Advertisement

PUASA ARAFAH PADA SEHARI SEBELUM AIDIL ADHA

Assalamualaikum..


PUASA ARAFAH PADA SEHARI SEBELUM AIDIL ADHA   Bangun je pagi ni anak tanya saya sama ada saya nak berpuasa hari khamis nanti.Macam mana saya boleh lupa tentang puasa Arafah ni?mungkin sebab teruja nak balik kampung dan khamis tu adalah cuti hari Kemerdekaan negara kita yang ke 60.Ibu nya pulak lebih teruja nak cuti berbanding anak.Hahaha..Mujur la dia ingatkan tentang puasa Arafah..



Puasa Arafah ialah puasa sehari sebelum Aidil Adha.Hukum melaksanakan puasa Arafah ialah sunat muakkad iaitu yang sangat digalak kan bagi umat islam.Puasa Arafah dilaksanakan pada 9 Zulhijah iaitu pada masa jemaah haji melakukan ibdah wukuf di Arafah.

Kalau macam kat negara kita ni Puasa Arafah adalah pada hari Khamis ni 31 Ogos 2017 bersamaan dengan 9 Zulhijjah.Hari jumaat kita sambut Hari Raya Aidil Adha iaitu pada 1 september 2017 bersamaan 10 Zulhijjah. -  Puasa Arafah pada sehari sebelum Aidil Adha

Kelebihan Puasa Arafah


Puasa Arafah mempunyai banyak kelebihan dan keistimewaan nya.Terdapat dalil mengenai puasa Arafah ini yang terkandung dalam hadis dari Abu Qatadah Ai Anshari Radhiallahu anhu bahawa Rasullullah s.a.w ditanya tentang puasa hari  Arafah dan baginda menjawab "puasa Arafah di hitung di sisi Allah sebagai penghapus dosa tahun sebelum nya dan tahun sesudahnya."

kelebihan puasa Arrafah

1-Allah akan mengampun dosanya selama dua tahun iaitu tahun sebelumnya dan tahun yang akan datang.

2-Allah akan melindungi nya dari berbuat dosa

3- Dibebaskan dari api neraka


Niat Puasa Arafah




Selamat menjalani ibadah puasa Arafah ..Semoga artikel Puasa Arafah pada sehari sebelum Aidil Adha ini  bermanfaat untuk semua,.

sekian..

Catat Komen

1 Ulasan

  1. YUp betoi tu, manfaatkan kelebihan ini untuk bekalan kita di akhirat nanti, lepas jangan lupa gak berdoa pada waktu arafah, lepas mghrib, pintu doa dibuka seluas-luasnya.

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)