JANGAN GANGGU WANITA DALAM VIDEO ITU” - DYMM SULTAN JOHOR

Assalamualaikum..




Memandang kan kisah tentang wanita yang dikatakan cuba mencium Sultan johor menjadi tular dan dan berbagai versi mula disebarkan di laman sosial hari ni Sultan Johor hari ini  membuat post di laman Facebook beserta dengan video yang mendedahkan kejadian sebenar apa yang berlaku di  Bandar Baru Ayer Hitam sempena program Kembara Mahkota Johor 2017 pada Isnin lalu (11 September).

_______________________

sumber: Facebook Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar


DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar menitahkan orang ramai agar tidak mengganggu wanita yang didakwa cuba memeluk dan mencium Baginda ketika konvoi DiRaja singgah di Bandar Baru Ayer Hitam sempena program Kembara Mahkota Johor 2017 pada Isnin lalu (11 September).

Tuanku Sultan Ibrahim menegaskan bahawa wanita itu tidak mencium Baginda dan perkara ini jelas sebagaimana dalam rakaman :


“Beliau cuba berkata sesuatu di telinga kiri saya tetapi saya tidak dapat mendengar kerana keadaan persekitaran yang bising,” titah Tuanku Sultan kepada Royal Press Office di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru pada hari ini (14 September).

Sultan Ibrahim bertitah wanita itu tidak melakukan apa-apa kesalahan jenayah dan meminta polis supaya lebih bijaksana dalam mengendalikan kes ini.

Kejadian pada jam 8.45 pagi itu dipercayai berlaku di hadapan sebuah restoran makanan segera ketika Sultan Ibrahim berangkat tiba di Taman Medan Putra, Ayer Hitam sempena program Kembara Mahkota Johor 2017.

Wanita itu didakwa memeluk bahu kanan dan cuba mencium pipi kiri Tuanku Sultan, sebelum ditahan pihak polis untuk diambil keterangan berhubung tindakannya dan siasatan masih dijalankan.

---------------------------

SULTAN TELLS PUBLIC TO LEAVE WOMAN IN VIDEO ALONE

His Majesty The Sultan of Johor has urged the public to stop casting aspersions against a woman who allegedly hugged and kissed the Ruler during a stop in Ayer Hitam in conjunction with Kembara Mahkota Johor 2017 on Monday (11th Sept).

He said a video recording clearly showed that the woman in question did not kiss him as being claimed by certain quarters.

“She approached me to whisper something into my ears. However, I could not hear what she was saying because of the noise in the open area,” he told the Royal Press Office today (14 Sept).

Tuanku Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar stressed that the woman did not do anything untoward or improper. He also urged the police to be tactful in handling the probe into the matter.

In the alleged incident at 8.45am, the woman was reported to have gently hugged and kissed the left cheek of Tuanku Sultan soon after he arrived at Taman Medan Putra in Ayer Hitam as part of the KMJ programme.

The video recording, however, clearly shows otherwise.

#sultanjohor

Harap tiada lagi spekulasi dan cerita memburuk kan gadis ini disebarkan..

sekian..
Previous
Next Post »

2 komen disini

Click here for komen disini
15 September 2017 at 08:50 ×

yg betul selalu nk di salahkan, yg salah nnti diceritakan lain..

btl lah tindakan sultan johor tu, lbh mudah dia terus terang, xpyhla ada yg bt cerita or fitnah lain lak

Reply
avatar
Mama Hakim
admin
15 September 2017 at 10:05 ×

Tak perlu di besar besarkan. Akhirat menyesal tak sudah

aib kan kena sembunyi

Reply
avatar

sila tinggalkan komen anda...:) ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment