Skip to main content

INI SEBAB KENAPA KITA TIDAK BOLEH LETAK KAKI DIATAS DASHBOARD KERETA

Assalamualaikum...



Saya selalu nampak orang naik kereta , penumpang disebelah pemandu suka letak kan kaki diatas dashboard kereta. Bagi saya ianya adalah satu yang tak wajar dilakukan.Tak kira lelaki atau perempuan nampak tak sopan..Ada setengah tu sampai kaki nya diletak kan terjulur keluar tingkap kereta.Tidak kah tindakan tersebut mengganggu pemandu.?Muka elok tapi kaki letak atas dashboard kereta..terus nampak buruk. .Walaupun dashboard dan muka kita tu tak de kaitan..hahahah

Sebenarnya tindakan meletak kaki diatas dashboard juga boleh membahayakan kita .Seperti yang berlaku pada Audra Tatum ,33 yang gemar meletak kan kaki di bahagian dashboard kereta walaupun kerap di tegur oleh suaminya .

 Kejadian berlaku pada Ogos  2015  ini mengubah kehidupan Audra selamanya. Audra  bersama suami dan anak perempuan nya  melalui jalan  Chickamauga, Georgia dengan kelajuan 45 km sejam.Seperti biasa Audara akan meletak kan kakinya diatas dashboard kereta.



Tiba di satu laluan sebuah kereta berhenti mengejut di hadapan mereka dan suami nya tidak dapat berbuat apa-apa menyebabkan mereka merempuah kereta tersebut. Disebabkan hentaman tersebut bahagian sebelah pemandu remuk teruk.



Tiba-tiba sahaja beg udara disebelah penumpang terbuka dan Audra tidak sempat menurunkan kakinya ke bawah menyebabkan beg udara  menolak kaki Audra ke wajah nya sendiri hingga menyebabkan kecederaan di bahagian hidung , dagu dan kepala. Lebih menyedihkan apabila Audra kehilangan upaya sehingga sekarang .Kejadian tersebut menyebab kan  beberapa skru dimasuk kan  dibahagian  kaki, pinggul dan lutut nya.Audra juga tidak boleh berdiri lebih dari 4 jam sehari.



Dalam kemalangan tersebut suami dan anak perempuan nya hanya mengalami lebam-lebam .Menurut Audra suaminya kerap menegur tabiat buruk nya dan pernah memberi amaran yang dia mungkin akan mengalami kecederaan jika terus meletak kan kaki di atas dashboard kereta.

sekian..




Comments

  1. omaigaid. selalu jugak letak kaki kat situ masa menyusu anak sbb lenguh dah duduk lama.muke je ayu kan perangai kurang ayu.;')

    ReplyDelete
  2. Errr... auni pun dulu suka letak kaki kat dashboard. Macam terasa pulak dah. Mwahahahhaa

    ReplyDelete
  3. mcm menyeramkan ja...

    ReplyDelete
  4. Huhu.. ia amat menakutkan. Kena beringat2 lepas ni

    ReplyDelete
  5. Bahayanya... Takut pula bila tahu... Kadang-kadang kita terlupa... Huhu

    ReplyDelete
  6. Hish ngeri pulak baca ni...
    Tapi mmg buruk pun buh kaki atas dashboard tu.

    ReplyDelete
  7. wak penah nmpk ade driver proton yg letak kaki selimpuh atas kusyen je, kunun2 sbb dia nk tunjuk pakai auto-cruise., kat dlm bandar tuu., hahar2

    ReplyDelete

Post a comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

RESEPI BIHUN SUP DAGING SEDAP DAN MUDAH

Assalamualaikum...



Suka watermark yang mana??Yang gambar atas  atau gambar kat bawah nun ??saya buat watermark ni guna app kat enpon je ..hehe..jadi lah.kan.Dari tak de..Ok..lupa kan pasal watermark tu..Hari ni makcik buat bihun sup..Punya la sibuk hari ni letih tak tau nak cakap la..sekali bihun sup dah siap makan sikit punya berselera..Bihun sup ni yang sedap sangat atau makcik yang lapar..tak tahu la..hehehh..

Dah selalu buat bihun sup tapi tak pernah terlintas nak share resepi kat blog..hari ni makcik turunkan ilmu buat bihun sup pulak..Saya guna daging 1/2 kilo sahaja.lepas tu hiris nipis2 sebab yang nak makan ni budak2.Masak pun cepat lembut..senang budak2 nak kunyah.kalau buat jual tu biasa nampak dia potong  tebal2 dalam 1 inci...ada yang potong kecik2.Ikut suka ampa nak potong macam mana yang penting kuah kena sedap.

Untuk sambal pulak saya buat sambal kicap.saya memang tak reti makan bihun sup dengan sambal merah tu..rasa tak selesa bila makan serbuk cili yang di tambah air…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …