KENAPA BLOGGER KENA UPDATE LAMAN SOSIAL SETIAP HARI

Assalamualaikum..



Saya mula menulis blog pada awal  tahun 2010. Saya buat Blog kemudian terus buat akaun facebook .Kemudian diikuti dengan twitter. .

 Awalnya tak aktif di facebook dan twitter . Sebab tak ramai kawan di facebook dan twitter.Masa tu agak malu la nak add Friends . Takut nanti orang tak suka. :)

Bila semakin lama menulis blog dan kenal ramai rakan-rakan blogger saya mula berani menambah rakan dalam facebook dan twitter..

Entah sejak bila saya buat  instagram.tak ingat pulak..Kemudian saya mula buat akaun Youtube dan ianya private sehingga tahun lepas baru la saya mula public kan akaun youtube saya.

Sekarang pun bukan ramai follower..Tapi saya akui selain dari carian google pembaca blog saya datang nya dari laman sosial


KENAPA BLOGGER KENA UPDATE LAMAN SOSIAL SETIAP HARI


Jadi blogger bukan setakat kena ada blog tapi juga laman sosial yang lain.Bila saya dah ada facebook, twitter dan instagram baru saya tau saya kena update laman sosial saya ni setiap hari.

Nak atau tak nak kena juga update laman sosial.Kenapa??

Dengan ada nya laman sosial ni akan menunjuk kan yang kita serius dalam berblog.Tak perlu pun ada facebook page sebab pembaca akan lebih dekat dengan kita melalui akaun personal kita . Cuma kalau ada facebook page , ada kelebihan untuk kita guna facebook ads.

Tapi kalau tak nak , tumpukan saja pada akaun personal facebook, instagram dan twitter.



Apa yang blogger akan dapat dengan aktif di laman sosial?


1-Pembaca setia
Disini lah kita akan mendapat pembaca setia.Ramai pembaca blog suka kan info yang benar dan bukan fiksyen.. Bila dia tahu siapa penulisnya dah tentu apa yang kita kongsikan di laman sosial kita akan mudah mendapat perhatian  dan kepercayaan nya.

Bayangkan kalau blog yang pembaca sendiri tak tahu siapakah penulis nya. Dah tentu sedikit sebanyak akan muncul keraguan dalam diri pembaca tentang sumber cerita dan keaslian nya.

2- Komunikasi yang berterusan
Berapa ramai pembaca yang suka meninggalkan komen di blog korang??2 orang??3 orang??tak ada???

Disinilah laman sosial berfungsi  untuk blog korang.Boleh tengok di facebook saya ,  Ada banyak juga postblog yang saya share mendapat like dikalangan .tambah best lagi bila ada yang share dan komen..Kat situ kita boleh la berbalas komen dan berkongsi cerita.

3- Maklum balas yang baik
Biasanya apa yang dikongsikan oleh saya jarang-jarang dapat  maklum balas dan komen yang tak baik..Memang ada..Tapi sikit sangat la,Itu pun dari anon yang tak perlu di layan..

Ini kerana  kebanyakan dari pembaca ada hubungan  yang baik dengan saya . Kami terbuka dalam beri pendapat dan yang best apa -apa kekurangan dalam penulisan saya akan ditegur dengan cara berhemah.

4- Mudah dapatkan maklumat
Macam blog saya ni ada cerita viral, tips dan resepi.Kebanyakan nya saya dapat di laman sosial. Kadang2 kita nak ambik cerita yang dikongsi tu macam takut2 jugak.

"Dia ni bagi ke crop post dia ni?"
" agak2 dia marah tak kalau saya tulis pasal dia.."

Jadi bila ada laman sosial ni kita contact saja dia melalui messenger atau private messages . Tanya dia terus boleh ke nak ambik cerita dia..Bila dia tengok kita ni betul-betul "wujud" dia pun tak risau nak share dengan kita,



Itu lah sebahagian sebab kenapa blogger kena aktif di laman sosial dan sentiasa update laman sosial mereka.Ini baru cerita pasal pengunjung blog je tau. Belum masuk dapat job berbayar, dapat pi event dan sponsered produk.

Kalau boleh setiap hari update lebih dari 5 post.Tak kira la kat IG atau kat facebook.

Pastikan apa yang kita kongsi adalah perkara yang boleh menarik perhatian rakan laman sosial kita.Tak kisah pun sekali sekala nak berkongsi cerita peribadi asalkan ada juga post2 yang berguna untuk orang lain.

Kalau asyik post tak puas hati kat orang je, tak bagus juga untuk imej kita.

Jangan pulak cuma asyik update je,Rajin2 kan diri like dan komen post rakan-rakan lain..Tak semestinya nak like dan balas2 komen sesama blogger saja..Kalau boleh tambah senarai rakan tu..bagi cukup 5000 yang terdiri dari bukan blogger jugak.....

Jangan rasa bila dah jadi blogger , orang yang kena cari kita , kena add kita .Yang sebenarnya  kita yang kena cari pembaca..

Kalau di twitter tu selalu2 la retweet dan like .Itu juga akan buat orang sedar tentang kehadiran kita.


ok..tu je..nak tambah silakan la..

sekian..
Previous
Next Post »

4 komen disini

Click here for komen disini
Yana MIB
admin
21 September 2017 at 15:06 ×

sy br je start nk aktif twitter...link kn dgn fb..senang update serentak...haha klu x mmmg sendu je twitter tu..

Reply
avatar
ubai ismail
admin
21 September 2017 at 22:04 ×

setuju, tapi mlaih sungguh nak update media sosial ni. hahaha jangan jadi macam saya.. hehe

Reply
avatar
23 September 2017 at 12:11 ×

Visitor blogging is a technique utilized by bloggers to upsurge blog movement where bloggers compose presents on be distributed on other bloggers' web journals. In this I demonstrate you 10 hints for turning into an effective visitor blogger.See More

Reply
avatar

sila tinggalkan komen anda...:) ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment