KULIT CANTIK DAN GLOWING DENGAN KLAIRS MOCHI BB CUSHION PACT DAN KLAIRS MID DAY BLUE SUN LOTION

Assalamualaikum...



Tak tahan betul saya rasa dengan cuaca sekarang ni.Panas membahang sampai tak selesa dibuat nya.Kulit ni jadi macam kering, nampak kusam sebab terdedah dengan panas . dalam dok berkira-kira nak cari apa produk la yang bagus untuk lindungi kulit saya ni bila setiap kali keluar , dapat pulak saya kenal dengan Klairs.

Klairs ni produk dari Korea.Dua produk yang saya nak review ni bukan sahaja bertindak sebagai melindungi kulit  tapi juga sebagai solekan..Saya suka packaging nya.Simple je.Tak payah nak letak gambar buah la, sayur  la , daun-daun hijau bagai.Simple kan??


Untuk yang belum tahu tentang produk Klairs ni hari ni saya akan  review sikit 2 produk dari Klairs ni.

Yang pertama ni saya ada Klairs Mochi BB Cushion Pact dan yang kedua ni Klairs Mid Day Blue Sun Lotion SPF40..Saya pun tak tahu apa makna gambar depan packaging BB Cushion pact ni ni Tapi yang penting comel.Kalau korang perasan la produk skincare dari korea ni dia punya packaging tak de la gambar beriya-iya sangat.Sebab dia orang lebih fokus pada kualiti produk dan keberkesanan nya.


Klairs Mid Day Blue Sun Lotion

Saya ni kalau apa-apa skincare dan bahan solekan pun bila buka je mesti nak bau dulu.Hahahaha....Untuk Mid Day Blue Sun Lotion bau nya tak la wangi .Bau biasa je.maknanya dia tak la berfungsi untuk wangi kan korang ye.



Saya suka skincare  yang ada penutup logam macam ni.Tau kenapa??Untuk orang cerewet macam saya ni bila tak de penutup logam ni mula la dok rasa dah ada orang picit2 lotion ni,.Picit saja tak pe la..Ni siap cuit2 lagi...Tak suka ok terbeli lotion yang orang dah picit dan sentuh.Suka hati la nak kata saya kedekut ke apa.. :p


Mid day Sun Lotion ni bukan saja untuk lindungi kulit korang dari matahari tau.Tapi boleh jadi makeup base jugak.nanti makeup korang nampak neutral dan tahan lama.Yang ada masalah kulit kering dan kusam korang try nanti ye.Memang terus berubah kulit korang.Nampak segar dan naik kan seri wajah korang.

Mid day Sun Lotion bertindak sebagai sun screen , makeup base dan juga moisturiser. Biasanya bila nak keluar  kena pakai moisturizer, makeupbase bagai..tapi yang ni sekali pakai je..Lepas tu dah boleh pakai Klairs Mochi BB Cushion Pact yang saya nak cerita kat bawah ni..


Klairs Mochi BB Cushion Pact


Saya percaya siapa tengok Klairs Mochi BB Cushion ni mesti jatuh cinta. Baru tengok je luar macam ni pun dah rasa macam nak sentuh, nak buka, nak tengok dalam macam mana..kan??Luar dia nampak best kan??kat dalam lagi best korang oi..

Angkat sponge dia..Ada penutup ni..Memang dijamin la lepas guna tak la kotor..mana tau tengah dok leka anak kecik kita ambik pi buka pulak.Penutup ni memang membantu sangat.Dia mesti tak boleh buka penutup atas ni..Selamat la harta benda kita..Nak buka dia kena pusing ye..Nak bawak pi mana2 pun tak risau..

Bila dah habis jangan buang pulak.Bekas ni boleh guna untuk beli refill nya nanti,Tolak je bahagian bawah dia.Boleh letak yang refill nya .best kan??

Bau dia  biasa ja..tak dak wangi2 ke apa..Belakang kotak dan bekas nya ni tulis korea jadi tak berapa paham apa la yang dia dok tulis banyak2 ni..hahah..Muka saya jadi glowing pakai benda lah ni.Macam terkagum pulak tengok muka sendiri..hahahah

Muka tak siap makeup (kiri)tu macam hantu je.. :)

Apa yang best nya dengan Klairs Mochi BB Cushion ni nak pakai nya mudah je.Dap-dap kat muka buat dia jadi sekata dengan sponge yang dia sediakan tu..Bertindak sebagai foundation dan juga membantu solekan kita nampak neutral.


Klairs Best Trail Kit

Korang kalau rasa nak cuba-cuba saja dulu produk ni korang boleh je dapatkan trial kit.Klairs ni bukan ada 2 produk yang saya review ni je..ada banyak..Untuk satu harga korang akan dapat 8  trail kit ni.


-Klairs Midnight Blue Calming Cream
-Klairs Supple Preparation Facial Toner
-Klairs Illuminating Supple Blemish Cream SPF40/PA++
-Klairs Mid Day Blue Sun Lotion SPF40/PA++
-Klairs Gentle Black Deep Cleansing Oil
-Klairs Supple Preparation All-Over Lotion
-Klairs Rich Moist Soothing Cream
-Klairs Rich Moist Soothing Serum


Semua produk yang saya ceritakan ni korang boleh dapatkan di Hermo.my sekarang..


Website: http://goo.gl/kg3uKA
Instagram: @Hermo Malaysia


Previous
Next Post »

7 komen disini

Click here for komen disini
sarah lalala
admin
7 August 2017 at 19:04 ×

Singgah sini :)


https://messarah.blogspot.my/2017/07/day-1-ten-things-you-want-to-say-to-10.html

Reply
avatar
Mazni Azmi
admin
7 August 2017 at 19:16 ×



Apa khabar dan selamat malam pada sis diana

Panjang lebar review produk kecantikan klairs ni ya

semoga hasilnya memuaskan hati

Barulah makin meletup depan suami kan

Reply
avatar
8 August 2017 at 08:00 ×

menarik....

akak kalau brg makeup dr korea atau jepun ni mmg teruja nk try....
sbb kualiti brg mereka tuh, tak pyh nk cpt sgt putih ke apa mcm produk kita yg tinggi merkuri, nk guna pun tanpa was2...

kalau ada yg color gelap skit tingin akak try, almaklum akak ni berkulit sawo matang

Reply
avatar
mrhanafi
admin
8 August 2017 at 09:14 ×

siapa model dalam gambar tu..

tak pernah tengok pun hehehe

mungkin kesan penggunaan produk klairs

Reply
avatar
Normi Nieza
admin
8 August 2017 at 09:34 ×

comel bekas dia..:)

Reply
avatar
8 August 2017 at 11:37 ×

cutenya boleh refill plak tu

Reply
avatar
Cik Rose
admin
8 August 2017 at 22:53 ×

Suka tengok bekas tu. Comel. Rose suka guna BB Cushion. Sebelum ni, beli maybelline.

Reply
avatar

sila tinggalkan komen anda...:) ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment