Advertisement

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 60

Assalamualaikum..



Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 60 untuk semua pembaca blog saya. .Walaupun kita tak de 60 tahun yang lalu tapi dari bacaan pun kita dapat kenang perjuangan mereka-mereka yang bersusah payah menuntut kemerdekaan.Alahmdulilllah dan terima kasih.

Untuk tahun ni Tema Hari Kebangsaan kita ialah Negaraku Sehati Sejiwa.Ha,..tengok gambar Facebook Profile saya ni pun saya dah ubah sempena hari kemerdekaan kita hari ni.

Pagi2 lagi ni dah buka tv nak tengok perarakan hari kebangsaan.Memang meriah sambutan Hari kebangsaan kita setiap tahun..kan??Tapi tahun ni lebih manis sambutan nya kerana kita baru saja selesai menjadi tuan rumah upacara Sukan Sea Kuala Lumpur 2017.


Yang lebih menggembirakan ialah kita juga menjadi juara keseluruhan Sukan Sea untuk kali ini.Memang saya sangat berbangga dengan pencapaian atlit2 Malaysia. Banyak pasukan yang saya lihat prestasi mereka cemerlang dan bertaraf dunia.Kalau tidak macam mana kita boleh melepasi sasaran 111 pingat emas.kan?

Semoga negara kita terus aman damai , terus maju dan harap-harap ekonomi kembali pulih, harga barang stabil dan GST di hapuskan ..Walaupun saya tahu ianya mustahil namun siapa tahu pentadbiran negara bertukar tangan dan ada satu perubahan baik untuk rakyat Malaysia,.

Jangan salah sangka..Saya bukan membenci pemimpin sedia ada.Cuma untuk percubaan apa salah nya kita berubah sedikit dan lihat macam mana pihak lain mentadbir negara.Kalau teruk juga, kuasa memilih ditangan kita..kan??

 Ok korang..selamat bercuti ..Selamat menyambut Hari Kemerdekaan dan selamat menyambut hari raya Aidil Adha.


sekian..


Catat Komen

1 Ulasan

sila tinggalkan komen anda...:)