Advertisement

WANITA INI KONGSI KISAH BAYI MENINGGAL DALAM PERUT YANG BUAT HATI HIBA HINGGA MENITISKAN AIRMATA

Assalamualaikum..




kehilangan bayi yang dikandung sudah tentu memberi kesan kesedihan yang sangat mendalam bagi seorang wanita.Apatah lagi jika ianya adalah kehamilan pertama yang sangat-sangat di nantikan.Hari ni saya nak kongsikan satu kisah dimana bayi yang dikandung meninggal didalam perut. lebih menyayat hati anak syurga ini pergi di saat yang tidak di duga oleh kedua ibu bapanya..

Kisah sedih ini  dikongsikan oleh seorang wanita dijkenali sebagai Aisyassss dilaman twitter dan telah mendapat respond ramai termasuk mereka yang pernah mengalami kejadian serupa . Saya sendiri rasa sedih hingga menitiskan airmata apabila membaca kisah ini.

_____________


Nak buat thread kisah 1st baby aku yang meninggal dalam perut. Incase kalau nanti hilang ingat boleh baca balik kat sini. 

So i knew i was pregnant end of 2013. Excited of course. Tapi alah memang teruk. Takde muntah ke apa tapi lesu sangat and kulit naik gatal2. Yela first baby kan. Even terseksa pun still happy. Tapi tak glowing pun time pregnant. Sebab alah kan..

So fast forward,  kandungan dah 5 bulan. Bila datang check up doctor detect ada something yang pelik kat baby. Masa ni dah cuak dah. Tapi cuba sedapkan hati. Scan punya scan punya. Sah!  Baby ade cyst dekat leher dia. Terus doc refer pakar

Since appointment dengan pakar lambat lagi,  balik dr jumpa doktor tu terus pergi buat 4d scan pulak. Cyst tu lagi besar dari kepala baby. Mula2 doc suspect cystic hygroma je. Maksudnya ketumbuhan air je which is not dangerous. Lega la sikit. Then tunggu app dengan pakar.

So we went to 1 of the best gynaecologist kat m'sia. Nama tmpat dia FMGC,  dekat PJ. Jumpa dengan pakar ni, Prof Raman. Indian guy late 60s.He's really cool. Fatherly sangat. So bila dia scan,its a bad news. It's cystic hygroma w hemangioma. Mean ketumbuhan yg ade blood vessels.

Which is dangerous for the baby. Dia explain very calmly all the risk: 

1) high possibility baby akan meninggal dalam perut

2) if the baby survive, kena c-sec and kena ada team pediatric surgeon ready incase baby tak boleh nafas/nangis nak kena bedah dia terus .

3) kalau dah lepas phase bersalin,  mungkin over the time kena buat plastic surgery to slowly remove the cyst.

4) It will be a challenging journey so you must be ready mentally & physically. It will not be easy but you'll get through it

5) he said "there's also a possibility for the cyst to just magically gone" (This thing really happened dekat luar negara. Boleh google)

Oh lupa nak cakap masa ni dah 2014, so umur aku baru 20 time tu. Mak muda uols.

Lepas Prof Raman explained all the risk. Rasa lega sikit la. Yakin dah masa tu that we'll get through this.Sejak dari tu,  hari2 aku sembang dengan baby. Doakan dia sihat. Harap sangat cyst tu magically gone.Baby aku ni aktif. Baby boy. Rajin nau kick ibu dia. Especially time aku tengah tidur. Nak suruh sembang dengan dia la tu.

Eh lupa la nak cerita,  banyak cabaran nagndungkan dia. Sebab masa dia 4bulan dalam kandungan aku kena operation buang appendix. Seksa gila gais.Doc decide nak remove juga appendix sebab takut pecah kat dalam lagi bahaya untuk baby.Sebulan tak boleh batuk or ketawa or begerak sangat. Sakit.

Sejak tahu condition anak aku,  pregnancy aku ni dikira sebagai risky pregnancy. So tiap minggu ada appointment dengan pakar.Aku ingat everything will went well. 

But Allah knows better. Masa kandungan 28 minggu (7bulan)  aku datang check up macam biasa.

Appointment pukul 11 tapi ramai sangat orang,  aku pun pegi makan dulu. Sebab perut keras semacam je. Macam kalau perut masuk angin,  baby akan mengeras kat bahagian bawah perut. Weyy senak gile perut time tu. Tak lalu makan pun aku paksa jugak diri makan sebab ingatkan masuk angin. Dah makan pun sama je. Keras jugak. Tak rasa pergerakan ke apa.

Pukul 1 baru dapat masuk bilik doc. Kali ni terus baring untuk scan. Lepas tu doc terus tanya "when is the last time you feel the baby moving?"

Aku cakap "I dont know, i can't remember. I think i don't feel he's moving at all this morning. Maybe last night"

Doc straight je cakap kat muka aku "there's no heartbeat." aku pun macam "ha? Okay" numb gila rasa. Blurr pun ada,

Doc said "you look so calm. Do you understand what I'm saying? Your baby is gone" aku angguk je. Tak nangis pun. Terkejut kot.

Doc tu pulak yang sedih tengok aku tenang je. Padahal aku sumpah tak rasa ape. Shock. Pastu doc start explained what's next. i have 2 option. 
1) c-sec on that day or tomorrow to get the baby out or
2) tunggu 1 week,  then datang hospital untuk induce bersalin normal.

Aku still 'tenang' dengar doc explain. Doc siap cakap "I'm so sorry. But you're strong. You'll get through this. And you still young"

Since aku tak nak kena bedah,  aku pilih option 2. Tapi aku pilih nak buat kat HKL atau buat dgn doc dekat Pantai, Bangsar. Aku pilih nak buat dengan Dr Raman kat Pantai since aku selesa dengan dia n dia tahu condition aku. So tunggu la aku seminggu sblm bersalin.

Lepas keluar dari bilik doc aku tanya laki aku "baby dah takde ke? " laki aku nangis wey. Tu la 1st and last aku tengok dia nangis .Bila aku tengok dia nangis baru aku start rasa sedih. Terduduk aku kat luar klinik tu. Allah berat sungguh rasanya ujian time tu.Terus g rumah parents aku time tu. Aku nangis puas2 kat mak aku.

Selama seminggu tu,  hari2 aku cakap dengan anak aku,  hari2 aku berharap there's a miracle dan dia akan start kicking balik. Ahh pedih..Dah la aku duk sorang kat rumah laki aku kerja. Macam org gila dok cakap sorang2. Sedih dia sampai takleh nangis dah . Aku duk layan lagu demeises - dengarlah bintang hatiku. Sampai sekarang kalau dengar mesti aku nangis ingat anak aku.

Dah seminggu. Aku singgah DipnDip bangsar dulu sebelum g hospital. Yela pasni nak kena pantang dah.Malam tu doc start induce untuk bagi contractions. Esok pagi induce lagi. Smpai la aku dah rase sakit macam nak mati, masuk labour room.

Bukaan baru 4cm kot . lepas tu doc suruh amik epidural sebab japg dia nak cucuk perut aku dengan jarum besar nak keluarkan cecair kat cyst baby. Epidural tu yang cucuk kat tulang belakang bagi rasa numb start dari pinggang smpai kaki.Epidural mahal woi. Lagi lama kau on epidural,  lagi tinggi la bill hospital. Dah la insurance laki aku cover 3k je masa tu. Huhu.




Bila bukaan dah 8cm doc datang dia cakap dia nak cucuk guna jarum besar. Aku ingat dia gurau tapi jarum besar tu wujud gais Takdela besar macam dalam gambar tu tapi besar la . aku cakap la please put me to sleep. takut aku nak tengok. Dia kata sikit je,  just relax

Ramai la nurse cecantik kerumun aku nak tengok camne doc cucuk perut ibu mengandung untuk tembus ke ketumbuhan kat leher anak aku. Doc cakap "I'm the only crazy fella willing to do this " lagi la aku cuak. 

Oh aku lupa nak cerita kenapa dia kena cucuk perut aku.Kisahnya cyst anak aku tu lagi besar dari kepala dia so dia takut bila nk bersalin nanti tak lepas nk keluar. So dia nk kecutkan cyst tu dulu. Caranya dia scan sambil cucuk perut aku. Perut kita ni dah la tebal. Bayangkan la panjang jarum tu. Walaupun on epidural, aku still rase ngilu

Bila dah dapat cucuk cyst tu,  dia sedut la cecair dalam tu, mostly darah dan nanah. Then bila scan cyst mengecut 60% which save untuk aku bersalin.Dia cucuk aku pukul 5 petang cmtu. Pukul 12 malam baru aku bersalin. Tenang pun dah takde sebab makan sikit je. Tapi luckily tak payah push.

Baby aku keluar smooth je. Pastu kan wangi sangat2. Wangi sangat2. 100x lagi wangi dari bau baby baru lahir. Wangi dia smpai satu labour room tu macam disembur perfume. Anak aku lahir sempurna Alhamdulillah. Dan masa lahir tu cyst dah tkde. Dia comel sangat. Rambut lebat. Bulu kening lebat.

Cuma kulit kat bahagia perut dengan tangan dah mengelupas sbb seminggu dlm perut baru bersalin kan. Tapi still perfect. Comel sangat dia.Dia lahir 1.3kg je. Bila tengok dia serta merta semua kesakitan tu hilang. Bahagia je rasa. Ahh aku tak boleh lupa bau wangi tu.

Aku tak dapat pun dukung dia sebab dia fragile sangat and aku pun lemah sangat. Aku dapat pegang kaki dia je. N tangkap gambar kaki je.Ada la dalam 30 minit je aku dengan dia sbb nurse nk simpan dia dalam tempat beku dulu,  esok nak mandi jenazah dan kebumi.

Pagi tu aku nak ikut kebumi tapi doc tak bagi sebb aku lemah gila. Lepas siap kapan tu aku dukung dia, cium kain kapan je.Still sangat wangi. Aku peluk n nangis puas. Aku bagi nama dia Ahmad Zarruq. Sempena nama Seorang sheikh yang Alim. Aku suruh dia tunggu aku kat syurga.

Bermula la journey aku berpantang tanpa baby. Aku bersalin cam biasa n kena pantang cm biasa la. Cumanya takde baby.Seksanya Allah jela yang tahu. Badan aku rase sakit sangat. Dada aku sakit. Semua sakit n serba tak kena je rase.Aku hampir gila meroyan. Aku takleh bukak social media,  tengok gambar baby semua. Aku jadi tak tentu arah. So aku stop socmed.

Lepas habis nifas. The next month aku period. And month after that,  aku di sahkan mengandung. Haha.Marah doc!  Dia kata aku kena rehat lagi. Lepas Ahmad Zarruq,  semua pregnancy aku akan dikira sebagai risky pregnancy.

Masa second pregnancy aku memang trauma habis la. Cuak gila nak tunggu 7 bulan. Tapi Alhamdulillah semuanya selamat. Aku berasalin normal dan anak aku dah besar dah pun. Dah dua tahun. Makin bijak makin banyak akal.



Tapi Ahmad Zarruq tetap dalam hati dan ingatan. Aku dah ada yang tunggu dekat sana nanti. Tak sabar nak reunite. Al fatihah untuk anak ibu.Bila orang tanya anak dah berapa?  Anak sorang je ke?  Aku tak smpai hati nak cakap ye. Sebab anak aku dah 2. Cuma lg sorang kat syurga.

Ni je gambar Ahmad Zarruq yang aku ada sebagai kenangan.




Aku bersyukur walaupun aku kene lalui semua ni. Tapi aku dah ada cinta hati tunggu kat sana. Bukan semua orang bertuah macam aku kan? 

Oh lupa nak bagitahu. Aku kawen muda. 19. Sept 2013.Bersalin Ahmad Zarruq ni umur 20. Julai 2014. Alamak banyak lagi la yang aku lupa cerita. Sebelum aku g check up yang doc sahkan baby takde heartbeat tu..., Malam tu aku dengan laki aku tidur lambat kitorang main candy crush sampai pukul 2 pagi. Malam tu dengar heartbeat dia kuat sgt.Smpai laki aku pun boleh dengar. Maybe it was him saying goodbye. Heartbaby memang boleh rasa bila pegang perut tapi ni smpai boleh dengar kot.

Lagi 1 lupa nak cerita sebab baby aku meninggal. Blood vessels kat cyst dia tu dah tarik all the blood and stuff buat jatung dia lemah n stop. K the end of a very long thread. Thanks sudi baca.

sekian..

Catat Komen

2 Ulasan

  1. Salam hari merdeka diana. Mama ucapkan selamat memandu

    BalasPadam
  2. Allahuakbar ... Berat sungguh dugaan ... Kakak saya pun pernah alami baby meninggal dalam perut ... Masa tu dah ler saya yang teman kan kakak gie hospital ... Masa tu dah 8 bulan kandungan ... Sedih sangat .... Al-Fatihah ...

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)