12 FAKTA TENTANG UBAT YANG WAJIB KITA SEMUA TAHU

Assalamaulaikum...



Dalam rumah kita mesti ada ubat ..kan??Sakit je pi klinik mesti akan dapat ubat.

Hari ni saya nak kongsikan beberapa fakta tentang ubat yang WAJIB kita tahu.

Maklum la bab ubat-ubat ni jangan di buat main. Silap menguruskan nya terus jadi memudaratkan..Tak jadi ubat pun..kan???

Ada juga yang suka-suka beli ubat di kaki lima dan online sebab terpengaruh dengan mulut manis penjual.Jadi hari ni kita belajar sikit prkara2 penting tentang ubat ni

FAKTA TENTANG UBAT YANG WAJIB KITA SEMUA TAHU


1- Produk mengandungi CAMPHOR adalah dilarang untuk kanak-kanak dibawah usia 2 tahun. pengambilan nya boleh menyebabkan sawan dan kontraindikasi untuk kanak-kanak berumur kurang 2 tahun .

Contoh produk yang dilarang adalah seperti Minyak Angin Cap  Kapak dan Mopiko.




2- Pengambilan ubat yang dilarang dan tidak mendapat kelulusan KKM akan menyebabkan beberapa masalah kesihatan yang serius. Antaranya risiko kanser kulit, risiko serangan jantung dan kesan buruk pada penglihatan.

Jika mengalami sebarang masalah kesihatan dapatkan nasihat doktor . Elak kan membeli ubatan yang dijual di online. Rujuk pakar farmasi untuk sebarang kemushkilan.




3- Cara penyimpanan ubat adalah sangat penting . elak kan menyimpan ubat di dalam kenderaaan dan tempat yang terdedah dengan suhu panas.

Ubat sepatutnya di simpan dalam suhu bilik dan juga boleh disimpan didalam peti sejuk . Untuk penyimpanan di dalam peti sejuk sebaiknya di simpan di dalam bekas tertutup  dan letak kan di bahagian tengah.




4- Berikut adalah waktu yang tepat untuk makan ubat.




5-Ubat selsema dan ubat batuk tidak sesuai untuk kanak-kanak berumur bawah 2 tahun . Ubat batuk dan selsama hanya diberikan atas nasihat doktor kepada kanak-kanak usia 2-6 tahun.

Ubat batuk yang dilarang diberikan pada bayi bawah usia 2 tahun : Tripoligine, Promethazine, Diphenhydramine, Chlorpheniramine,Dexbrompheniramine, Phenylephrine, Pheniramine, Clemastine dan Ephedrine .

Rujuk ubat anda sebelum diberikan pada anak.




6 -  Boleh kah makan ubat ketika menyusukan bayi? Terdapat ubat yang boleh dimakan ketika menyusukan bayi namun ada juga yang boleh menjejaskan susu ibu dan juga memberi kesan sampingan pada bayi.Rujuk gambar di bawah..




7- Potong ubat sebab terlalu besar?Potong ubat untuk mengurangkan dos?
Ubat tidak boleh dipotong  atau dihancurkan sewenang-wenangnya kerana ia mungkin akan menjejaskan keberkesanan ubat dan keselamatan .

Gambar dibawah akan menjelaskan kenapa ubat tak boleh di potong?




8- Memicit bahagian tepi mata (kedua-dua belah mata) akan mengurangkan rasa pahit selepas menggunakan ubat mata.



9- cara paling tepat menggunakan ubat mata:-

a) cuci tangan hingga bersih
b)Tarik sedikit bahagian bawah mata
c)dongak keatas sambil mata memandang ke atas.
d)Titik ubat mata di bahagian kelopak bawah mata
10- Ubat tramadol boleh menyebabkan mengantuk dan pening. Jangan ambil ubat ini jika anda ingin memandung.

11- Pengambilan susu dan supplemen zat besi (iron tab) perlu dijarak kan sekurang-kurangnya 2 jam untuk mengelak kan penyerapan zat terjejas

12-Makanan seperti kekacang, strawberry  dan produk tenusu boleh memburuk kan lagi keadaan ulser mulut.

sekian..

sumber: Geng Farmasi Otai
Previous
Next Post »

2 komen disini

Click here for komen disini
26 September 2017 at 12:09 ×

singgah hari selasa
bz day this week

Reply
avatar

sila tinggalkan komen anda...:) ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment