MENGAKU LELAKI, HELAH WANITA INI TERBONGKAR SEBELUM MAJLIS PERNIKAHAN NYA.

Assalamualaikum...



Baru-baru ni saya nampak adik kepada kenalan saya berjalan dengan seseorang..Saya ingatkan lelaki rupanya perempuan yang lagaknya seperti lelaki atau pun kita panggil tomboy. Sekali imbas nampak macam lelaki sebab dia merokok dan gaya jalan nya tu "kasar " . tapi bila dah diperhatikan lama-lama rupanya perempuan..Jantina kita ni adalah salah satu perkara yang tak boleh diubah,.Ubah macam mana pun tetap nampak lelaki atau perempuan nya.

Tapi pelik rasanya bila diperhatikan kebanyakan perempuan yang "bercinta" dengan tomboy ni selalunya cantik manis orang nya.Agaknya memang taste golongan tomboy ni nak dampingi perempuan2 cantik je kot...So yang tak cantik tu jangan risau ok..Korang bukan dambaan golongan tomboy..hahahha..




Baru-baru ni berlaku di Indonesia , satu majlis perkahwinan dibatalkan gara-gara pengantin lelaki nya dikatakan sebenarnya seorang wanita.Pengantin perempuan dikenali sebagai Wilis Setyowati  (27) bakal melangsungkan perkahwinan dengan seorang "lelaki" dikenali sebagai Pratama yang sebenarnya seorang wanita.Nama sebenar Pratama ialah Nova Aprida Ariani (26) .



Wilis dan Pratama berkenalan di tempat mereka bekerja bersama  sejak  7 tahun lalu . Mereka mengambil keputusan mendirikan rumahtangga pada 5 September 2017. Semasa majlis merisik keluarga Wilis sudah merasa pelik kerana Pratama hanya datang bersendirian tanpa ahli keluarga atau rakan-rakan.

Lebih membuatkan keluarga Wilis curiga ,walaupun Pratama lagaknya dan bentuk badan nya seperti lelaki  tapi suaranya tak ubah seperti wanita.


Majlis yang dirancang bakal diadakan pada hari ini 5 September 2017 terpaksa dibatalkan apabila Pratama di tahan supaya dilakukan pemeriksaan fizikal dan akhirnya didapati Pratama seorang wanita.



Walaupun majlis hari ni sudah dirancang dan tetamu sudah dijemput , keluarga Wilis tetap mengalu-alukan kedatangan tetamu memandangkan jamuan sudah disediakan .Tetamu yang hadir juga sudah sedia maklum dengan apa yang terjadi pada keluarga ini dan mereka tetap menghadiri majlis tersebut sebagai tanda simpati.

Kesian dengan keluarga pengantin perempuan.Dah tentu banyak perbelanjaan yang dikeluarkan untuk majlis ni.Tapi Alhamdulillah semuanya terbongkar sebelum majlis berlangsung.Semoga keluarga ini tabah.

Orang kata sebab cinta terus dibutakan mata kita ni.Tapi tak kan lah sampai sesama jenis pun nak berkahwin.Mustahil pengantin perempuan tak tahu jantina sebenar kekasih nya tu.Keluarga nya yang jumpa pertama kali pun rasa curiga tak kan dia yang hari 2 jumpa di tempat kerja tak tahu..kan??

Apa pun Alhamdulillah , Allah selamatkan mereka dari terjerumus pada hubungan yang dilaknat .

sekian...



Previous
Next Post »

7 komen disini

Click here for komen disini
Mazni Azmi
admin
5 September 2017 at 15:28 ×

Assalamualaikum Wrmbth

Selamat hari selasa. Macam macam hal dunia akhir zaman ni

Reply
avatar
5 September 2017 at 15:35 ×

alamak menakutkan sekarang ni..

Reply
avatar
5 September 2017 at 15:53 ×

rasanya perempuan tu dh tau la dia bercinta ngn tomboyy, takkan selam 7 thun dia tak perasan, sedangkan family dia jumpa pertama kali dh rasa lain...

dunia akhir zmn,

Reply
avatar
5 September 2017 at 22:16 ×

Macam2 hal sekarang nih... Bumi semakin tua...

Reply
avatar
Mimi Azirah
admin
6 September 2017 at 12:48 ×

Manusia akhir zaman..Lelaki dah pupys ke sampai yg perempuan ngada ngada nak jadi lelaki. Pang kang!

Reply
avatar
7 September 2017 at 16:57 ×

pelik juga after years berkawan nak kawin tu baru perasan.

Reply
avatar

sila tinggalkan komen anda...:) ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment