selalu makan.Dia orang kedah.. 

Memang bihun sup orang kedah dan orang Perak tak sama..kan??


Bihun sup orang perak biasanya makan dengan sambal kicap. Tapi kalau bihun sup kedah dan Pulau Pinang diaorang guna sambal cili kering atau cili besar untuk bihun sup..memang sedap la..

Ada juga yang guna sos saje pun ada tau..Paling tak bertanggungjawab dia guna serbuk cili tambah air je....Yang ni memang nak untung cepat je kot.Memang tak mampu nak telan.Kalau beli bihun sup  kedah dan Penang ni saya akan suruh diasingkan sambal cili tu.


Minggu lepas saya try la buat bihun sup dan sambal cili merah.Guna cili kering. Suami kata sedap.kena dengan seleranya. Cuma kalau guna daging lagi sedap la kot.

Saya guna ayam sebab anak2 nak sup ayam.Buat sebungkus bihun saja.. Cukup la untuk 4 beranak yang memang penggemar sup ayam..hehehe..masing2 makan bertambah-tambah,

Siap ratah pulak ayam tu..heheh


Kebetulan masa pergi pasar malam tu , beli ayam sekor je tapi orang jual ayam tu bagi kaki ayam banyak.So kita buat je la sup kaki ayam.Tambah sikit dengan isi ayam nya..
Sedap la meratah kaki ayam je...

Bagi yang nak belajar buat Bihun Sup ayam ..Ni dia resepi Bihun Sup ayam mudah dan cepat.




Bahan-bahan

1 mangkuk kaki ayam dan isi ayam.
3 mangkuk air 
1 sup bunjut

1 batang kulit kayu manis
3-4 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3-4 biji buah pelaga

7-8 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
2 inci halia

1 senduk minyak masak

Daun bawang
daun sup
bawang goreng

Cara-cara memasak Bihun sup ayam 

1- Rebus ayam dengan air sampai kaki ayam lembut,Masuk kan sup bunjut..Kalau tengok kaki ayam  dah pecah2 merekah tu bagi saya dah masak la..Selalunya saya ambik masa dekat setengah jam jugak la nak bagi kaki tu betul-betul masak..kalau air nya kering tambah la sikit.

2- Kemudian kisar bawang merah, bawang putih dan halia .

3- Kemudian panas kan minyak dalam kuali.Tumis bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga, lepas tu masuk kan bahan kisar tadi..goreng sampai garing ,pecah minyak dan naik baunya..

4- lepas tu masuk kan bahan yang ditumis tadi dengan minyak nya sekali kedalam periuk yang kita rebus ayam tu.

5- Masuk kan garam ...masak hingga mendidih.

6- Tutup api dan kemudian hiris daun bawang dan daun sup.Masuk kan dalam periuk bersama-sama dengan bawang goreng.....Dah siap sup ayam kita..


Sekarang kita buat sambal cili  untuk bihun sup

bahan-bahan nya.

10 tangkai Cili kering direbus dan di kisar sampai halus.
 1 sudu gula.
1 sudu sos tiram
1 sudu besar minyak masak.

Cara-caranya..  

Panaskan minyak kemudian masuk kan cili yang dah dikisar bersama dengan gula dan sos tiram..Masak sampai mendidih dan hilang bau cili kering tu.

Bila dah siap boleh la di makan dengan buhun sup tadi.




Selalunya bila nak makan bihun sup kita akan letak daun sup, daun bawang dan bawang goreng..kan??Tapi cara saya , saya lebih suka masuk kan daun sup, daun bawang dan bawang goreng ke dalam periuk sup tadi .masuk kan selepas api di tutup.

Cara ni akan buat kuah jadi pekat dan lebih sedap..sebab semua bahan sebati rasanya..Tapi kalau korang tak suka cara saya korang boleh je asingkan daun bawang, daun sup dan bawang goreng tu.Tak perlu masuk kan dalam periuk terus.  Nak makan baru letak..

terpulang ikut mana yang korang suka.


Selamat mencuba..


sekian..



Previous
Next Post »

5 komen disini

Click here for komen disini
Lina Shaza
admin
24 September 2017 at 20:50 ×

sedapnyerrrr....bolehla masak esokk

Reply
avatar
25 September 2017 at 10:10 ×

kadang yg simple tu lg menyelerakan di mkn...

Reply
avatar
paridah
admin
25 September 2017 at 11:10 ×

WAH SEDAP SGT MPKNYA TERINGIN PULA

Reply
avatar
25 September 2017 at 15:56 ×

sedapnya bihun sup makan panas-panas. kalau di johor letak sambal kicap. Wajib pedas! :)

Reply
avatar

sila tinggalkan komen anda...:) ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment